Tinggal Dengan Mentua, Wanita Ini Kreatif Ubah Suai Bilik Jadi ‘Rumah Kecil’ Demi Privacy

Share

 

 

Tinggal serumah bersama mentua dan juga ipar duai dah tentu pergerakan seorang isteri terbatas kerana perlu menjaga aurat.

Ini masalah yang selalu oleh kaum wanita yang tinggal dalam keluarga besar. Yalah, nak ke dapur malah ke bilik air pun mungkin perlu bertudung litup.

Disebabkan itu ramai yang tak selesa, ditambah pula dengan kurangnya privacy bagi suami isteri. Tak dinafikan ia memang boleh jadi punca konflik.

Tapi wanita bernama Ain Zaki ini bijak mencari cara untuk menyelesaikan masalah ini. Mempergunakan keluasan bilik yang diduduki di rumah mentua, dia mengubah suai bilik tersebut jadi seakan rumah kecil. Siap dengan dapur sekali ada di dalam bilik tau!

Dapur dalam bilik tidur!

Belum ada rumah sendiri , duduk dgn mentua , dlm rumah ada 2 family ipar duduk sekali…

Rasa pergerakan terbatas bila masak-masak kat dapur bawah. Yela , pakaian kita kena jaga kan. Tak kan nak pakai mcm dlm rumah sendiri..

Pujuk en. husband utk reno sikit buat dapur dlm bilik memandangkan bilik besar juga.

Taraaa… dah siap reno. Simple je, sekangkang kera tapi tetap syukur & sgt happy atleast dapur iols berasap hari-hari.

Dlm bilik pakai dapur karan, ada blower, ada tingkap & ada pintu. Bau masuk bilik tu ada la tapi tak la sampai berbau tilam baju semua. Setakat bau-bau harum je gitu…

Nak makan apa cakap jer, semua bahan lengkap. Peti ais ada tapi besar sgt tak muat dapur. Jadi letak kat luar (dalam bilik )

Tapi bagi saya… ni syurga kecil kami. Doakan sy ada rezeki beli rumah sendiri.

Keseluruhan bilik

Pintu masuk menuju ke dapur

Dapur saya kecik kira-kira 5 petak tile 4 segi tu. Brg-brg mcm pinggan mangkuk /minyak segalanya saya sorok dlm kabinet.

 

Saya pakai dapur elektrik je.

 

Peti ais besar sangat,  tak muat dlm dapur, biar duk situ ye.

 

Sudut lain pulak.

 

Keseluruhan… semua dalam satu bilik.

 

Kredit photo: Ilham Dekorasi & Ain Zaki
Published by
VK