Rasa macam nak makan masak lemak cili api tapi ayam dan ikan takde pula. Jangan kecewa, kita boleh saja teruskan hajat masak lauk ini tapi guna telur dadar.
Bagi yang tak pernah tahu, memang ada resipi telur dadar masak lemak cili api ya. Cara membuatnya dikongsi oleh Alynn Johanariffin
.
Telur dadar 5 biji
2 batang serai
1 kotak santan
Asam keping
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
Segengam cili api merah/hijau
Kunyit hidup (sukatan agak-agak)
1. Bancuh telur dan goreng untuk jadikan telur dadar. Buat tebal lebih sedap.
2. Panaskan minyak tumiskan bahan yang dikisar kasar bersama serai sampai agak keperangan.
2. Kemudian, masukkan satu kotak santan bersama dua kotak air biasa.
3. Seterusnya, masukkan asam keping.
4. Masukkan juga bahan perasa seperti gula dan garam secukup rasa.
5. Akhir sekali, masukkan telur dadar yang digoreng sekejap sahaja. Pastikan telur dadar tidak hancur.
6. Siap untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Info: Boleh masukkan sayur seperti pucuk ubi, kacang panjang, kacang buncis, ubi kentang, belimbing buluh.
Selamat mencuba.
Sumber: Alynn Johanariffin