Ramai yang suka bercucuk tanam sekitar rumah dengan cara paling mudah. Beli saja anak pokok kemudian tanam di rumah.
Tapi sebelum tanam atau alihkan ke pasu kena tahu cara yang betul untuk melakukannya supaya anak pokok yang dibeli tak mati. Bukan boleh terus letak dalam pasu dan kambus dengan tanah ya.
Tip alihkan pokok yang baru beli
Caranya boleh ikut tip yang dikongsi oleh Pyan Sempoy yang kerap berkongsi tip penanaman di media sosial miliknya.
Tip mudah tanam pokok yang baru dibeli, tak kisahlah beli secara online ataupun offline. Atau nak pindahkan pokok ke bekas yang lebih besar.
1. Pastikan pokok dalam keadaan sihat, segar, daun tidak layu dan tidak dalam keadaan baru keluar tunas/pucuk (muda).
2. Kalau beli pokok online, biasanya daun-daun akan ada yang layu. Dalam situasi ini tak boleh terus pindah bekas. Wajib dikuarantin dulu sampai daun-daun kembali fresh. Letak di tempat teduh untuk menghilangkan stres pokok.
Ads
3. Kalau dah cukup semua syarat di atas bolehlah tanam. Mula-mula sediakan medium/tanah yang gembur atau poros. Saya guna campuran topsoil, tanah hitam sawit, cocoapeat & sekam bakar.
4. Isi pasu dengan sedikit styrofoam (polisterin) tujuannya supaya akar dapat lebih banyak oksigen, air lebihan siraman mudah mengalir keluar & media terhalang dari keluar ikut lubang pasu. Boleh ganti polisterin dengan batu-batu kecil, pecahan bata, pecahan genting atau lain-lain.
5. Isi sedikit media untuk tutup pecahan styrofoam. Tabur sedikit sahaja baja subur (saya guna Novatec Supreme) dan timbus lagi dengan media sampai separuh penuh pasu. Ikut keadaan saiz media pokok ya, agak-agak sendiri biar ngam dengan pasu.
Ads
6. Letak pokok betul-betul di tengah pasu. Kena hati-hati waktu buka polibeg atau cabut keluar dari pasu. Jangan sampai media pecah berterabur atau akar banyak sangat yg putus (sikit-sikit ok).
Ads
7. Kambus lagi sampai tertutup semua media asal. Jangan sampai penuh pasu sangat ya, sisakan 2-3 inci.
8. Siram dan letak tempat teduh dulu sampai pokok betul-betul dah stabil, baru boleh ubah letak tempat kena hujan panas. Kali pertama siram selepas letak dalam pasu siram sampai lencun kemudian jangan siram 2-3 hari. Bila media dah kering sangat baru siram macam biasa.
Kuih abuk abuk sagu ini antara makanan tradisi yang semakin rare sekarang. Memang jarang jumpa orang jual.
Kalau teringin nak makan memang kena buat sendiri dan elok juga kita belajar buat sendiri supaya kuih ini tak hilang ditelan zaman.
Bagi yang nak buat boleh ikut cara yang dikongsi oleh Mas Cotek.
Buat sendiri kuih abuk-abuk sagu
Bahan-bahan
2 cawan sagu
1/2 biji kelapa parut
1 sdt garam
4 keping gula melaka (gula merah pun boleh)
Daun pisang dilayur secukupnya
Cara membuat:
1. Basuh sagu, toskan
2. Gula melaka dicincang halus dan ketepikan
3. Gaul sagu, kelapa parut dan garam
4. Bentukkan kelongsong daun pisang (seperti kon)
6. Masukkan 2 sdb sagu ke dalam kelongsong, diikuti dengan 1 sdb gula melaka tadi dan masukkan lagi campuran sagu sehingga memenuhi kelongsong.
7. Kemaskan dan kukus selama 15 minit. Siap!
NOTA:
-Untuk membuat abuk-abuk pandan, kisar 10 helai pandan dan tapis. Jadikan dalam 1 1/2L air pandan
-Selepas sagu dibasuh rendam dalam air pandan selama 2-3min (boleh masukkan sedikit pewarna hijau jika suka)
-Akhir sekali tos sagunya
Banyak biskut dan kek yang menggunakan coklat cair melalui kaedah double boiler dan ramai yang mempraktikkannya ketika musim raya ini.
Tapi ramai juga yang kurang mahir dan tak tahu kaedah betul double boiler ini. Perkongsian daripada Yatie Faizal menjelaskan tentang cara terbaik mencairkan coklat kaedah double boiler. Barulah coklat cair berkilat.
