Teknik Pantas Lembutkan Daging Beku Dari Freezer. Tindih Daging Macam Ini!

Share

Sedang duduk berehat menjelang tengah hari tiba-tiba saudara atau rakan call dan beritahu akan singgah di rumah.

Sebagai tuan rumah kenalah sedia makanan. Tapi masalahnya lauk daging satu-satunya yang ada masih keras dalam freezer. Kalau tunggu cair lambatlah masak.

Kalau korang dalam situasi ini boleh ikut tip yang dikongsi oleh Sharifah Nor Hj Abdullah.

Ada cara mudah yang boleh digunakan untuk memastikan daging beku dari freezer lembut dengan cepat. Caranya tak perlu rendam dengan air pun, cuma cari periuk dan dulang besi.

Letak dalam dulang besi dan tindih begini

Hari ini saya tak post masakan. Saya cuma nak bagi tip. Harap dapat membantu sahabat semua.

Masa raya ni kadang ada tetamu yang datang mengejut. Nak masak daging masih keras dalam frezer. Nak defrost ambil masa jugak kan? Di sini saya bagi tip macam mana nak defrost dengan kadar segera.

1. Letakkan daging di atas dulang besi (jangan buang plastiknya).

2. Sediakan periuk berisi air dan letak atau tindih daun dengan periuk tadi (jangan isi air panas).

3. Insya-Allah dalam masa tak sampai setengah jam daging akan lembut dan mudah untuk dipotong. Cubalah…

Gambar hiasan

INFO: Cara ini juga melembutkan daging tanpa menghilangkan manisnya kerana tak direndam dengan air.

Semoga bermanfaat

Sumber: Sharifah Nor Hj Abdullah.

 

Published by
VK