
Isi Kandungan
Toggle
Tak dapat dibayangkan kesedihan ibu bernama Puteri Noridayu ini. Luahan dalam Facebook mungkin cara dia meredakannya.
Wanita ini baru kematian bapanya dua minggu lalu. Belum pun hilang kesedihan semalam dia menerima pula berita anaknya Muhammad Fahmie Abdullah terkorban dalam tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.
Akui ibu ini, anaknya adalah cucu paling rapat dengan ayah dan takdir Ilahi kedua insan yang paling disayangi pergi dalam tempoh yang dekat.
21 Ogos abah, 14 Sept anak
Mama tak dapat bayangkan Ya Allah
Kali ini mama kehilangan Fahmie
Kesemua luahan Puteri Noridayu ini mendapat reaksi ramai netizen yang bersimpati dengan nasibnya selain mendoakan ketabahan dia berdepan dengan dugaan ini.
Sumber: Puteri Noridayu
Jenazah Disembahyangkan Pak Kiyai, Kebaikannya Terungkap Satu Persatu. Pemergian Nukman Persis Kisah Ahmad Ammar

Isi Kandungan
Toggle
Pasti ramai yang masih ingat kisah Ahmad Ammar yang meninggal dunia akibat dilanggar ambulans di Istanbul Turki satu ketika dulu.
Sikap Allahyarham semasa hayat yang sentiasa melakukan kebaikan menyebabkan pemergiannya ditangisi ramai malah pengakhirannya cukup indah bila mendapat penghormatan disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan yang turut menempatkan para sahabat nabi.
Kelmarin berita pemergian pelajar Malaysia, Nukman Haji Zambri di Indonesia sekali lagi mengingatkan kita kepada Ahmad Ammar.
Kebaikan demi kebaikan yang dilakukan oleh arwah Nukman sepanjang menuntut Gontor 3, sebuah sekolah pondok moden di Indonesia menyebabkan pemergiaannya cukup dirasai.
Perkongsian melalui Facebook Surau Taman Penaga menyebut anak muda bernama Nukman yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya 17 September lalu. Jenazahnya disembahyangkan oleh Pak kiyai, guru-guru serta seluruh penghuni pondok dan dikebumikan terus di sana.
Satu demi satu kebaikannya disebut
Meninggal kemalangan, niat untuk bantu adik-adik
Jenazah disembahyangkan oleh Pak Kiyai, guru dan seluruh penghuni
Kebaikan diungkap satu persatu oleh ibu bapa lain
Sumber: Surau Taman Penaga
Amena Khan Model Berhijab Pertama Loreal Tarik Diri Kerana Tweet Anti-Israel Tahun 2014

Tak sampai seminggu diumumkan sebagai model berhijab pertama untuk kempen produk kecantikan Loreal, Amena Khan membuat keputusan menarik diri.
Blogger kecantikan British ini menyiarkan posting di Instagram tentang pengundurannya itu disebabkan tweet yang pernah dibuat olehnya.
Memetik laporan Dailymail dia dikritik kerana tweet yang ditulis 2014 yang telah dilabel sebagai ‘anti-Israel’. Tweet tersebut yang menyifatkan Israel sebagai ‘haram’ dan ‘negara jahat.’
Bagaimana pun tweet yang ditulis Ameena itu dipaparkan kembali baru-baru ini selepas dia dipilih oleh Loreal untuk muncul dalam kempennya bersama penyanyi pop Cheryl. Tweet tersebut kemudian telahpun dipadamkan.
“Saya sangat kesal dengan kandungan tweet yang dibuat pada 2014 dan dengan ikhlas memohon maaf kerana ia menyinggung dan menimbulkan kekesalan.
“Mengangkat kepelbagaian adalah salah satu matlamat saya, saya tidak mendiskriminasi sesiapa pun. Saya memilih untuk memadamnya kerana ia tidak mewakili mesej keharmonian yang saya pegang.
“Saya baru-baru mengambil bahagian dalam satu kempen yang menggembirakan saya kerana ia meraikan kepelbagaian.
“Dengan kesedihan yang mendalam, saya memutuskan untuk berundur dari kempen ini kerana cakap-cakap mengenainya membuatkan ia menjejaskan sentimen positif dan inklusif yang mahu disampaikan,”jelas Amena dalam posting di instagramnya.
Jurucakap L’Oreal Paris memberitahu BBC Newsbeat: “Kami baru-baru ini telah dimaklumkan mengenai beberapa tweet yang dipaparkan pada 2014 oleh Amena Khan, yang terlibat dalam kempen pengiklanan di UK.
“Kami menghargai Amena yang telah meminta maaf atas kandungan tweet itu dan kesalahan yang telah dilakukan.
“‘L’Oreal Paris komited untuk bertoleransi dan menghormati semua orang. Kami bersetuju dengan keputusannya untuk menarik diri dari kempen.”
Sumber: http://www.dailymail.co.uk
KWSP Untuk Suri Rumah Bermula Minggu Depan. 3 Faedah Ini Suri Rumah Akan Dapat! Tapi…

