Telan 16 Jenama Ubat Kurus, Akhirnya Usus Kena Potong. Gadis Ini Pesan Jangan Gadai Nyawa Sebab Nak Cantik

Share

 

 

Semua wanita mengimpikan tubuh badan yang langsing, sebab itu kebanyakannya sentiasa mencari cara untuk kurus.  Selain diet, ada yang nak kurus dengan mudah dengan cara ambil ubat kurus. Ini cara paling mudah, tambahan pula banyak ubat kurus dijual di pasaran.

Tapi hati-hati ya takut tersilap makan ubat yang boleh menyebabkan kemudaratan pada kesihatan. Seperti yang dialami oleh  Nursyahidah Sukeri .

Kerana impian langsing dia mengambil jalan pintas menggunakan pelbagai ubat kurus sampai satu ketika ia merosakkan organ dalamannya. Akibatnya Nursyahidah terpaksa menjalani pembedahan usus kerana organ itu rosak teruk akibat pengambilan ubat kurus pelbagai jenama dalam tempoh lama.

Ambil 16 jenis ubat kurus

Untuk produk yang ke 16 ni aku dah tak google. P tequih beli jaa tengok feedback terbaik.geremm laa i. Yes memang aku pengamal diet adkin. Tapi masa makan ubat ni aku tak pantang tau.

Pagi menu aku roti, tengahhari kadang mee sup, bihun sup, soto, nasi ayam, nasi tomyam. Ermm dapnyaa.
Malam pulak kadang kfc, tortila wrap. Nikmat makan bagaikan org gila. Tapi tak boleh nak makan banyak. Semua makanan aku tak habis. Pembaziran disini.

Mula rasa kesan pening, badan panas

1st aku makan, pening sat. Badan panas. Hari tuh 3 liter ayaq. Hari kedua aku makan lagi. Yang nii aku tengok makanan aku nak muntah. Bahagia nyaa sebab dok nampak nak kuquih nuh. Hahaha. yalah setelah 2 tahun tinggai ubt kuquih akhirnya terjumpaa ubat kuquih bg kesan terbaik

 dekat hg.  Masuk hari ke-3 aku tak ambik sbb xsedap badan.

Rasa nak demam. Ayaq minum banyak okey sebab dahaga. Punya KUAT ubat ni walaupun hg xmakan dia, still hg rasa kenyang. Bahan apa aku xtau dia masukkan dlm nii. 

Hari berikutnya aku teruskan makan tapi selang2 bukan tiap hari. Habiss 13 biji juga. Sejak aku ambil ubt ni aku sembelit, minum air banyak sehari 3 kali jaa kencing. Woii gilaaa arrr p mana ayaq aku minum badan aku span ka qesapp habih ayaq. Hahaha. Satu lagi aku tak beqak oii.

Makan ubt kurus tapi tak beqak. Bila tak beqak nii toksin keluaq kot mana ? Adududu ( sorilaa tak qety nak buat ayat pekan) bayangkan 1 minggu 2 kali jaa beqakbeqak. Stresss. 
Hari seterusnya tak sedap badan, rasa letih, pening, nak muntah.  ubat dah stop masa nii sbb takut jugak.

Jantung berdegup laju, nadi pun laju

Tiba2 malam sabtu tuh 20/7 perut aku sakit tiba2. Masa nii xkuat lagi. Ahad & isnin p kerja mcm biasa. Dok ingat sbb angin jaa dlm badan. Tapii bila urut makin haqi makin sakit tempat tuh. Ya Allah. Hari selasa pgi p kerja lagi, tapi makin sakit rasa nak pengsan. Terpaksa balik & terus p klinik.

Dokter check tekanan darah, normal. Tapi jantung laju, nadi laju. Nurse tanya ada makan supplement apa2 tak. Nadi awk laju sangat niii. Tak ngaku lagi sbb takut kena maqah .

Pi jumpa dokter, dia tnyaa sakit dekat mana. Kira usus sebelah kanan aku nii sakit sampai ke pinggang. Kalau apendik awk akn demam, awk akn muntah2. Sebelum nii awk ada jadi mcm nii ?  Dakk punnn tauu.. dokter tambah ayaqq.. sbb ingat xseriuss. Tapi nadi & jantung aku masih laju tuh dlm dah stop ubt kuruss tuh dah lama.

 

Rujuk ke hospital, wad kecemasan

Dokter buat surat p hospital. Dok kecemasan 1 hari setengah jugaK. 3 org dokter check cakap bukan apendikk. Pagi tuh bangun kurang sakit, bila dokter mai tekan2 sakit & hari tuh aku nak berjalan xlaqat sangat.

