Teknik masak sambal ikan ini dikongsi oleh Syalfarina Razali yang selalu memasak lauk kenduri. Paling penting untuk lauk ini adalah sambalnya kena sedap dan untuk sambal sedap ini memang ada tekniknya.

Katanya lauk sambal ini adalah yang menjadi kesukaan dan mendapat banyak permintaan sama ada sambal udang, sotong atau ikan.

Cara masak sambal ini dipelajari daripada ibunya dan teknik inilah juga yang digunakan untuk memasak sambal untuk kenduri atau makan sendiri.

Cara masak sambal ikan yang sedap

Bahan-bahan

6 ekor ikan cencaru -digaul garam dan kunyit
12 biji bawang merah kecil -hiris atau kisar
6 ulas bawang putih -hiris atau kisar
3 senduk cili kisar
1/2 biji bawang holland -dihiris
1-2 sudu air asam jawa
Gula Melaka
Garam

Ads

Teknik Masak Sambal Ikan Sedap, Kena Ulang Tumis Dua Atau Tiga

Cara memasak

1. Goreng ikan hingga masak dan ketepikan dulu.

2. Tumis bawang merah kecil dan bawang putih yang dihiris dengan minyak goreng ikan. Bawang merah kecil lebih manis dan menjadikan sambal manis secara semula jadi. Jadi tak perlu guna banyak gula.

Ads

2. Selepas bawang kekuningan dan naik bau masukkan cili kisar. Besarkan api.

3. Apabila cili nampak garing, masukkan sedikit air dan biarkan kering. Ulang proses menumis ini sebanyak 2-3 kali. Inilah yang membuatkan sambal sedap, kerana cili dan bawang betul-betul masak.

4. Kemudian boleh masukkan bawang holland yang dihiris. Bawang ini bukan saja manis tapi melemakkan lagi sambal.

Ads

5. Masukkan air asam jawa dan tambah gula Melaka asli jika mahu sambal rasa manis. Masukkan garam dan juga sebuk perasa jika suka.

6. Apabila sambal cukup rasa masukkan ikan goreng dan gaul dengan sambal hingga rata. Renehkan seketika supaya sambal meresap dalam ikan. Selepas itu bolehlah ditutup api.

Sumber: Syalfarina Razali

Baca: Cara Buat Ikan Kembung Masak Pedas Ala Thai, Macam Ikan Sambal Tapi Lagi Sedap

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI