Bila baby dah dapat kaki, biasanya dia juga akan mula pandai menyelongkar. Almari dapur jadi lokasi kesukaan untuk disepahkan mangkuk, periuk dan sebagainya.

Tapi paling tensen bila baby selongkar almari atau drawer bajunya sendiri, bersepah dibuatnya. Penatnya nak lipat semula, dah la baju baby ni kecil, nak lipat memang renyah.

Sebenarnya ada cara untuk elak mak-mak lipat semula baju yang dilembang oleh baby. Caranya dengan buat teknik lipatan ‘tuck in’. Walau diselongkar, dilempar baju baby tetap dalam keadaan berlipat.

Caranya dikongsi oleh Ojie Ismail yang turut mengalami pengalaman yang sama.

IKLAN

Konsep lipat baju tuck in

Baby dah pandai berjalan dan sangat rajin tolong selongkar laci baju. Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab selongkarlah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.

Bila anak dah puas selongkar sampai laci kosong, ibu-ibu hanya perlu susunkan semula saja. Dah tak payah lipat balik. Cuma kemaskan lipatan jika perlu.

Step by step lipatan

1. Butangkan butang paling atas dan bawah. Kalau rajin butangkan semua pun boleh.

Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar2. Terbalikkan baju.

Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar3. Letak seluar, lipat kaki seluar ikut panjang baju.

Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar

IKLAN

4. Lipat bahagian badan baju. Pastikan bahagian bahu lurus untuk buat ‘pocket’

Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar

5. Lipat lengan baju.

Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar6. Lipat lagi sebelah.

Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar

Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar7. Lipat 1/3 baju.

Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar8. Masukkan kan hujung baju ke bahagian belakang baju.

Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar9. Dah siap dan kemaskan lipatan.

Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar

IKLAN

Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar

Nak tengok size dan jenama apa pun senang sebab boleh tengok label baju. Nak pilih baju pun senang. Ini baju petang dan malam.

Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar
Baris depan: baju lengan pendek+seluar panjang. Baris tengah dan belakang: baju lengan panjang+seluar panjang.
Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena Selongkar
Baris depan: baju tanpa lengan+seluar pendek Baris tengah dan belakang: baju lengan pendek+seluar pendek

Teknik lipatan tuala, kain lampin, selimut, sapu tangan

Ini pula teknik lipatan untuk kain segi empat sama.

Teknik Lipat Baju ‘Tuck In’ Elak Baju Baby Bersepah Bila Almari Kena SelongkarSusun lah ikut kreativiti & citarasa masing-masing, yang penting nampak kemas, teratur dan mudah diambil.

Selain itu:  Kalau Pokok Mulberi Yang Ditanam Tak Mahu Berbuah, Buat Teknik Lenturan & Luruh Daun Ini

Sumber: Ojie Ismail

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI