Hari ini menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke pangkuan keluarga selepas dibebaskan dari penjara setelah diberi pengampunan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong.
Terus mengadakan sidang media di kediamannya di Bukit Segambut sebaik pulang dari Istana Negara, ramai menunggu luahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus selepas dibebaskan.
Dan ini yang diluahkan oleh beliau.
Dari Penjara Ke Istana
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana perjalanan liku dan derita berakhir pada hari ini untuk membolehkan saya mengecap udara bebas.
Sebaik telah dibawa mengadap ke Istana Negara menemui Yang Dipertuan Agung bersama Azizah dan Azmin. Saya sampaikan terima kasih kepada Tuanku kerana keputssan segera dan tegas membebaskan sepenuhnya tanpa sebarang syarat.
Kita bersama Tuanku hampir satu jam berbincang dan saya terasa terkesan kerana tagline ‘dari penjara ke istana.’
Ads
Kebetulan sebelum saya tiba, saya bertemu Tun Mahathir di perkarangan istana. Saya sampaikan terima kasih kerana membantu dalam proses ini, membantu Yang Dipertuan Agung memperkenankan pembesasan tanpa syarat.
Saya dibersihkan dari segala pertuduhan
Saya mahu jelaskan tentang pembebasan ini, kita tidak mohon pengampunan kerana kesalahan disabitkan. Kita tuntut pembebasan kerana fitnah dan salah guna kuasa serta apa yang disebut perjalanan yang bercanggah dengan prinsip keadilan dan prinsip inilah yang diterima oleh Yang Dipertuan Agung dalam membebas saya dan membersih semua sekali rekod sebelum ini.
Jadi bila penggarah pengarah dan kakitangan penjara menemui untuk mememaklum secara rasmi tapi saya tak perlu tandatangan apa-apa kerana saya dibersihkan daripada segala pertuduhan dan hukuman.
Saya dan Azizah bercadang bertemu Tun Mahathir untuk menyatakan penghargaan kami. Cuma berikan saya sedikit ruang untuk bersama dengan keluarga walaupun malam ini akan berada di Petaling Jaya menemui rakyat.
Ads
Dulu di penjara, kini diberi penghormatan tertinggi
Ini berlaku dengan izin Allah kerana daya juang dan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat malaysia seluruhnya.
Berjuang hampir 20 tahun tanpa rasa letih alhamdulillah. Hari ini satu permulaan, kita menyaksikan satu babak baru dan saya menyatakan sokongan saya kepada pimpinan Tun Dr. Mahathir dan Azizah, dan saya akan membantu dan menyokong sebagai rakyat biasa.
Saya syukur, kedia tidak sesia-sia menanti hampir 20 tahun derita sengara dihina dan diaib. Saya menanggungnya, Azizah menanggungnya dan sahabat setia menanggungnya. Alhamdulilllah dengan sokorang rakyat kita saksikan perubahan, saya cukup terharu.
Bayangkan seorang yang termerengkok dalam penjara diberi penghormatan yang tertinggi oleh Yang Dipertuan Agung yang menjelaskan sendiri kenapa keputusan memerdekan saya dibuat.
Ads
Demikian bicara awal Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya sebelum diterjah dengan soalan serius.
Tapi satu yang diperhatikan meski lama terpenjara, terpinggir daripada perkembangan semasa keindahan dan kepetahan bicara Datuk Seri Anwar tidak sedikit pun hilang malah dilihat makin menarik.
Baru-baru ini tular kisah seorang wanita rakyat Malaysia yang ditahan di Singapura atas kesalahan menjual barangan tiruan. Wanita yang menggunakan akaun Facebook Sabrina Zul (Nur Sabrina Ahmad) menyatakan sudah ditahan sejak 1 Jun lalu.
Pada September lalu, dia memuat naik kisah pilunya ini selepas berada dalam keadaan amat tertekan. Dia terpaksa berjauhan dengan anak kecil yang masih menyusu badan, malah terpaksa meminta belas kasihan untuk tempat tinggal. Lebih sayu apabila ketika ini dia disahkan hamil. Berjauhan dengan keluarga termasuk suami dan anak-anak membuatkan dia hilang punca dan tidak lagi bersemangat.
