Makan

Telur Hancur Pedas, Lauk Simple Hujung Bulan. Gaul Sekali Dengan Kicap, Sedap Sungguh!

Share

Dah masuk hujung bulan, stok lauk mentah pun kadang-kadang dah habis. Kalau hanya tinggal telur saja boleh buat lauk telur hancur pedas ini.

Lauk ini makan dengan nasi panas dan juga kicap lemak manis dah cukup sedap. Takde ayam atau ikan pun boleh menambah nasi dibuatnya.

Resipi Telur Hancur Pedas

Bahan-bahan

3-4 biji telur
8-10 tangkai cili kering -dibelah dua
2 ulas bawang putih
Ikan bilis
Garam
Gula
Serbuk perasa
Sos tiram (jika suka)

Cara membuat

1.Goreng cili kering yang dibelah dan ikan bilis hingga garing secara berasingan.

2. Kemudian tumbuk cili kering, ikan bilis dan bawang putih guna lesung batu. hingga hancur.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan yang dah ditumbuk tadi.

4. Pecahkan telur dan kacau rata dengan bahan tumisan dan perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa dan sos tiram.

 

5. Bila telur sudah berketul-ketul boleh tutup api. Siap untuk dimakan nasi dan kicap. Boleh juga dimakan dengan roti.

 

Kredit resipi & foto: Adawiyah Abdul Rahman

 

Published by
VK