Teknik Rebus Nasi Impit Cepat Masak, Cuma 30 Minit. Jimat Gas & Masa

Share

Nasi impit ini selalu jadi hidangan waktu pagi untuk dimakan bersama kuah kacang, lontong, soto dan sebagainya.

Cuma mak masak nasi impit ini memang kena buat awal, sebab ia akan mengambil masa yang lama untuk masak. Sejak dari dulu macam nilah keadaannya.

Tapi rupanya ada cara untuk kita cepatkan proses masak nasi impit ini. Kalau sebelum ini ambil masa berjam-jam, tapi teknik ini cuma memerlukan masa lebih kurang 30 minit saja. Dikongsi oleh Yuhafiqah Mohd Yunus boleh guna cara ini pula ya.

Teknik rebus nasi impit jimat gas dan masa

Caranya

1. Rebus air sampai mendidih kemudian baru masukkan nasi impit

2. Masak selama 10 minit kemudian tutup api.

3. Biarkan nasi impit dalam periuk, pastikan periuk ditutup. Biarkan terendam selama 30 minit.

4. Selepas 30 minit buka balik api selama 5 ke 10 minit ikut keadaan nasi impit. Jika belum cukup masa, tambah masa.

Teknik ini sesuai untuk mereka yang tiada pressure cooker.

Semoga bermanfaat.

Published by
VK