Teknik Mudah Cuci Kain Lap Dapur Supaya Tanggal Semua Kotoran & Wangi. Tak Perlu Rendam Atau Sental

Share

Kain lap dapur antara barang yang kotor dan banyak kuman di rumah. Maklumlah fungsi mengelap kotoran, tumpahan dan sisa masakan di dapur.

Kain ini pula ada yang dibiarkan berhari- hari tanpa dibasuh menyebabkan kotoran melekat dan ada bau masam yang sukar dihilangkan. Dah sental pun belum tentu hilang.

Sebab itu untuk membasuh kain lap dapur ini kena guna betul caranya, barulah semua kotoran ini hilang. Dikongsi oleh Ellie Haji Darus

yang juga guru kelas masakan, ini cara mudah yang boleh kita dipraktikkan untuk mencuci kain lap dapur.

Kaedah ini tak memerlukan kita merendam atau memberus kain lap yang kotor namun hasilnya kain bersih dan bau pun hilang. Senangkan…

Cara cuci kain lap dapur

Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap, yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari!

Biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, buh sabun dan air… biar rendam semalaman. Kadang-kadang jadi bermalam-malam sampai berbau dan berlendir.

Ini cara Ellie cuci kain lap.

1. Sedia kan sebiji periuk (kalau boleh sediakan periuk khas jika basuh setiap hari, eli di kedai Eco pun bole).

2. Masukkan air dan sabun pencuci (sabun serbuk) kemudian tambah sedikit baking soda. Kacau supaya bahan larut.

3. Rebus air atau dapur dan masukkan kain lap. Rebus selama 10 minit.

4. Selepas 10 minit, tutup api dan curah air dalam singki.

5. Bilas kain dengan air paip. Sambil itu boleh berus manja-manja saja cukup.

6. Bilas dan perah air kemudian boleh jemur. Bila dah kering kain memang bersih dan wangi.

Boleh juga tonton video DIY Ellie seperti di bawah;

Selamat mencuba.

Sumber:  Ellie Haji Darus

Published by
VK