Tinggal 3 Anak Kecil Untuk Tunaikan Haji, Lihat Persiapan Rapi Ibu Ini Agar Anak Tak Rasa Rindu & Kehilangan

Share

 

 

 

Pada musim haji tahun-tahun kebelakangan ini kita dapat lihat ramai jemaah muda yang dijemput menjadi tetamu menjejakkan ke tanah suci Makkah bagi menunaikan rukun Islam kelima.

Untungnya pemergian ketika ini tubuh masih bertenaga untuk menunaikan ibadah haji. Tapi ada juga dilemanya. Bagi wanita terutamanya ibu yang bakal menjadi jemaah haji mereka mungkin perlu meninggalkan anak yang masih kecil.

Malah ada yang masih lagi menyusu dan tak boleh berenggang dari ibu. Pernah mengalami situasi ini Salwa Idris berkongsi pengalamannya meninggalkan anak yang berusia dua hingga sembilan tahun untuk mengerjakan haji.

Meninggalkan anak yang masih kecil selama 53 hari, Salwa melakukan pelbagai persiapan rapi agar anak-anaknya kurang terasa kehilangan. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat ibu-ibu yang bakal menunaikan ibadah haji.

Tip haji untuk ibu muda yang ada anak kecil

TIP HAJI UNTUK IBU MUDA YANG MENINGGALKAN ANAK KECIL (2 – 9 TAHUN) UNTUK MENUNAIKAN IBADAH HAJI

Alhamdulillah sedikit catatan dari adik saya Sh Syahirah Hanim Idris dan saya sendiri untuk dikongsikan kepada para hujjaj terutama ibu yang meninggalkan anak kecil. Pengalaman kami di Tanah Suci sepanjang 53 hari ini amat bermakna dan semoga memberi manfaat kepada semua.

1. Condition / persiapkan mereka dari awal. Hari-anak kongsikan bahawa ibu tunaikan haji atas sebab menurut perintah Allah. Allah sayang ibu, dapat pahala.

Tunjuk video dan gambar Kaabah kpd mereka. Tempat ini lah yg ibu ayah akan pergi. Tempat ini jauh dan sesak dgn ramai org. Jadi budak kecil tak boleh ikut takut dihempap dan hilang.

Bagi anak yg menyusu, hari-hari bagitau lepas ni ibu pegi Haji, adik kena minum susu dalam bo?? Tol. (Si adik menjawab.)

2.Sediakan worksheets / buku coloring / buku latihan untuk mereka buat bersama penjaga.

3. Sediakan hadiah untuk dibuka (setiap 1 minggu/ 2 minggu) pasti mereka akan excited. Hadiah kecil dan murah tetap bermakna untuk kanak-kanak. Hadiah boleh juga dikirim dari Tanah Suci sebagai “surprise”

4. Tulis surat untuk anak-anak, sebagai pesanan buat mereka. Nyatakan harapan kita kepada mereka semasa ketiadaan kita. Tampal sebelum berangkat.

5. Sediakan jadual tugasan untuk anak-anak yang besar, mcm duty roster. Terutama semasa cuti sekolah. pasti penjaga lebih pening kalau tiada aktiviti untuk anak2!

6. Tinggalkan juga baju tidur dan kain pelikat buat anak2 selimut waktu malam nak tidur.

7. Sepanjang di sana elakkan call/video call. Dua minggu sekali memadai. Agar ibu tetap focus dgn ibadah terutama bila hampir waktu wukuf. Ubatilah rindu dengan melihat gambar2 dan video yang dihantar oleh penjaga kpd kita.

8. Solat hajat setiap hari sebaik tahu tarikh akan berangkat memohon agar dipermudahkan, dikuatkan hati sewaktu meninggalkan anak-anak kecil ini.

 

9. Tip dari ibu kami sendiri yg pergi Haji dan meninggalkan 2 org kanak-kanak dan 1 org bayi yg masih menyusu (tahun 1990), sebaik sahaja nak keluar dari pintu rumah, salam cium buat kali terakhir dan terus masuk ke dlm kereta dan jangan langsung toleh semula ke belakang. (Memang betul, apa yang berlaku sgt mengejutkan. Kedengaran suara anak-anak tiada seorang pun yg menangis siap babai dengan hati gembira. Kita pula yg menitik air mata dlm kereta.)

10. Bantuan dan support dari family, ibu ayah, adik beradik dan bibik sangat penting agar kita tetap fokus dengan ibadah di sana. Tawakkal dan yakin anak anak di bawah jagaan mereka dan Allah swt.

Alhamdulillah kami sangat bersyukur atas pengorbanan keluarga dan bibik sepanjang tempoh kami di sana. Semoga Allah swt membalas kalian dengan sebaik2 ganjaran.

Hajj mabrur ibu-ibu!

#hajjjournalbysalwabee
#hajjtipsbysalwabee

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat bakal jemaah haji wanita terutama ibu-ibu muda.

 

Sumber; Salwa Idris

 

 

 

Published by
VK