Ditambah pula dengan bantuan yang diharapkan daripada pihak berwajib menemui jalan buntu.
Sabrina dan suaminya.
Ditahan dari 1 Jun hingga kini
As Salam semua.. sy sabrina. Terlebih dahulu sab nk ucapkan jutaan Terima Kasih di atas segala sokongan dan nasihat dari semua walaupun sab ada yg kenal atau tidak. Sab dengan rendah hati ingin memohon doa semua dan bantuan apa yg anda boleh berikan pada Sab. Sab merupakan seorang rakyat Malaysia yg kini ditahan di Singapore atas kesalahan perniagaan dari 1 Jun 2018 hingga kini. Di sini Sab share macam mana sab lalui perkara ni. Sab berniaga di big box dah hampir 2 minggu di sana. Sab share booth bersama 2-3 org yang lain utk menampung kos sewa booth.
Dapat panggilan telefon daripada suami kawan
Hari Rabu 30/5 semasa berbuka, Sab dpt call dr suami kawan Sab mengatakan barang2 Sab telah diambil oleh polis dan kawan Sab ditahan di balai polis. Sab berada di jb ketika itu. Pada hari khamis 31/5 sab masuk ke singapore untuk berjumpa dengan kawan dan bertanya bagaimana keadaannya dan perlu ke Sab buat apa2 atau tindakan tentang perkara ni. Dia just inform Alhamdulillah xde pe2 yang perlu di risaukan cuma barang mmg xdpt balik je. So Sab ckp xpe la mungkin xde rezeki ttg barang2 tu dan Sab bgtau gak Alhamdulillah dia xkena apa2 hukuman.
Polis terus datang
Pasa hari Jumaat 1/6 Sab masuk semula ke singapore lebih kurang pukul 3 ptg , mmg lewat sbb hari tu kerana anak yg kecik xsihat & xnak berengang dgn Sab.. sebelum masuk kawan Sab asyik mesej n call tny bila nk dtg ke big box utk ambil semua barang2 Sab untuk di bawa pulang. Pada mulanye pelik juga kenapa sab kena ambil barang2 sedangkan yg tinggal kat sana cume display item (rak, baju dan kasut yg xde kaitan). Sab smpai je di kastam singapore kawan mesej & tny lagi bila nk smpai sbb katanya managment mall dah bising suruh ambil brg2 sab. Lebih kurang pukul 4 ptg sab smpai di big box, sab baru jejakkan kaki ke booth trus sab didatangi oleh 2 org pegawai polis ICA seorang lelaki & seorang perempuan. Mereka bgtau sab kena ikut mereka utk kes siasatan, mereka bgtau xnk gari sab sbb xnk malukn sab.. kemudian mereka minta passport & ic sab. Mereka check kereta sab, tp di kereta xde apa2 barang mereka jumpa, kemudian mereka bawa sab ke singapore expo utk check booth sab kat sana ada lagi barang atau apa2. Tp xde apa2 bukti atau barang yg mereka cari di sana.
Ikut polis ke balai
Dalam kereta mereka bgtau sab kena ikut mereka ke balai utk di soal siasat dan bgtau sab mmg xbleh balik ke malaysia hingga kes siasatan selesai nanti.. sab kena duduk di singapore lebih kurang 1-3 bulan paling cepat. Hanya Allah je yg tau perasaan sab ketika itu, sab fikir anak2 je dalam kepala ni. sbb yg kecik menyusu badan xpernah sab tinggalkn lebih 1 hari..ni pula nk tinggalkan berbulan dan fikir kat mana sab nk tinggal.
Terus disoal siasat
Sab smpai balai lebih kurang pukul 6 ptg & trus sab di soal siasat. Dalam soal siasat sab bgtau dgn mereka sab bawa masuk barang2 semua declare melalui kastam dan bayar tax, sab bgtau mereka kalau xboleh mesti x dibenarkan utk di bawa masuk..kemudian dah 2 minggu sab berniaga di big box, pihak organizer dan pihak mall xde dtg tegur atau warning jangan jual. sab bgtau mereka juga sab xtahu undang2 kat singapore mcmne. sab nmpk org lain jual so ingat biasa xde pe2.
