Tiada Rezeki Timang Cahaya Mata Lagi, Isteri Amy Search Keguguran. Anak-anak Menangis Saksi Degupan Terhenti & Hilang Dari Pandangan

Share

 

 

 

Suami mana yang tidak gembira apabila isteri dikhabarkan hamil. Namun bukan semua impian itu akan tercapai. Ada ujian dalam setiap kehidupan. Apatah lagi apabila berlaku keguguran.

Mungkin ini ujian yang perlu dilalui oleh penyanyi rock legenda tanah air ini. Pada usia 60 tahun, dia teringin menimang cahayamata lagi selepas Alex, Sania dan Qaqa. Namun apakan daya Tuhan lebih menyayangi. Selepas dua bulan disahkan hamil, Norish Hassan mengalami keguguran.

Berita ini dimuat naik oleh Amy di laman instagramnya semalam. Bibit-bibit kesedihan dapat dirasai pada kapsyen yang ditulis pada video yang dipaparkan.

Tertunduk, menangis teresak

Degupan itu akhirnya terhenti dn hilang dri pandangan. Alex, Sania dn Qaqa tertunduk saat mndpt berita ini. Qaqa menangis teresak esak.

Tiada lagi cerita baby

Kini tiada lgi cerita baby yg bakal mereka miliki antara mereka.

Pasti ada keindahan di sebalik dugaan

Moga kami semua redha dgn dugaan yg tk terpandang ini. Aku pasti dugaan itu dtg bersama keindahan dn sabar itu sma seperti berbesar hati dgn dugaan nya. AmeenYRA

Aku Tersentak Langsung Tersedar
Cuaca Dingin Menanda Hati Yg Kian Rawan
Terbayang Seribu Kemungkinan
Sejenak Ku Mendakap
Kau pn Hilang, Dari Pandangan.

 

Semoga Amy dan pasangan tabah berdepan dugaan ini, mungkin jua ada rezeki lain yang menanti.

 

 

 

Published by
Maryam Elyas