Ramai yang suka bercucuk tanam apatah lagi kalau ada kaedah yang mudah dan jimat untuk dipraktikkan. Lagi bersemangat nak tanam sayur!

Antara cara mudah yang dikongsi oleh netizen untuk tanam sayur adalah tanam terus dalam beg tanah.

Cara tanam sayur terus dalam beg tanah RM10

Teknik Tanam Terus Pokok Sayur Dalam Beg Tanah, Lagi Mudah & Jimat. Ini Caranya

Tanam sayur cara ini mudah dan jimat. Sebab tak perlu buat batas. Boleh tanam sayur sebatas tanpa perlu beli pasu atau kawasan luas.

Potong bahagian atas bentuk kotak. Lipat bahagian atas sebagai penutup. Setengah jam dah siap semua. Jimat masa dan tenaga untuk orang muda berkebun.

Ads

Tekniknya

  1. Cucuk bahagian bawah beg plastik cucuk untuk buat lubang, lebih kurang dalam 30 lubang. Ia supaya akar serabut dapat turun ke bawah dan tahan lebih lama jika kurang disiram.

2. Pastikan bila potong petak pembukaan atas, ada lebih dalam 2-3 inci dari tepi supaya tanah tak keluar kalau hujan.

Teknik Tanam Terus Pokok Sayur Dalam Beg Tanah, Lagi Mudah & Jimat. Ini Caranya

Ads

3. Plastik akan mereput dalam 1 tahun, kemudian boleh guna balik tanah. Ada lebih banyak organic matters.

4. Dulu saya buat tebuk lubang bulat-bulat dalam 9 lubang satu beg, tapi rasa tak perlu kot, rugi kawasan. Boleh potong terus untuk bukaan atas dan tanam pokok rapat-rapat.

Ads
Teknik Tanam Terus Pokok Sayur Dalam Beg Tanah, Lagi Mudah & Jimat. Ini Caranya
Awas ya, kehadiran haiwan ini.

5. Boleh semai terus biji benih dalam beg tanah, kalau naik terlalu rapat boleh jarakkan.

Teknik Tanam Terus Pokok Sayur Dalam Beg Tanah, Lagi Mudah & Jimat. Ini Caranya

Jom bercucuk tanam, ada hasilnya

Sumber : Matt Pucuk Tunas Garden

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI