Telur kelapa ini mungkin dah lama tak dihidangkan. Malah anak-anak sekarang pun ramai yang tak pernah menikmatinya.
Kita sendiri mungkin kali terakhir merasainya ketika masih kecil dimasak oleh ibu atau nenek kita. Supaya lauk ini tak hilang ditelan zaman sesekali gantikan telur dadar dengan telur kelapa.
5 biji telur
Kelapa parut secukupnya
2 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
4 tangkai cili hijau
1. Pecahkan telur dalam bekas dan masukkan bahan tumbuk bersama kelapa parut.
2. Gaul sebati dan masukkan garam dan bahan perasa. Kacau rata.
3. Panaskan minyak dan goreng telur dan balikkan selepas keperangan. Angkat dan hidangkan.
Sumber: Halimatun Saadiah
Artikel berkaitan: Cara Buat Telur Dadar Untuk Buang Angin. Lepas Makan Sendawa Tak Habis