Cara cairkan coklat kaedah double boiler
Cara ini terbaik untuk jaga kualiti coklat, terlebih suhu rasa coklat akan berkurangan.
Bahan diperlukan:
Pan / periuk
Stainless steel bowl
Spatula
Coklat compound
Air
Kain lap
Piping bag
Cara membuat:
1. Masukkan air ke dalam periuk separuh penuh, panaskan di atas api.
2. Cincang coklat compound supaya mudah hancur dan masukkan ke dalam stainless steel bowl
3. Setelah air mendidih, TUTUP API dan letakkan stainless steel bowl yang mengandungi coklat di atas periuk tadi. Untuk coklat putih dan milk coklat biarkan seketika baru letakkan bowl di atas periuk kerana suhu lebur coklat lebih rendah dari dark coklat.
4. Kacau dengan spatula hingga semua coklat cair.
5. Setelah semua coklat cair, angkat bowl dari periuk dan tuang coklat ke dalam piping bag. Sebelum itu, lap dulu bawah bowl supaya air tidak menitik ke dalam piping bag ketika menuang coklat.
6. Kaedah ini hanya sesuai dengan coklat compound, coklat courveture perlu menggunakan kaedah tempering.
DO
Pastikan semua peralatan (stainless steel bowl & spatula) bersih dan kering.
Gunakan stainless steel bowl yang bersaiz lebih besar dari saiz periuk supaya bowl tidak terendam dalam air. Bowl mesti menutupi keseluruhan periuk untuk mengelak titisan wap air masuk ke dalam bowl.
Cairkan coklat di atas wap air, bukan didalam air panas, dasar bowl tidak boleh terendam dalam air panas, tutup api ketika cairkan coklat.
Jika hendak mewarnakan coklat, gunakan pewarna berasas minyak (oil based)
DON’T
Tidak tutup api ketika cairkan coklat.
Rendam bowl di dalam air panas atau bowl di atas tidak menutupi keseluruhan periuk di bawah.
Coklat terkena atau tercemar dengan titisan air atau wap air.
Menggunakan pewarna water based.
Tutup stainless steel ketika coklat masih panas, ia akan menghasilkan wap air yang mungkin menitis ke dalam coklat dan merosakkan coklat.
INFO
-Coklat yang dicairkan mengguna kaedah yang betul akan cair sepenuhnya, licin dan berkilat.
-Coklat yang rosak, berketul-ketul dan agak pekat.
-Coklat yang rosak tidak sesuai lagi digunakan untuk membuat coklat kerana sukar untuk mengeras dan susah dikeluarkan dari mold, tetapi jangan dibuang kerana ia masih boleh digunakan untuk membuat coklat ganache, kek, biskut dan sebagainya.
Kebanyakan rumah sekarang masuk saja pintu rumah terus nampak dapur. Kaum wanita biasanya tak berapa suka keadaan begini.
Kalau tetamu datang nampak saja dapur yang ada masa berkecah, satu lagi bau masakan juga akan memenuhi ruang tamu bila memasak.
Elok sangat kalau ada penghadang antara dapur dan ruang tamu. Selain renovate, idea dari Fourzy Ozzy ini juga sangat mudah untuk dilakukan.
Cuma pasang pintu sliding, boleh beli rel secara online dan pasang sendiri kerana designnya simple. Kos tak sampai RM300.
Ini bahagian dalam dapur selepas pasang.
1. Boleh beli sliding track di Shopee, boleh terus klik SINI untuk beli di Shopee. Ada juga design lain. Klik SINI untuk survey pintu.
2. Sebelum beli atau pasang, pastikan ada ruang yang cukup di tepi pintu untuk membolehkan pintu ditolak.
3. Pasang sliding track di bahagian ruang dapur, ukur ketinggian pintu sebelum pasang.
4. Pasang pintu (gantung) pada hook di slidding track. Pintu itu saya beli pintu plywood (800mm x 2 meter) RM80. Ada juga jual online. Klik SINI untuk beli.
5. Sliding track ini disertakan sekali dengan rail guide, kena pasang supaya pintu tak bergoyang.
Hasilnya, ini dari pandangan ruang tamu. Boleh tampal wall paper pada pintu untuk nampak cantik.
Cara wangikan rumah tanpa beli pewangi mahal, guna penyegar mahal. Kalau suka kediaman sentiasa berbau harum semula jadi dan segar cara ini boleh sangat...