Tidur dengan bayi sambil menyusu badan memang lebih mudah untuk ibu malah sudah jadi kebiasaan para ibu. Tapi kena hati-hati kerana kebiasaan ini sebenarnya boleh jadi punca bayi mati mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
Risiko ini dinyatakan oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad dalam catatan beliau dalam Facebook.
Bahaya tidur dengan bayi
Amalan tidur bersama bayi (terutama berumur enam bulan ke bawah) harus dilakukan dengan kaedah yang betul, jika tidak ia berbahaya kepada bayi.
Kematian bayi yang mengejut (Sudden Infant Death Syndrome, SIDS) berlaku dalam kalangan bayi berusia kurang setahun dan kematian bayi ini biasanya berlaku semasa tidur. Ia juga dikenali sebagai maut di tempat tidur (crib death).
Ads
Kombinasi masalah fizikal dan faktor persekitaran di tempat tidur boleh menyebabkan bayi mudah menjadi mangsa SIDS.
Faktor penyebab SIDS
1. Antara faktor fizikal yang dikaitkan dengan SIDS ialah masalah dalam otak (akibat belum matang) yang mengawal pernafasan dan bangun tidur bayi tersebut, atau dilahirkan secara tidak cukup bulan, atau dilahirkan tidak cukup berat dan otak bayi yang tidak matang sepenuhnya menyebabkan tidak dapat mengawal proses bernafas yang betul dan degup jantung tidak menentu. Jangkitan kuman pada saluran pernafasan dan paru-paru juga penyebab SIDS.
2. Antara faktor tempat tidur yang dikaitkan dengan SIDS ialah bantal, selimut dan anak patung yang diletakkan di tempat tidur, yang menyebabkan bayi ‘ditimbus’ dan tidak bernafas, dan posisi bayi tidur (tidur tertiarap).
Bayi yang tidur bersama ibu bapa atau adik-beradik juga mengalami SIDS kerana tertindih secara tidak sengaja.
Ads
Amalan di barat, tidak menggalakkan ibu tidur sekatil dengan bayi yang dilahirkan secara pramatang, dan mengalami kurang berat badan dan bayi berusia kurang enam bulan.
Mereka lebih selamat ditidurkan berhampiran ibu tetapi katil yang berlainan.
Ibu bapa terlalu letih tidak digalakkan tidur dengan bayi
Bayi boleh mati lemas tidak bernafas kerana berkongsi selimut dengan ibu. Ibu bapa yang terlalu letih juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana mungkin akan menghempap bayi dan tidak sedar apabila bayi terjaga dan menangis.
Ibu atau bapa yang merokok juga tidak digalakkan tidur bersama bayi kerana ia mendedahkan bayi kepada bahan toksik asap rokok yang dikeluarkan dari paru-paru semasa tidur.
Ads
Ibu yang menyusukan bayi dan tidur bersama, harus berwaspada kerana ibu mungkin kepenatan dan wajah bayi mungkin tertangkup pada payudara ibu yang tidur kepenatan.
Sebelum ini memang ramai yang mengata anak perempuan pengasas produk kecantikan Qu Puteh iaitu Datuk Seri Vida.
Mak putih tapi anak gelap, itulah yang biasa diperkatakan. Tambah pula dengan gayanya yang selalu berbaju T. Tapi kelmarin Cik B, anak jutawan kosmetik ini memaparkan sisi comel dirinya.
Dalam satu posting terbaru di instagram, Datuk Seri Vida telah berkongsi video Cik B siap bermekap hingga membuatkan netizen teruja menatapnya. Lengkap berbaju kurung berbaju kurung pulak tu, lain betul penampilan dia.
“Tengok Cik B make up? Omei tak?” tulis Datuk Seri Vida yang mendapat respon ramai netizen. Baru dimuat naik malam semalam video ini telah mendapat lebih satu juta tontonan.