Kalau tak datang lepas barang dirampas, tak kena tangkap
ketika soal siasat polis sendiri cakap kawan awk xde bgtau apa2 ke at least kalau sab tak pergi ke big box atau tak masuk singapre selepas hari kejadian rampasan barang mmg sab xkena apa2, sbb mereka xde details sab sehingga hari tangkapan tu..polis bagitau kawan sab yg beri maklumat sab akan dtg big box pada hari tangkapan dan sab ada booth lain di singapore expo. Polis terpaksa tahan sab sebab tugas dia, tp dia pon ckp at least kawan u bgtau xpayah dtg lagi.
Kawan tak nak jamin keluar lokap
semasa di tahan sab boleh keluar tp kena ada penjamin rakyat singapore.. husband puas call & mesej cari penjamin tapi ye la sab mana kenal rapat dgn org kat singapore setakat kawan2 biasa saje.. lama juga cari tp sorang pon xnak & xmampu nk jamin sab.. polis ada call rakan kongsi booth minta dia ikat jamin sab, dia xnk jamin smpaikn polis tu ckp is this call friend.. akhir sekali polis ckp sab ble kuar atas jaminan polis tp sab kena lalui proses gari masuk lokap semua..YA Allah seumur hidup mmg xpernah lalui bila kena gari, duduk dalam lokap smpaikan masa nk duduk lokap xble berhijab dia suruh buka.. Allahuakbar nk xnk mmg kena ikut arahan mereka sab takut sgt masa tu..
Risau anak masih menyusu badan
semasa di tahan, suami sab sendiri jumpa merayu pegawai polis tu minta ditukarkan tempat dengan sab sbb fikirkn anak2..tp polis xbagi..lebih kurang pukul 1 pagi sab dpt keluar dr balai selepas lalui semua proses tu.. Ya Allah masa lepas keluar dr situ xtau macam mana nk bgtau family sab yg xble blk jb sbb ayah sab sakit jantung, sab bgtau adik minta adik bgtau perlahan2 ayah n minta mak tgkkan ank yg kecik dulu.. sab ada 3 org ank smuanya prempuan yg sulung 9tahun, kedua 5thn dan yg kecik 1tahun lebih(menyusu badan) ..selepas keluar, sab xtau arah tuju nk kemana Alhamdulillah sab call seorang kakak kenalan dari malaysia kebetulan dia ada di singapore & berjumpa dgn dia.. sab trus terang sab bukan dr keluarga yg senang.. sab & husband berniaga sama2.. tujuaan mmg nk cari rezeki.. umpama apa kita berniaga tu, itulah rezeki kami sekeluarga. Dalam poket kami cash sgd mmg xbyk, fikirkan nk ke mana & buat apa.. Alhamdulillah seorang hamba Allah tolong sab hulurkn bantuan utk sab stay di hotel budget..
Bengkak susu
hari Sabtu sab cuba usaha berniaga di expo tapi masa malam lepas berbuka sab mula sakit(bengkak susu)..Dlm kol 2 pagi husband balik jb amik ank yg kecik, lagi 2 org menangis nk ikut tp nk buat macam mana.. Alhamdullilah syukur sangat2 pagi tu dlm kol 7lbh dapat jumpa anak dan menyusukan dia, hati ni xterluah bersyukur sgt sbb dapat lagi menyusukn dia..
Kedutaan Malaysia tak dapat tolong
Kemudian pd hari isnin sab cuba berusaha pergi ke kedutaan malaysia, minta bantuan dan minta pandangan apa yg perlu sab lakukan serta bantuan tempat tinggal jika ada.tapi hampa mereka kata mereka xble tolong, mereka hanya mampu callkan polis tersebut utk percepatkan kes sahaja. Tentang tempat tinggal mereka suggest backpckers sahaja. Sejak dr hari tu sab cuba cari rumah atau bilik yg murah utk disewakan. Tp rata2 yg nk sewakan bilik xnk ada kanak2.. paling tdk couple je boleh.. sbb tu keadaan jadi susah tentang tempat tinggal. Nak sewa rumah masih xmampu.. paling murah ada yg nak bagi sewa $1500.
