Hari ini menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke pangkuan keluarga selepas dibebaskan dari penjara setelah diberi pengampunan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong.
Terus mengadakan sidang media di kediamannya di Bukit Segambut sebaik pulang dari Istana Negara, ramai menunggu luahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sejurus selepas dibebaskan.
Dan ini yang diluahkan oleh beliau.
Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana perjalanan liku dan derita berakhir pada hari ini untuk membolehkan saya mengecap udara bebas.
Sebaik telah dibawa mengadap ke Istana Negara menemui Yang Dipertuan Agung bersama Azizah dan Azmin. Saya sampaikan terima kasih kepada Tuanku kerana keputssan segera dan tegas membebaskan sepenuhnya tanpa sebarang syarat.
Kita bersama Tuanku hampir satu jam berbincang dan saya terasa terkesan kerana tagline ‘dari penjara ke istana.’
Kebetulan sebelum saya tiba, saya bertemu Tun Mahathir di perkarangan istana. Saya sampaikan terima kasih kerana membantu dalam proses ini, membantu Yang Dipertuan Agung memperkenankan pembesasan tanpa syarat.
Saya mahu jelaskan tentang pembebasan ini, kita tidak mohon pengampunan kerana kesalahan disabitkan. Kita tuntut pembebasan kerana fitnah dan salah guna kuasa serta apa yang disebut perjalanan yang bercanggah dengan prinsip keadilan dan prinsip inilah yang diterima oleh Yang Dipertuan Agung dalam membebas saya dan membersih semua sekali rekod sebelum ini.
Jadi bila penggarah pengarah dan kakitangan penjara menemui untuk mememaklum secara rasmi tapi saya tak perlu tandatangan apa-apa kerana saya dibersihkan daripada segala pertuduhan dan hukuman.
Saya dan Azizah bercadang bertemu Tun Mahathir untuk menyatakan penghargaan kami. Cuma berikan saya sedikit ruang untuk bersama dengan keluarga walaupun malam ini akan berada di Petaling Jaya menemui rakyat.
Ini berlaku dengan izin Allah kerana daya juang dan semangat yang ditunjukkan oleh rakyat malaysia seluruhnya.
Berjuang hampir 20 tahun tanpa rasa letih alhamdulillah. Hari ini satu permulaan, kita menyaksikan satu babak baru dan saya menyatakan sokongan saya kepada pimpinan Tun Dr. Mahathir dan Azizah, dan saya akan membantu dan menyokong sebagai rakyat biasa.
Saya syukur, kedia tidak sesia-sia menanti hampir 20 tahun derita sengara dihina dan diaib. Saya menanggungnya, Azizah menanggungnya dan sahabat setia menanggungnya. Alhamdulilllah dengan sokorang rakyat kita saksikan perubahan, saya cukup terharu.
Bayangkan seorang yang termerengkok dalam penjara diberi penghormatan yang tertinggi oleh Yang Dipertuan Agung yang menjelaskan sendiri kenapa keputusan memerdekan saya dibuat.
Demikian bicara awal Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang medianya sebelum diterjah dengan soalan serius.
Tapi satu yang diperhatikan meski lama terpenjara, terpinggir daripada perkembangan semasa keindahan dan kepetahan bicara Datuk Seri Anwar tidak sedikit pun hilang malah dilihat makin menarik.