Cadar putih yang dibentang pada katil memang akan buat bilik nampak lebih kemas dan cerah. Sebab itu ramai yang suka pilih warna ini. Begitu juga dengan tuala. Nampak bersih saja.
Tapi satu masalah bila menggunakan fabrik warna putih ini adalah lama kelamaan warnanya akan jadi sedikit kekuningan atau off white. Bukan saja cadar atau tuala, pakaian pun sama.
Jika suka menggunakan cadar warna ini di rumah sebaiknya kena tahu cara betul mencucinya selain cara mengembalikan keserian warna putih ini. Boleh gunakan tip yang dikongsikan oleh Zaza Zalina ini.
Tip basuh cadar, tuala putih supaya putih sekali, kembali berseri
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila di bentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih.
Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip. Kaedah mudah untuk elakkan air karat menjejaskan pakaian warna putih adalah dengan menggunakan tuala tangan kecil.
Ads
Cara elak kain cucian kuning akibat air karat
Masukkan tuala kecil ke dalam tempat letak sabun. Jadi sebelum air sampai ke kain cucian ia terlebih dulu ditapis.
Dapatlah mengurangkan air karat terus mengalir ke kain cucian. Alhamdulillah dah tiada kotoran itu lagi.
Ads
Tip cadar putih bersih berseri
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri. Cuma bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya. Ia akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
Ads
Kaedah cucian putihkan kembali baju putih yang dah kuning
Selain itu jika ada pakaian warna putih yang semakin kuning cara untuk memutihkannya kembali adalah dengan merendamnya dengan Clorox kemudian cuci dengan sabun. Letak sedikit nila, Insya-Allah pakaian putih akan kembali putih berseri.
Masih banyak kediaman yang menggunakan tingkap cermin nako seperti ini. Cermin jenis ini tak dinafikan mudah berkumpul habuk dan untuk membersihkannya satu tugas yang agak mencabar kerana mengambil masa yang agak lama.
Jadi sekiranya tingkap di rumah sudah lama tak dibersihkan sebaiknya sebelum bulan puasa kita bersihkan memandangkan kerja ini menggunakan banyak tenaga juga.
Satu lagi untuk membersihkan tingkap ini juga perlu dilakukan berhati-hati supaya tidak tercedera terkena hujung tingkap cermin yang agak tajam.
Supaya cermin tingkap bersih berkilat boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Zaza Zalina ini.
Katanya untuk membersihkan tingkap jenis ini kena ada kesabaran tenang dan gembira untuk melaksanakannya. Ini kerana jika dibuat tergesa-gesa boleh menyebabkan kecederaan.
Cara cuci tingkap cermin nako
Jelas Zaza Zalina tingkap ini sebaiknya dibersihkan 6 bulan sekali atau apabila tingkap sudah kotor. Boleh gunakan bahan dan cara berikut untuk membersihkannya.
1. Sediakan kain pengelap, sabun cuci pinggan dan air. Sediakan sekali minyak mesin yang serbaguna untuk diletak pada cermin nako supaya mudah buka dan tutup.
2. Basahkan kain lap dan picitkan sedikit sabun
3. Boleh mulakan kerja membersih, setiap kali kain lap kotor ia perlu dibilas dan lap lagi. Semuanya perlu dilap termasuk bingkai besi dan grill jugak perlu disental bersih.
4. Selepas siap kesemuanya picitkan sedikit minyak mesin di bahagian besi supaya tingkap mudah dibuka dan ditutup selain dari elakkan ia dari berkarat.
Jika tiada guna minyak masak pun boleh.
Siap, hasilnya cermin berkilat. Bingkai besi pun bersih.
Merebus kentang, daging, atau kacang dhal sehingga empuk biasanya mengambil masa. Gas pun banyak habis untuk tujuan ini.
Lainlah kalau ada pressure cooker, masa yang diperlukan mungkin cuma 15 minit saja. Tapi tak semua rumah ada pressure cooker ini.
Untuk yang tiada mungkin boleh praktikkan teknik 5:30:7 untuk merebus bagi menjimatkan masa dan juga gas. Cara ini dikongsi oleh Nor Izan Mustapa.
Teknik ini digunakan beliau untuk merebus kentang, keledek, kacang kuda, kacang hijau dan juga daging. Semuanya menjadi!
Macam mana teknik 5:30:7?
Begini langkahnya;
1. Masak air dalam periuk sampai mendidih.
2. Masukkan daging/kentang/keledek ke dalam air mendidih.
3. Biarkan ia mendidih selama 5 minit (Perhatikan masa, kira dari mula mendidih selepas masuk bahan.
4. Selepas 5 minit, tutup api dan tutup periuk dengan penutup. Biarkan selama 30 minit. Jangan sesekali buka penutup.
5. Selepas 30 minit, hidupkan semula api. Biarkan mendidik selama 7 minit (kira masa dari mula mendidih). 6. Matikan api.
TIP
Untuk kacang kuda, rendam dulu semalaman sebelum rebus. Masukkan daun kari, sedikit garam dan gula semasa didihkan air. Saya tutup periuk sepanjang merebus.
Untuk daging masukkan sedikit minyak dan garam sebelum rebus.
Tip ini boleh digunakan untuk bahan yang memerlukan masa lama untuk merebus, contoh kaki ayam.
Biasa berlaku di rumah, air yang keluar dari kepala paip perlahan. Bekalan air tiada masalah tapi air yang keluar sikit saja tak laju hingga melambatkan urusan.
Dikongsi oleh @zammenyelenggara, menurut beliau salah satu punca air keluar perlahan ini adalah kerana ada angin dalam paip.
Cara selesaikan
Bagi menyelesaikan masalah ini caranya mudah saja, tak perlu panggil tukang pun. Ia boleh dilakukan sendiri. Caranya;
1.Kita cuma perlu buka kepala paip untuk mengeluarkan angin, kemudian biar air mengalir seketika.
2. Selepas nampak air mengalir laju, boleh pasang semula kepala paip. Selesai masalah.
Boleh tonton video DIY di bawah untuk lihat caranya.
INFO EKSTRA
Punca angin masuk dalam paip ini terjadi sewaktu air tangki kering. Keadaan ini juga dipanggil airlock. Ia biasa berlaku dalam saluran paip yang disambung selepas tangki air bersaiz kecil.
Oleh kerana angin lebih ringan daripada air, angin akan cuba naik ke atas, tetapi dihalang oleh air yang terdapat dalam salur paip tersebut. Tetapi tekanan air daripada tangki tidak cukup untuk menolak angin itu keluar daripada salur paip, maka fenomena ‘airlock’ pun berlaku.
Masalah ini apabila berlaku, buka kepala stopcock, keluarkan angin yang terdapat dalam salur paip kemudian barulah paip pada bilik air mengeluarkan air.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...