Berbuka puasa sedekah orang
Hari demi hari Alhamdulillah ada kawan membantu, ada yg bg tumpang letak barang utk dijualkan asalkn ada juga hasil pencarian utk tampung hotel kat sini.. sab setakat ni mampu byr hari2 je dekat hotel.. apa yg ada itulah yg sab bayar.. makan utk berbuka Alhamdulillah hari2 ada yg sedekahkan.. syukur Alhamdulillah dpt kawan2 sama ada kenal atau x yg sudi membantu sab.. sab xminta apa sab minta doa dr semua.
Ikat perut nak bayar sewa hotel
14hb Jun 11 pagi sab kena dtang balai polis semula, pada masa tu mmg berharap dpt blk passport tp hampa sgt katanya xboleh.. Ya Allah esk raya anak2 lagi dua kat jb, jauh dr keluarga kat mana nak pergi, nak duduk? .. YA Allah sebak sgt bila terkenang macamni. Alhamdulillah sekali lagi ada hamba Allah beri tumpang tinggal di rumahnya, tapi kita ni menumpang ada ank lagi xlama juga sab dpt tumpang dan sab terpaksa pindah duduk di hotel semula. Alhamdulillah suami sentiasa meneman sab dan ank kecil ni, hampir 1bln lebih sab duduk di hotel kesemua saving dan apa yg ada terpaksa pakai, masa duduk di hotel kami terpaksa ikat perut, apa yg ada makan pon berkongsi 3 suami, anak. Ada ketika sab dapat bantuan makanan dari kawan dr malaysia yg dtg ke singapore, alhamdulillah.
Berjauhan dan bercerai susu
Hari demi hari tunggu masih tiada jawapannya. Sab da xmampu duduk di hotel lagi, sab cuba duduk di sebuah tempat yg ni, Alhamdulillah tuan rumah benarkan bawa ank bersama tinggal dengan kadar sebulan sewanya $600 itu tidak termasuk elektrik. Sab xmampu bayar sewa lagi sekarang, ni pun atas belas kasihan tuan rumah sab dpt membayar ansur2.. Apa ada sab bayar.Selama sab di singapore sab tidak dibenarkan bekerja mahupun berniaga. Di tambah pula sekarang sab terpaksa berpisah dengan anak yg kecil. Kerana sab terpaksa kerap ke balai.. Pihak polis tidak benarkn sab bawa dia ke sana. YA ALLAH.. Sab da mula berjauhan & bercerai susu buat sementara ni.. Family sab(ayah dan mak, adik sab) membantu jaga mereka bertiga tapi tau kan..ayah n mak sab bukan la kuat n sihat sgt risau anak2 dekat sana. Kadangkala anak lagi 2 org datang berjumpa dengan sab.
Suami habis had tempoh masuk Singapura
Pada 20/8 suami dan anak2 pulang ke jb kerana ada urusan yg perlu diselesaikan.. Kebetulan 22/8 aidil adha sab teringin juga makan makanan mak mertua dan ayah.. Suami masuk ke singapore dgn menaiki bas akan tetapi suami pula di tahan di kastam, katanya dia sudah melebihi had tempoh masuk ke singapore dlm masa 3 bln. Suami merayu katanya dapat hantar makanan dan malam balik pun dia xbenarkan.. Lagi sekali Ya Allah dugaan aidil adha sab sorang2 kat sgpore, perut kosong menunggu suami hingga ke petang sbb lama juga suami di tahan.. Akhirnya suami di hantar balik ke jb semula.. Pada masa tu sab beralaskan perut makan maggie je pd aidiladha.. Kesunyian rindu anak2 masih xboleh dibendung lagi.. Ank sab yg sulung xsihat & bbrpe kali terpaksa ke klinik kerana asthma.. Yg no. 2 asyik demam.. Ank yg kecil mak bgtau langsung xde selera nk mkn atau minum susu..
Video call sahajalah yang termampu
apa yg sab buat slalu dr jauh ni hanya video call ngan anak2.. Ibu mana yg kuat bila tau keadaan anak2 mcmtu.. Sab cukup terseksa dengan keadaan mcmni.. Kadang kala tidak boleh nak tipu diri, setiap kali anak tanya bila mama nak balik.. Tapi bila solat sab berdoa harap di beri kekuatan tabah tempuh dugaan ni.
