sofa

 

Sofa di rumah kita biasanya mesti ada kesan atau tompokan kotoran akibat tertumpah air, makanan, minyak dan sebagainya.

Kalau sofa jenis fabrik warna pula cerah memang lagi jelas kelihatan bertompok. Lagi geram sofa itu pulak mahal harganya.

Jadi bagaimana nak bersihkan kesan kotor pada sofa ini? Sebenarnya tak perlu upah orang untuk bersihkan atau beli pencuci mahal.

Ada saja cara yang mudah dan murah untuk bersihkan kotoran pada sofa ini. Antaranya menggunakan tip perkongsian Nurul Wahyu.

Teknik Mudah Bersihkan Sofa Yang Bertompok Atau Terkena Kotoran. Cuma Guna Air Panas

Ads

Tipnya cuma bersih guna air panas

Bagi yang ada sofa warna cerah tapi kotor jangan gundah gulama. Ada cara untuk bersihkan kembali.

Caranya

  1. Sediakan air panas kemudian ambil kain bersih lalu rendam dalam air panas.

2. Disebabkan air panas, kita kena tahan sikitkan. Boleh juga guna sarung tangan plastik yang tebal.

Teknik Mudah Bersihkan Sofa Yang Bertompok Atau Terkena Kotoran. Cuma Guna Air Panas

Ads

3. Kemudian lap kain panas tadi di permukaan sofa yang kotor itu.

4. Ulang sampai kotoran hilang.

5. Seterusnya lap dengan kain kering. Boleh juga buka kipas untuk cepat kering atau gunakan pengering rambut.

Bila dah kering, kita akan lihat kesan kotor atau tompokan pada sofa dah hilang.

Ads

Boleh juga guna cara ini untuk kotoran degil

Satu lagi cara boleh gunakan pencuci ini

Teknik Mudah Bersihkan Sofa Yang Bertompok Atau Terkena Kotoran. Cuma Guna Air Panas

  • Ia didatangkan dengan berus bulat di bahagian penutup.
  • Caranya cuma goncang tin dan sembur pada bahagian sofa yang kotor. Buih putih akan keluar dan sembur rata pada kotoran.

Teknik Mudah Bersihkan Sofa Yang Bertompok Atau Terkena Kotoran. Cuma Guna Air Panas

  • Kemudian gunakan berus yang disertakan untuk bersihkan kotoran degil. Biarkan sekejap dan ambil kain bersih lap dan tekan bahagian yang digosok itu.

Teknik Mudah Bersihkan Sofa Yang Bertompok Atau Terkena Kotoran. Cuma Guna Air Panas

  • Ulang sampailah kotoran hilang. Cara ini sesuai untuk sofa yang terkena kotoran degil. Selain sofa, boleh juga guna untuk karpet dan kusyen kereta. Harganya satu tin pun tak mahal lebih kurang RM6 saja.

 

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI