Bila memandu jauh kita memang akan rasa mengantuk. Kadang-kadang tak dapat ditahan-tahan mengantuknya.
Bimbang mengalami microsleep ketika memandu yang boleh menyebabkan kemalangan kita berhenti dan tidur seketika. Tapi tidur dalam kereta ini pun berisiko. Ia boleh menyebabkan kematian mengejut seperti yang berlaku dalam kes 3 sekawan meninggal di Pulau Pinang kelmarin.
Ada yang kata, kalau nak tidur juga dalam kereta kena buka tingkap sikit tapi ini tetap tak mengurangkan risiko kematian akibat keracunan karbon monoksida.
Jadi bagi korang yang selalu tidur dalam kereta sebaiknya hentikan tabiat ini kerana membahayakan nyawa.
Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kematian dalam kereta kita sendiri iaitu:
1. Masalah kebocoran ekzos
Ads
Sekiranya terdapat masalah pada ciri mekanikal kereta kemungkinan berlaku kebocoran ekzos kereta ke dalam kabin kenderaan ketika kita sedang tidur dan ini akan meningkatkan risiko mati lemas.
2. Peningkatan karbon monoksida
Pengumpulan karbon monoksida yang disebabkan kebocoran ekzos akan menurunkan paras oksigen dalam kereta.
3. Penurunan paras oksigen dalam darah
Ads
Peningkatan tahap karbon monoksida di dalam kereta memberi kesan kepada oksigen dalam darah. Ini mengakibatkan darah membawa lebih banyak karbon monoksida dan boleh menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Bahayanya kita tidak akan sedar kerana karbon dioksida tidak dapat dilihat atau mempunyai bau.
4. Buka tingkap pun bahaya
Walaupun dengan tingkap dibuka sedikit seperti yang selalu kita buat karbon monoksida tetap boleh terkumpul dan akan menyebabkan penurunan oksigen dalam darah. Kesannya mangsa akan kehilangan cecair dan air dalam badan selepas satu jangka masa.
5. Kalau masa memandu boleh pula? Kenapa?
Ads
Ini kerana kita sedar dengan perubahan suhu dan akan sedar jika terdapat kebocoran. Jika kita mula merasa tidak selesa, kita akan segera bertindak dengan menutup penghawa dingin dan membuka tingkap.
6. Jika mengantuk sangat
Sekiranya sudah tidak dapat meneruskan pemanduan kerana terlalu mengantuk, tutup enjin dan buka tingkap sekiranya mahu melelapkan mata dalam kereta.
Namun cara ini juga tidak selamat kerana anda terdedah kepada penjenayah yang mungkin mengambil kesempatan ketika anda tidur. Oleh itu cara yang terbaik adalah pastikan anda mendapat cukup tidur sebelum memulakan perjalanan.
Bila datang musim durian macam sekarang kita selalu berangan syoknya kalau tanam durian sendiri. Takdelah banyak habis duit beli raja buah yang mahal ni.
Tapi kan ada juga yang dah tanam namun pokok durian tak mahu berbuah walau pokok dah besar.
Malah ada yang sabar berpuluh tahun menunggu hasil namun hampa seperti Cikwan Redzuan Jelani. Bagaimana pun segalanya berubah bila beliau mempraktikkan 5 tip ini. Jadi bagi yang ada masalah sama, pokok durian enggan berbuah boleh cuba tip berikut.
Tip dan petua supaya pokok durian berbuah
Buah sulung, penantian hampir 30 tahun, tanam dari biji. Terima kasih kepada yang beri tip dan petua untuk durian berbuah.
Tip 1 – kelar batang pokok
Kelarkan kulit batang tapi jangan sampai putus semua. Tinggalkan dalam anggaran 2-3 inci kulit pokok yang bersambung. Kalau kelar semua nanti pokok mati, kulit pokok bawa nutrien dari akar ke dahan dan ranting.
Tip 2 – baja garam
Durian ini saya tanam di kawasan tanah gambut, berkemungkinan tanah ada unsur asid yang tinggi. Jadi untuk neutralkan asid, saya beli garam kasar seguni tabur 5 kaki jarak dari pangkal ke kawasan keliling pokok.
Dalamkan parit sempadan, akar durian tak boleh dekat dengan kawasan air bertakung, nanti akar tunjangnya busuk. Ini tip dari geng tanam durian.
Tip 3 – baja protein
Campuran telur + Vitagen yang diperam dalam suhu bilik semalaman, saya sembur pada akar durian yang timbul. Seminggu sekali kalau sempat.
Tip 4 – baja buah
Beli 2 kilo baja buah kemudian tanam dalam jarak 4 kaki dari pangkal pokok, Buat 2 lubang, setiap lubang letak 1 kg. Lakukan berulang 3 bulan sekali tapi berubah tempat. Tapi yang ini belum sempat masuk kali yang ke 4 dah berbuah.
Tip 5 – Cakap dengan pokok…
Masa buat semua proses kat atas saya bercakap dengan pokok, kalau tak berbuah jugak lepas segala macam usaha, tahun 2021 kena tebang. Tapi awal 2021 dah gugur buah.
Selalu masak asam pedas ikan, daging tapi asam pedas ayam jarang orang buat. Malah ada yang kata pelik. Cuma bagi orang Johor ini menu biasa.
Bagi yang nak cuba asam pedas ayam ini boleh ikut perkongsian Amoy Sally. Resipi dari orang Johor sendiri.
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 biji bawang merah -kisar
5 ulas bawang putih -kisar
2 inci kunyit hidup -kisar
1 inci halia -kisar
Lada hitam -kisar
Cili kisar -kuantiti ikut tahap kepedasan yang dikehendaki
2 batang serai -diketuk
Daun kesum -letak banyak lagi sedap
Daun limau
Bendi
Tomato
Cara membuat:
1. Panaskan minyak (kena guna minyak yang banyak) masukkan serai yang diketuk. Tumis sampai naik bau.
2. Kemudian masukkan bahan kisar kecuali cili kisar. Tumis sampai naik bau baru masukkan cili kisar.
3. Tumis lagi sampai cili betul-betul masak dan garing (Pastikan tutup kuali supaya dapur tak kecah).
4. Bila cili dah garing bolelah masuk ayam. Bila ayam dah agak kecut baru masukkan air agak-agak paras ayam.
Kemudian bolehlah masukkan perasa masukkan daun kesum, daun limau, bendi, tomato.
Akhir sekali masukkan air asam jawa.
🌶Air boleh tambah, banyak mana nak.
🌶Minyak lebih yang terapung boleh senduk keluar.
Pokok kari antara tanaman yang mudah ditanam, cucuk saja keratan batang akan keluar benih.
Tapi belum tentu lagi pokok kari tumbuh merimbun, selalu juga yang ada 2-3 cabang daun kari saja.
Jika nak pokok kari tumbuh serumpun, rimbun banyak daun untuk kegunaan masakan boleh cuba cara yang dikongsi Fazlie Che Fauzi.
Cara tanam pokok kari dari keratan batang, kelar dan buang kulit
1) Potong batang kari yang sudah tua dalam 4-5 inci.
2) Buang kulitnya separuh saja, jangan sekeliling batang.
3) Jadi seperti ini.
4) Letak di atas tanah dengan bahagian yang telah dikelar mengadap ke bawah. Biarkan begitu tanpa perlu tambun tanah. Siram hari-hari, letak di tempat teduh dulu.
5) Cara ini keratan batang akan keluarkan tunas lebih banyak, dapatlah serumpun pokok kari.
Ini gambar pokok kari bertunas selepas lebih kurang seminggu.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...