Bila dah siap mekap, cantik Cik B sebenarnya, itu antara kebanyakan komen daripada netizen. Tak terkecuali memberi respon adalah artis tanah air, seperti Achey dan Zarina Zainuddin yang turut memuji kecomelan Cik B.
Allahu. Tak terbayang betapa si kecil ini sudah diuji dengan kesakitan. Usianya baru 3 tahun namun tabahnya tubuh ini menanggung derita.
Raysha Adriana bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke -3 pada 1 Oktober nanti. Dia disahkan menghidap kanser Pleuropulmonary Blastoma. Melalui facebook yang dibuat atas nama kanak-kanak ini, ibunya, Farah Nur Shahirah Amran menceritakan perjalanan anaknya melalui penyakit tersebut.
Sakit perut biasa, tapi akhirnya sukar bernafas
Assalamualaikum nama saya raysha nur adriana 1/10 ni genaplah saya 3tahun, dulu saya seorang kanak kanak yang ceria dan mumy kata saya penyeri dalam rumah dan hati dia sebab saya anak perempuan ..
Dulu rambut saya panjang mumy suka ikat rambut saya tinggi tinggi lepastu mumy suka buat tocang dekat rambut saya .. Tp masa bulan puasa saya dah mula sakit, mumy ingat saya sakit perut biasa saja tapi lama kelamaan sakit tu makin kuat sampai saya sukar untuk bernafas.
Pernafasan makin laju
Daddy bawa saya pergi klinik pergi hospital masuk kk6 sehari je kemudian dokta suruh balik katanya saya xde pape masalah sedangkan masa tu pernafasan saya dah laju.. Dengan rela hati daddy and nenek bawa saya balik kemudian esok kan tu sakit saya makin terus mumy balik tak jadi na pergi kerja jadi daddy nenek and mumy bawa saya pergi hkl.. Abang dekat depan jaga kaunter tu terus tolak saya masuk zon merah ..
Lepas scan, nampak ada ketumbuhan
Mula mula mereka kata saya denggi kemudian jangkitan kuman diparu paru then buat scan dokta kata paru paru berair tapi bila dokta pakar datang dia kata bukan sekadar paru paru berair tapi ada ketumbuhan dalam badan saya sehingga menutup saluran pernafasan saya.. Selang dua hari dokta buat keputusan na oprite saya . Mumy ta henti henti nangis sebab mumy takot sesuatu berlaku.. Masuk bilik oprite nenek yang hanta tp sekejap je lepas saya kena bius nenek keluar, lepas saja oprite saya kena stay dalam icu untuk pemerhatian dokta ..
Disahkan kanser tahap 3
Lepas seminggu saya diberi keizinan balik , mumy gembira sangat tapi mumy pelik kenapa ada wayar warna putih tergantung.. Lepas dari tu mumy tetap susah hati tp mumy terpakse pergi kerja , daddy dan nenek hanta saya ke hospital sebab dokta na jumpa.. Tibatiba dokta sahkan saya menghidapi cancer stage 3 ke 4 .. Mumy berkali kali kol daddy tapi daddy ta angkat mungkin sebab daddy xnk mumy risau tapi auntie saya dah post dalam whatspp jadi mumy tahu.. Mumy x senang na buat kerja terus
Kanser jarang dijumpai, orang ke-8
balik dah sampai rumah mumy nangis x terhenti sebab mumy x bole terima saya cancer .. Cancer saya sejenis cancer rare .. Saya org ke 8 yang kena cancer ni jadi xde ubat bole bantu saya melainkan chemo.. Dokta kata kalau dah start chemo rambut saya, bulu mata saya semua akan gugur.. Tp mumy kata saya tetap cantik dimata dia , lepas dari chemo mulut saya sakit kdg2 seminggu x makan . Saya kerap demam mumy sentiasa teman saya dalam hospital kadang kadang nenek pun teman saya.. Tp kesian pada daddy sebab kena hanta saya ulang alik ke hospital .. Dalam hospital mumy cuma ada saya dia x berani untuk tegur org dalam wad sebab mumy sorg perempuan yg takot utk tegur org.. Jadi dia akan jaga saya sepanjang masa kalau ada org tegur dia baru dia tegur balik..
