Kisah seorang pakcik yang difitnah di dalam tren melakukan perbuatan tidak elok baru-baru ini viral di media sosial.
Selepas dimuat naik, cepat saja netizen mempercayainya tapi mujur seorang pemuda berbangsa India bernama Ramesh yang berada di tempat kejadian merungkai cerita sebenar apa yang berlaku.
Ia sekali gus menghentikan segala tohmahan menyedihkan pada lelaki warga emas itu yang sebelum ini. Terbaru pula rupa-rupanya pakcik yang diviralkan itu dikenali oleh pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew
Menurut Ustaz Ebit, pakcik yang diftnah itu bukan calang-calang orangnya. Dia mengenalinya sejak usia 12 tahun. Lelaki itu menghabiskan masanya sejak dulu berdakwah malah anak-anaknya juga kesemuanya daei.
Silap siapa yang viralkan, saya kenal pakcik tu terlalu rapat
Ya Allah sedih betul baru tahu pasal pakcik difitnah dalam train. Kali ni memang silap siapa viralkan ini. Saya kenal terlalu rapat dengan pakcik tu… Syukur Ramesh saksi kejadian cerita hal sebenar. Dia ada di situ. Dia jelas apa yang berlaku, bagitahu semua tu fitnah.
Cuba orang tuduh bapa atau mak kita. Viralkan gambar macam tu..tak fikir langsung. Orang tu ada keluarga, malukan macam tu, orang yang ambil video pun dah hilang tak muncul-muncul. Nampak sangat… Cuma banyak page bukan-bukan sampai 3 juta view dan caption menghina dan aibkan pakcik tu.
Ads
Allah Maha Kaya..tuan puan nak tahu tak saya bila tengok gambar tu terus cari videonya. Pakcik tu baik, ia tak nak kejut perempuan tu tidur…Jubah dia tertindih oleh perempuan tu yang tidur tersengguk-sengguk. Dia resah..yerlah jaga-jaga.
Tuan haji tu dah uzur. Jalan pun selalu tunduk jer sepanjang hidup beliau. Video cuba ambil dari depan, tak kena boleh nampak kena. Saya dah try tadi. Mata risau terkena. Biasalah tak selesa orang tua gerak jari tangan perlahan-lahan kadang-kadang krem. Telan air liur biasalah bila dahaga, macam-macam boleh jadi. Aduh..
Anaknya semua cemerlang, daie
Saya nak cari siapa yang buat fitnah tu dan malukan orang sesuka hati begitu.. Saya nak nasihat dia.. Sebab pakcik tu saya sangat kenal rapat dari umur 12 tahun sejak mula-mula dekat dengan dakwah dan belajar benar-benar kenal Allah…
Anak-anaknya semua sahabat saya. Semua anaknya daie. Pelajar cemerlang universiti dan daie besar. Sifat anaknya macam ayahnya. Saya selalu cerita kisah hidup keluarganya dalam ceramah saya..
Ads
Beliau pencen pegawai besar tau…kini menghabiskan hidup khidmat dengan masjid dan dakwah. Naik komuter jer ke sana sini buat dakwah jauh-jauh dalam keadaan uzur.Saya kenal rapat dengannya.
Kami sama-sama berdakwah kawasan pedalaman. Habis semua kampung asli kami pergi sama-sama.. Haji tadi pukul 3 pagi dan bangun solat menangis. Jika tuan puan nak tahu jika haji tadi berdoa selepas ceramah, semua orang menangis sekali..Keluarga mereka bahagia. Semua anaknya suka khidmat basuh tandas masjid.
Siapa yang terlibat dengan fitnah ini cepat minta maaf
Anak sulung kepada pakcik tadi pelajar cemerlang anugerah dekan di sebuah universiti. Berdakwah sehingga luar negara. Saya masih teringat sifat dan akhlaknya. Balik dari situ beliau bersama saya dan kawan lain yang masih muda.
Takdir Allah beliau meninggal mati syahid dalam usia muda sebab dalam perjalanan dakwah berlanggar lori. Anaknya pukul 3 pagi dah bangun tahajud. Sama sifat macam ayahnya..
Ads
Pakcik tadi bukan calang-calang orang..dari muda saat belajar di universiti buat dakwah sampai kini usianya yang lanjut..saya sayang beliau kerana Allah..
Ya Allah siapalah tergamak buat khianat macam ni…saya nak jumpa..ampun ya Allah..siapalah yang buat begini..semoga Allah beri hidayah padanya.saya sumpah dia dan seluruh keluarganya jadi baik dan berubah.
Siapa terlibat fitnah pakcik baik cepat minta maaf dan bertaubat. Nanti kat akhirat tak lepas. Dosa fitnah ini lebih besar dari membunuh…Janganlah sakiti atau fitnah orang tak buat salah. Aibkan macam tu..orang baik dan tak salah pula…-ebitlew
Malam tadi, selepas selesai membaca slot Buletin Utama TV3, penutupnya sungguh berbeza sekali. Pembaca berita, Pang Chin Fei mengumumkan peletakan jawatan sahabatnya, Izwan Azir Saleh pada Jumaat lalu dan malam tadi ialah hari terakhir Izwan bersiaran.
Izwan atau nama sebenarnya Mohd Izwan Azir Mohad Saleh, turut memuat naik status instagram yang menyatakan dia telah meletak jawatan dari Media Prima selepas 16 tahun bertugas di stesen televisyen tersebut.
Yang bermula, pasti akan berakhir. Setelah 16 tahun, malam ini saya menutup kemas perjalanan panjang di TV3 untuk menerokai dunia yang luas di luar sana. Sri Pentas yang saya sudah anggap sebagai ‘rumah kedua’ kini saya tinggalkan dengan 1001 kenangan penuh suka duka.