Pihak berwajib tak boleh bantu
Pihak keluarga ada cuba meminta bantuan pihak adun dan pihak adun telah melanjutkan sehingga ke Kementerian Luar Ngeri tentang kes sab. Tetapi hampa, apabila tny update mereka maklumkan maaf tiada bantuan yg boleh diberikan. Sab cuba lagi menghubungi pihak embassy malaysia di singapore, jawapannya tetap sama tiada apa yg boleh dibantu. Pasrah dengan jawapan semua tu.
Sah mengandung
Bila Sab keseorangan di sini sab pula mula demam2, kurang selera makan.. Badan xsedap je.. Hati ni berkata sab mengandung ke, sab minta tlg rakan belikn pregnt test.. Ya Allah… Allah berikan sab rezeki..sab mengandung.. Sab menyusu badan ank, jadinya period mmg xteratur..sab xtau..Berapa bulan pun tak pasti, nak ke klinik di sini tapi tak mampu.
Minta tangguh jatuh hukuman
Tapi…. Dalam keadaan yg sab tau ni.. Sab dimaklumkan nak kena naik ke mahkamah.. Pd 26/9 sab telah dihadapkn ke mahkamah.. Mulanya sab akan dijatuhkn hukuman tp sab mohon hakim dilanjutkn jatuh hukum sebab sab perlukan suami dan sab nk jumpa anak2 dulu.. Hati ni xtahan sgt.. Sedih.. Sebak..seolah macam nak rebah je. Alhamdullilah hakim beri masa sehingga 24/10 hukuman akan dijatuhkan. Tetapi nanti 24/10 hakim akan jatuhkn hukuman pada sab, sab akan dikenakan denda. Jika sab x mampu utk bayar sab akan terus diheret masuk ke penjara. DEMI ALLAH.. Sab buntu, hanya berserah kepada Allah. Sab sekarang menghitung hari 24/10 akan tetapi sab ingin memohon semua doakan sab kuat, doakan sab tidak dikenakan apa2, dilembutkan hati hakim memberi sab peluang, tetapi dalam masa yg sama sab ingin memohon juga sekiranya ada dpt membantu sab mengumpul dana sekiranya sab boleh membayar charge yg dikenakan..sab berharap sgt kalian dapat membantu sab.Sab tidak mampu mencari peguam atau sebagainya, jika antara dapat membantu sy agar sy dapat pulang, sy memohon, merayu… Sab nk balik ke Malaysia, nak bersama anak2 dan keluarga.. Ditambah sab dalam keadaan sarat mengandung ni.. Perut sab makin membesar.. Ya Allah.. Aku memohon pada mu membantu ku.. Doakan sy kuat ye.. Jika anda nak hubungi sy boleh whatsapp +6593766462 #barang di bawa masuk secara sah declare & bayar tax #disabitkan atas kesalahan menjual barang tiruan #cubamintabantuantapitiada No accc maybank :151017013660 (zul iskandar awaldin) -suami 01153010002254 ABSOLUTE VII ENTERPRISE Bank Islam. (Acc company)
Yg mengharap – sabrina
VK simpati dengan kisah Sabrina ni. Paling tak tahan baca pasal anak dia yang masih menyusu badan tu. Bengkak susu sebab tak dapat susukan anak. Sedih kan? Takde sesiapa yang boleh bantu ke?
Tak sampai 24 jam dimuat naik ke laman facebook, video ini mendapat 3.7 komen, 15,544 shares dan 458,000 views. Angka ini bukan calang-calang viralnya. Nak tahu video apa? Video keletah budak perempuan yang membuat tutorial mekap olok-olok.
Seorang ibu yang menggunakan akaun facebook Nor Faizah Omar atau Kak Put telah memuat naik video anaknya, Siti Khadijah Mohd Yusof, 6 tahun, membuat tutorial mekap. Melalui percakapan budak perempuan tidak berbaju yang dipanggil Dija itu memang jelas dia menggunakan loghat Kedah. Menariknya Dija membahasakan dirinya Bella kerana dia meniru gaya jurusolek atau make up artist (MUA) yang bernama Bella.
