Terung goreng rangup ala ‘fries’ ini memang akan jadi kegemaran ahli keluarga jika dihidangkan termasuklah yang tak makan sayur.
Rasa terung yang sedap dan rangup ini buat kita tak perasan sedang makan sayur. Terung goreng rangup ini enak dijadikan kudap-kudapan tapi dibuat lauk pun boleh.
Terung (pilih terung yang keras)- dipotong jejari
Tepung Bestari
1. Gaul terung yang dipotong dengan tepung Bestari secukupnya. Biarkan terung bersalut tepung. Tak perlu tambah air
2. Panaskan minyak dan goreng. Pastikan betul-betul garing supaya hasilnya rangup, tak lembik.
3. Angkat dan tos. Sedia dimakan begitu saja.
Kredit resipi & foto: Syahirah Adnan
Baca: Tip Buat Terung Masak Lemak Putih Makin Sedap, Buang Kulit Terung, Masuk Isi Ikan
Baca: Tip Buat Terung Goreng Berlada Yang Sedap, Warna Terung Kekal Tak Pucat