Teknik Masak Daging Untuk Kurangkan Kandungan Purine Bagi Pesakit Gout

Share

Bagi yang ada pesakit gout dalam rumah, memang serba salah nak menyediakan hidangan berasas daging yang tinggi purine ini. Takut termakan, gout menyerang.

Namun begitu menurut Principal Scientist, Dr Suri Roowi ada beberapa kaedah memasak yang boleh digunakan pakai untuk menurunkan kandungan purine tinggi penyebab gout. Jadi bolehlah cuba.

Teknik memasak dan kesannya terhadap purine (penyebab gout)

Bagi pesakit gout, kandungan purine yang tinggi dalam makanan boleh sebabkan gout. Bahan ini hadir dalam makanan dan kuantitinya bergantung kepada teknik memasak. Contohnya;

1. Teknik memotong daging

Daging yang dipotong kecil-kecil @ daging hancur (minced meat) lebih rendah kandungan purine berbanding daging yang dipotong besar-besar.

2. Membilas

Teknik membilas diikuti dengan memasak makanan akan kurangkan jumlah purine.
Kajian menunjukkan membilas daging lembu menggunakan air dan daging pada nisbah 5 : 1 selama 5 minit diikuti dengan alirkan dengan air mengalir akan turunkan kandungan purine sebanyak 25%.

Kajian lain juga menunjukkan jumlah kandungan purine daging lembu menurun dengan ketara dari 8.6 kepada 5.2 mg/g protein selepas dibilas. Selepas membilas dan memasak penurunan yang lebih besar dilihat antara 4.6 mg/g protein.

Sampel ayam belanda tanah tidak menunjukkan perubahan ketara selepas dibilas, tetapi penurunan ketara dilihat selepas dibilas dan dimasak. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa membilas makanan di dalam air berkesan mengurangkan jumlah kandungan purin dan memasak seterusnya selepas membilas menghasilkan pengurangan jumlah kandungan purin yang lebih besar.

3.Teknik Memasak

Merebus makanan lebih baik berbanding kukus dan memasak gelombang mikro.
Kajian menunjukkan bahan purine dalam ikan tilapia menurun daripada 46% kepada 25% setelah direbus dan dikukus selama lebih 30 min.

Sebaliknya, hanya 17% purine telah hilang jika dimasak dengan microwave selama 7 minit. Bahan purine dalam ikan yang digoreng pula didapati lebih tinggi. Walau bagaimanapun, mendidih ikan yang sama akan mengurangkan tahap purine.

4. Masa memasak

Masa memasak juga mempengaruhi kandungan bahan purine. Kajian menunjukkan memasak sup cendawan pada masa lama akan hasilkan bahan purine lebih banyak.

Sumber: DrSuriRoowi Ph.D KMN Principal Scientist | Foto : Facebook Masak Apa Hari Ni

NOTA: Selain daging, makanan laut dan organ dalaman juga adalah antara sumber makanan tinggi purine yang boleh menyebabkan asid urik punca masalah gout.

 

Published by
VK