Memang lucu tengok adik tu bercakap begitu petah beria-ia mengajar orang bermekap. Tutur katanya petah. Menurut Kak Put, Dija memang suka bercakap, suka bertanya soalan. Satu lagi kegemaran Dija ialah suka buat video ketika bersendirian.
“Kalau sorang diri, dia suka sangat buat video. Kalau kita ada, dia tak buat. Dia pemalu sebenarnya. Kalau berjumpa orang, dia memang tak nak bercakap.”
Bakal bersiaran di Kedah FM, Rezeki Anak Yatim
Rentetan daripada video yang viral itu, Dija telah dijemput untuk bersiaran di radio Kedah FM. Semua itu dianggap sebagai rezeki anak yatim. Dija kematian ayahnya setahun dua bulan yang lalu akibat serangan jantung.
“Selepas video ini viral, saya bersyukur mungkin sudah terselit rezeki Dija. Cuma tak tahu macam mana rezeki itu akan datang. Setakat ini Mua Bella kata nak berikan hadiah pada Dija. Selain itu, mungkin Isnin ini Dija akan bersiaran di Kedah FM. Sekarang Kak Put tengah pujuk dia. Yelah, dia ni kan pemalu sikit.”
Suka tonton fb live Bella,
Walaupun dikatakan pemalu, namun karakter Bella yang ditiru oleh Dija memang sangat menjadi. Menurut Kak Put, Dija suka tonton fb live Bella yang membuat tutorial mekap. Fb live kan durasinya lebih panjang. Jadi tutorial itu lebih detail. Dari situlah Dija dapat idea untuk buat video bersendirian.
Antara komen netizen
Tak pakai baju
Cakap Kedah pekat gila
Mulut bertih jagung
Macam mulut murai
Buh bedak croiiit croiitt
Boleh ganti Bella
Seronok dengar celoteh dia
Bellaz junior ni
MUA Bella cari adik tu
Menariknya, video tutorial mekap oleh adik Dija ini telah sampai ke pengetahuan Mua Bella apabila salah seorang followernya telah tag Bella dengan video itu. Bella tertarik sehingga ingin berjumpa adik Dija untuk diberikan hadiah mainan dari Tou R Us. Pun begitu, disebabkan ibu Dija tidak begitu mahir menggunakan instagram, Bella gigih mencarinya di facebook. Bella yang menggunakan facebook atas nama Nabilah Zulyadaini telah memberikan komen di video adik Dija.
Video asal yang dimuat naik telah dipadam oleh facebook. Kak Put telah muat naik sekali lagi. Selamat menonton celoteh adik Dija semua.
VK tengok adik Dija ni memang berbakat besar dalam bercakap. Memang pok pek pok pek. Kelakar sungguh. Semoga ada hikmahnya videonya ini viral ye dik.
Kejadian pesawat Lion Air JT610 terhempas yang mengorban semua 181 penumpang dan anak kapalnya sememangnya hangat diperkatakan di Indonesia. VK sendiri tak lepas dari mengikuti perkembangannya.
Satu persatu cerita tentang insiden sebelum kejadian dikongsi. Antara yang menarik perhatian adalah pengalaman pengacara TransTV Conchita Caroline yang dikatakan menaiki pesawat yang sama pada malam 28 Oktober sehari sebelum kejadian. Dia menaiki pesawat tersebut untuk ke Bandara Soekarno, Jakarta dari Denpasar.
Dalam perkongsiannya di IG story @ conchizzlin rupa-rupanya pesawat berkenaan memang berdepan masalah malah penumpang termasuk Conchita sendiri dapat merasainya.
Ujar pengacara ini dia dapat merasai lantai pesawat panas malah penghawa dingin juga tidak berfungsi selain dengan baik bunyi enjin yang tidak seperti selalu.
Pesawat tersebut menurut Conchita ditunda penerbangannya kerana masalah teknikal.
Pesawat ada masalah tapi tiada penjelasan daripada krew
Enjin pesawat mati beberapa kali tapi penumpang diminta masuk
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...