Sejak minggu lalu, wajah penyampai berita RTM ini tular di media sosial gara-gara dikata mirip penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza.
Kalau diperhatikan memang hampir sama pun, jadi tak hairan kalau ada menyangka Datuk Siti yang membaca berita.
“Saya agak terkejut bila gambar-gambar saya membaca berita jadi viral. Rasanya Datuk Siti terlalu cantik untuk disamakan dengan saya.
“Sebenarnya memang dari dulu ada yang perasan persamaan ini dan mereka ini adalah Siti Zoners iaitu peminat Datuk Siti sendiri.
“Cuma sekarang ia jadi viral. Malah gara-gara itu juga telefon saya sampai ‘hang’ bila menerima WhatsApp dari rakan-rakan yang bertanya tentang perkara ini,”cerita Normazalina Mohd Noor, 33.
Teknik solekan
Terharu disamakan dengan Datuk Siti yang juga idolanya Normazalina atau dipanggil Lina berkata persamaan itu sebenarnya mungkin kerana teknik solekan.
“Bila ramai yang tahu perkara ini termasuk jurusolek, mereka turut merias wajah saya sedikit sebanyak mengikut cara Datuk Siti. Sebab itu boleh nampak seakan Tok Ti.
“Makin ramai yang nampak persamaan ini bila saya jadi penyampai berita perdana sejak tahun 2015 kerana viewers berita ini lebih besar,”ujarnya yang menjadi penyampai berita sambilan di RTM 1 empat tahun lalu.
Normazalina memulakan kerjayanya sebagai sebagai wartawan penyiaran pada tahun 2009 dan diberi peluang membaca berita pada 2010.
Dia kemudian menamatkan perkhidmatan di RTM untuk bertugas sebagai Setiausaha Sulit Kanan, Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 2013.
“Biarpun sudah berhenti sebagai wartawan penyiaran, namun saya masih lagi membaca berita secara sambilan di RTM terutama pada hujung minggu,” ujarnya.
Dah baca ceritanya jom kita bandingkan wajah mereka!
Dah tengok gambar Normazalina dan Datuk Siti, anda rasa macam mana? Hampir sama kan.
-vanillakismis