Kos perubatan mahal
Jadi auntie and uncle kat luar sana tolong doakan raysha panjang umur dan kuat untuk lalui semua ni , harini auncle and auntie tlg isha insyallah esok lusa allah swt balas segala jasa baik uncle dan untie .. Perubatan isha memang mahal ..susu isha pun kena tukar mumy dah cuba minta bantuan baitulmal dan isha berharap mereke sudi bantu kami insyallah
#prayforraysha #ishabeatCENCER
Semoga bapa kepada Raysha, Abdul Hazim Hamzah dan ibunya, Farah Nur Shahirah Amran akan tabah melalui ujian daripada ALLAH ini.
Tahu suami perokok tapi Jiha Shuib tak menjangka satu hari suaminya akan tumbang secara tiba-tiba.
Tak terfikir untuk membuat simpanan berdepan waktu kecemasan apatah lagi hidup dia dan suami serta dua anak cukup-cukup saja setiap bulan.
Tapi sampailah satu ketika, suaminya tumbang akibat serangan strok. Melihat suami terbaring kaku di hospital, dia gelabah. Pengalaman yang dilalui inilah membuatkan Jiha menitip pesanan ini kepada isteri lain di luar sana.
Tapi katanya selain wang simpanan wang, info penting tentang suami perlu diketahui agar urusan pada waktu kecemasan itu jadi lebih mudah. Ada 7 perkara penting yang isteri kena ‘korek’ daripada suami.
Tak pernah ada persediaan hadapi kecemasan
Aku rasa keluarga aku adalah contoh keluarga tipikal, orang biasa berpendapatan sederhana dan kedua-dua kami bekerja. Ada hutang kereta sederhana, ada 2 anak sekolah, ada hutang sewa rumah yang biasa-biasa, ada hutang pinjaman peribadi dan komitmen biasa macam penapis air bayar bulan tu.
Alah, yang biasa-biasa saja. Golongan sederhana yang cukup-cukup makan setiap bulan.
Ada orang yang beringat buat simpanan kecemasan, ada simpan rekod kewangan kedua-dua pasangan dan ada sumber pendapatan pasif, tapi kebanyakan orang? Macam kami yang tak pernah sangka akan alami benda-benda begini tak ada pun kesedaran untuk buat sesuatu.
Sampailah satu masa dia tumbang…
Sepatutnya aku kena sedar dah risiko bila suami aku degil untuk berhenti rokok. Dia curi-curi hisap rokok di luar, masih merokok berpuntung-puntung waktu bekerja. Walaupun banyak kali kena serangan asma dan sesak nafas, tetap dia merokok balik.
Gedegang! Tiba-tiba dia collapse. Senyap, sunyi dan kaku.
Masa awal tu aku masih okay, ada keluarga sahabat handai yang sedekah duit dalam genggaman setiap hari. Lagipun dalam keadaan terkejut beg tangan aku dan dompet Saiful entah kat mana-mana.
Tak boleh fikir dah aku pasal duit ke, masa depan ke apa. Hari berlalu dengan slow-motion, dunia aku siang malam hanya di sekeliling katil Saiful terbaring kaku tu. Tapi bila doktor mula cakap suruh belikan barang itu ini, aku mula gelabah.
Mana aku nak ambik duit ni? Dalam bank? Eh, itu duit untuk bayaran bla…bla…bla….
Dalam akaun Saiful ada duit belanja rasanya. Tapi… Eh, aku mana tau nombor pin dia. Aku tak pernah tanya dan tak pernah terasa nak ambik tau, hulur tangan terima duit aku tau.