Isi Kandungan
Toggle
Berita baik untuk suri rumah! KWSP untuk suri rumah bermula minggu depan. Program Sukarela Insentif (SURI), yang membolehkan surirumah peluang menikmati sekuriti sosial yang berkualiti dan meningkatkan sekuriti pendapatan.
Ia bagaimana pun akan dilaksanakan dalam tiga fasa, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Suri simpan RM5, Kerajaan Sumbang RM40 sebulan
Beliau berkata, fasa satu akan bermula minggu hadapan pada 15 Ogos di mana anggota SURI boleh menyimpan minimum RM5 sebulan dalam akaun KWSP masing-masing dan kerajaan pula akan menyumbang RM40 sebulan.
“Buat permulaan, kumpulan sasaran bagi fasa satu terdiri daripada para surirumah kepada ketua isi rumah. Sasaran ketua isi rumah ialah lelaki berkahwin (bagi setiap isteri-isteri), ibu tunggal dan janda yang berdaftar dengan e-Kasih.
“Kerajaan berhasrat memastikan kebajikan orang ramai. Bagaimanapun, setiap rakyat perlu menunjukkan kesungguhan untuk meningkatkan taraf hidup, Sumbangan minimum RM5 setiap bulan di bawah program ini mewakilkan komitmen daripada orang ramai dan pada masa sama menyemai sifat suka menabung untuk masa hadapan mereka,” katanya hari ini.
Perlindungan Perkeso fasa kedua
Dalam ucapannya pada Persidangan Sekuriti Sosial Antarabangsa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2018, Dr Wan Azizah berkata sumbangan kerajaan itu akan dinaikkan kepada RM50 pada fasa kedua insentif itu, di mana sejumlah RM10 akan diagihkan untuk perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial Malaysia (PERKESO).
Dr Wan Azizah berkata, bagaimanapun, sebagai perlindungan di bawah PERKESO buat masa sekarang ia tidak diperluaskan kepada surirumah, kerana terdapat keperluan untuk membuat beberapa perubahan undang-undang bagi membolehkan fasa kedua boleh dilancarkan awal tahun hadapan.
A post shared by Dr Wan Azizah Wan Ismail (@drwanazizah) on
Dua peratus sumbangan suami, fasa ketiga
Beliau berkata, program berkenaan akan dilanjutkan pula ke fasa ketiga di mana dua peratus daripada sumbangan KWSP suami akan dimasukkan dalam akaun isteri.
“Untuk sampai ke fasa ketiga ini akan mengambil masa kerana ia memerlukan pindaan dilaksanakan terhadap Akta KWSP 1991. Kita masih meninjau beberapa pilihan untuk tujuan ini, dengan mengambil kira beberapa faktor kewangan dan bukan kewangan,” katanya dan menambah bahawa kerajaan berharap dapat melancarkan fasa itu awal 2020.
Beliau berkata, menerusi perkongsian strategik dengan KWSP dan PERKESO, kerajaan berharap dapat melihat lebih ramai wanita di negara ini mendapat perlindungan sosial dan sekuriti pendapatan yang mereka layak terima dan bagi memastikan mereka dapat menjalani kehidupan dengan kehormatan sepanjang usia emas mereka.
“Apa yang penting ialah mempelajari daripada kesilapan lepas dan memperkenalkan dasar berkesan yang boleh bertindak balas kepada keadaan ekonomi, penyelesaian bukan sahaja kepada kesan daripada keadaan semasa malahan bagi menguatkan persediaan menghadapi masa hadapan,” katanya.
Sumber : Bernama