Puas Hati
Saya tidak membawa apapun dari sana kecuali rasa puas hati kerana telah berpeluang merasai setiap sudut dalam dunia penyiaran selama tempoh itu. Dan saya bawa pulang hubungan persaudaraan & persahabatan dengan semua warga TV3, Media Prima dan itu akan kekal untuk selama-lamanya.
Percaya Pada Rezeki Daripada ALLAH
Terima kasih kepada anda yang telah menonton saya sejak 2002. Terlalu banyak nama jika saya harus mengucapkan penghargaan satu persatu tetapi tanpa sokongan semua, siapalah saya. Saya percaya apabila kita menutup satu pintu dengan baik, Allah akan buka seribu lagi pintu buat kita. Terima kasih Malaysia, saya Izwan Azir Saleh, sehingga di lain ketika, Assalamualaikum dan selamat malam.
Enam belas tahun bukanlah tempoh singkat. Sudah pasti banyak pengalaman pahit manis yang dilalui beliau. Rata-rata netizen dan rakan-rakan setugas sedih dengan keputusannya itu. Namun tetap memberi sokongan kepadanya.
Walaupun digelar penyampai paling celupar
Bergenang air mata tonton
Sebak tapi riak wajah masih ceria
Difahamkan, Izwan telah pun menerima tawaran untuk menjadi setiausaha akhbar kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Darell Leiking.
Selepas penyanyi Elyana mendedahkan tentang penyakit kanser yang dihadapi terbaru ada khabar yang menyatakan pelakon muda Ardell Aryana turut berdepan penyakit yang serius.
Meski berita tersebut tidak keluar dari mulut pelakon itu sendiri tapi perkara itu diungkap oleh teman rapatnya iaitu Nadzmi Adhwa selepas dia memuat naik status di instagram berserta kapsyen panjang lebar mengenai kesihatan Ardell. Sejak itu netizen mula berteka-teki mengenai tahap kesihatan pelakon tersebut.
“Weh @ardellaryana aku tak kira macam mana sekalipun kau kena kuat. Aku tahu kau tengah sakit. Lawan sakit tu jangan mengalah. Kau kata nak tengok aku kahwin kan.
“Kau kena kuat teruskan perjuangan. ALLAH menguji seseorang itu kerana ALLAH SWT mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada ALLAH hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.
“Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita, yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, ujian juga dapat mematangkan kita.
“Aku sahabat kau kau pun tahu aku akan selalu ada untuk kau. Kau relax je okay. buat je theraphy tu. kau buat je teraphy walaupun aku tahu sakit kau kena buat. kau kan kuat, kasar, gangster so jangan jadi cry baby macam aku okay.
Pelakon Hati Perempuan itu tidak memberitahu secara terperinci tentang penyakit yang dihidapi oleh Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah Mohd Amin. Kapsyen pada video yang dimuat naik itu hanya menyebut Ardell bakal menjalani rawatan terapi.
Memetik dalam laporan Sinar Harian daripada ruangan komen netizen pada status Nadzmi itu dikatakan Ardell sedang berdepan dengan penyakit kanser tahap 3.
Dalam laporan Astro Awani, Usaha Sinar Harian untuk menghubungi Nadzmi bagi mengesahkan tanda tanya sakit yang dialami Ardell menerusi panggilan telefon telah gagal.
Pertanyaan melalui WhatsApp pun tidak berjawab selepas Nadzmi menjawab salam. Terkini, ruangan komen di status instagram video tersebut telah ditutup.
Dalam pada itu status Ardell di instagram sendiri menggambarkan dia sedang berdepan dugaan besar dan menyakin dirinya akan tidak menyerah kalah.
Sebelum ini pernah viral dengan “Fatimah stres”, beberapa hari lalu anak kecil dari keluarga Melayu yang tinggal di United Kingdom ini kembali trending di laman sosial dengan perkataan ‘gapoever’ yang dicipta secara spontan.
Aksi Fatimah dan adiknya Ali itu dirakam dalam satu video dimuat naik melalui instgram thefamily.uk. Kedua beradik yang popular dengan kebolehannya bercakap dalam loghat Kelantan kalangan rakyat Malaysia itu sedang bermain watak doktor pesakit sebelum perkataan baru itu muncul.
Ali yang menjadi doktor dalam video itu mencadangkan beberapa cara rawatan untuk Fatimah yang kurang sihat termasuk berhenti memakan piza malah turut mahu merawatnya dengan memotong rambut dan kuku.
Melihat pelbagai kerenah adiknya itulah maka Fatimah dengan selambanya mengeluarkan perkataan gapoever. Perkataan ‘gapoever’ atau dalam bahasa Inggeris ‘whatever’ (apa sajalah) menimbulkan kelucuan kalangan netizen yang menonton video tersebut.
“Bila sosial media heboh dengan perkataan ‘gapoever’ ini, anak berusia empat tahu ini kami tak tahu pun dia sebenarnya sedang mencipta trend baru dengan aksi spontannya.
Selepas ini tiada lagi ”whatever” sebab diganti dengan ”gapoever”. “Gapoever”, diasaskan oleh Fatimah O. Mukhlis, 11 Februari 2018,”tulis ibu bapa Fatimah dalam satu entri di instagram.”
Dalam pada itu mereka turut memuat naik video memaparkan sesi soal jawab dengan Fatimah tentang perkataan baru yang diciptanya. Video lucu ini juga menarik perhatian netizen hingga mendapat lebih 290 ribu tontonan.
Memang confirm akan tersenyum tengok video Fatimah nih.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...