Di sini titik permulaan persoalan-persoalan yang sepatutnya seorang wanita ambil peduli sebelum terlambat.
7 perkara isteri perlu ambil peduli
1. No. Pin akaun-akaun bank suami. Ini #palingpenting dan #palingsulit. Kalau tak memang gelepar lah nak beli katil, nak beli susu, nak bayar kos ujian-ujian hospital (GL pun tak leh cover cukup tau), nak beli tilam angin, tiub-tiub hidung, tiub-tiub kencing, krim-krim, stokin preassure, mesin angin tilam, lampin dewasa, kos ulang alik hospital, kerusi roda. List dia panjang tau, panjang berjela-jela.
2. Passcode online banking, telefon bimbit, tab, komputer, alarm rumah, peti besi dan sebagainya.
3. Ambil tahu dimana letaknya dan labelkan semua kunci-kunci pendua, kunci simpanan asalkan bukan kunci rumah bini #2 suami.
4. Rekod insuran /takaful suami. Surat menyurat gadaian simpan dalam fail betul-betul. Lepas keadaan sudah tenang boleh telefon ejen untuk tuntutan insuran, jika rumah atas nama suami boleh claim MRTA (kot kalau tak silap)
5. Nombor telefon pejabat / majikan suami / bahagian sumber manusia. Kena maklumkan keadaan suami, tanya kelayakan perubatan suami ada ke tak dan jika majikan ada caruman insuran kelompok atau sebarang kemudahan sebagai pekerja mungkin mereka dapat membantu.
Mereka juga boleh bantu untuk buat tuntutan Socso bagi swasta, JPA bagi penjawat awam. Kalau tak pun, telefon mereka dan minta mereka maklumkan kawan sekerja keadaan suami yang tenat dan minta doakan kesembuhan suami.
6. Surat tawaran kerja suami / baca klausa apa kemudahan cuti sakit yang layak / berapa bulan gaji akan dibayar dalam cuti sakit. Baru boleh rancang berapa lama boleh survive dengan duit yang tinggal, baru tahu mana nak rujuk rawatan susulan untuk suami.
6. Rekod hutang-hutang semasa, duit orang dalam tangan suami mana tahu suami bendahari kelab ke, surau ke, jiran tetangga ke. Kalau orang datang tuntut nanti taklah gelabah.
7. Hutang suami macam kereta, rumah, pinjaman koperasi ke apa-apalah / komitmen suami setiap bulan bayar macam maintanence ke, polis komuniti ke nanti boleh buat refinance atau terminate saja bila diorang tuntut hutang mana yang boleh untuk berjimat.
Simpan rekod dalam fail yang tersusun.
Kalau suami perahsia sila guna skill malam Jumaat
Ingat tau, bila kita susah masa itu baru boleh kenal siapa kawan siapa lawan sebenarnya. Tak mustahil saudara sendiri akan lari jauh-jauh dan mengelak dari menunjuk muka takut-takut kita mahu menumpang. Pesanan ini atas dasar pengalaman sendiri.
Isteri yang bijak adalah isteri yang ada harga diri, bersedia berkorban dan tidak takut bertindak untuk kepentingan anak-anaknya.
Kalau suami perahsia sangat semua benda kepit celah ketiak dia, itu memang kena guna skill malam jumaatlah untuk pujuk. Tak sayang anak bini lah maknanya tu, jangan sampai anak isteri merempat di tepi jalan suatu hari nanti. Ayat seperti
“Sayang jangan risau, nanti kalau jadi apa-apa kat abang si polan-si polan akan tolong. Semua duit dan harta abang, geran-geran rumah, stable lumba kuda, kelab-kelab malam dia yang akan uruskan. Takyah fikir apa-apa ya, tenang-tenang aja”. (ni contoh)
#angkatkening kau boleh percaya? Kalau percaya, okaylahhhhh. I rest my case.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...