Dokter ke-4 mai dekat aku dia ckp kena operate usus awak bengkak. 2 org dokter lagi dok pening sbb tak sure apendik kaa apaa.  Habaq kata operate tuh yaa Allah ketaqq dikdik. Malam tuh aku masuk bilik operate pukul 12.00 A.M siap pukul 4.30 a.m.

Sesuatu melekat di usus

Pagi tuh dokter followup, dia xbg aku makan lagi. Aku merayu-rayu sebab lapaqq ayaqqq.  Dokter muda lagi, xkawin lagi dan laaa sweet2 sikit. #melawakjaa  hahaha. 
Dia cakap takut dokter nak operate lagi, sebab ada jumpa sesuatu melekat dkt usus. Usus awk dah hantar ke makmal. Takut weyy.. benda apa dok melekat.

Lepass operate kena bangun dari katil sendiri. Semua buat sendiri sbb dok sorang2 kat hospital. I jeniss xsuka susahkan org.  Sakit nii ya Allah hanyaa Dia yang tau.

Lepas bius, muntah hijau

Lepass minum ayaq, kesan ubat biuss aku muntah. Muntah aku nii keluaq Warna hijauu okey. Hijau sebijikk ubt kuquih yg aku makan. 3 kali aku muntah keluaq mcm tuh. 
Nasik kerass2 xboleh makan langsung.

Rupanya usus bengkak dan hampir pecah

Just bgtau adaa ambik ubt kuruss. Dokter tanya nama. Nantii diaa mintak sample utk hantar ke unit farmasi .
Dokter bagitau usus dah nak pecah sebab dia membengkak. Tahniah jugak sbb awk tahan sakit selama 4 hari hahaha. Gilaa laaaa. Nasib usus xpecah. Tidak mati aku.

Yakin sebab ubat kurus

Kenapa aku yakin sakit dari ubt kurusss nii :
1. Ubat nii panas. Aku sembelit. Mcm mana ubt nii hadam aku xberak. Mungkin gegetah luar diaa tuh melekat di usus.

2. Muntah aku warna hijau & keluaqq mcm lumpoq.  Aku mkan apa warna hijau mcm tuh melainkan ubt kurusss. 

3. Jantung aku laju. Kalau jantung lajuu nii sangat bahaya dan anda WAJIB stop ambil ubt kuruss. Bukan healing crisis tau tapi klu jantung laju nii tandanyaa anda menempah MAUT. Tak ada istilah diaa pam jantung ibarat hang joging lekong satu kolam mada. Sapa percaya STUPID  maqahh kans aku. Hahaha

Dadah sibutramine fungsi tahan lapar

Kena ingat !!!!.

Jika makan ubt kuruss tak rasa lapaq. Kemungkinan ada sejeniss dadah. Tau dak nama apaa ? 
SIBUTRAMINE  berfungsi sebagai penahan lapar. Struktur molekul hampir sama dgn amphetamine, bahan yg sama utk dadah jenis syabu @ ais .

Sebab tuh pil pelangsing susah nak tau sapa ponder, susah nak ada kkm. Sekali makan hampaa qasaa xlapaqq tuh maknanya kemungkinan ada benda nii.

Sebab tuhh jugak nadii hampaa laju.
Takpala.. dalm hal niii org masih salahkan aku. Mula2 nak diam. Tapi kess jadii besaq sampai melibatkan tempat kerja, sampai cakap aku makan silap. Aku ikut hampa bg jaaa.

Tunggu keputusan dokter. Kalau bahan selamat aku up sini. Kalau xselamat pun aku nak up sini. 
Tak salah share pengalaman, supaya org lebih hati2.

Nak cantik pun, berpada-padalah

Nak cantik berpadaa-pada. Aku share untuk org semuaa hati2. Check dulu kkm ada dak. Kalau ada teruskan makan.

Kalau tiba2 makan ubt kuruss hng pening, nak muntah, nak demam, jantung lajuuu STOP jalah. Sebab boleh rosakkan organ & bawa MAUT.  Usus memang tempat WIN dia nak jadii. Satu lagu buah pinggang.

Moga jadii pengajalan. 30/9 niii followup pakar.  Harapp usus aku okey & tak ada penyakit lain.

Usus bengkak, hampir pecah sebab ubt kurusss panasss. Hang xbeqakkk.. jantung lajuu..
Allah masih panjangkan usia. Tak salah nak share pengalaman.

Ituuu sahajaa… Sayangii nyawaa dan tubuh badan. Bila dah sakit tak dapat apaa dah

#no_more_supplement_kurus

 

Untuk korang yang nak tahu produk apa yang pernah Nursyahidah cuba boleh klik Facebook dia ya.

 

Sumber: Nursyahidah Sukeri

 

 

 

 

 

Published by
Maryam Elyas