Jujurnya sebelum ini memang tak penah peduli pun pasal harga atau kiraan jual beli emas. Sebab tak berapa mampu.
Siapa yg tahu alhamdulillah anda bagus! Yang kurang pandai sikit macam saya, mari kita ajarkan.
Tadi berkesempatan tolong orang belikan emas kat satu kedai di kawasan Klang.
Kedai yg selalu penuh sebab harga semasa dia murah dari kedai lain. So terasa nak main kira-kira hari ni. Betul ke murah sangat kedai ni??
Dan balik dari kedai, sempat singgah kedai emas yg berdekatan dengan rumah semata untuk bezakan harga.
Mari kita mula mengira guyss…
Ads
-Kedai A harga Rm225/gm -Kedai B harga Rm238/gm
Nampak? Mesti la kita pergi kedai A kan.
Tadi beli Gelang Tangan Gajah berat 15gm. Bila staff kira kira tadi selepas nego dan nego dapat total RM4050 (ikutkan boleh rendah lagi tapi belum pandai kan)
Kemudian singgah di kedai B untuk puas kan hati dalam sesi perbandingan.
Tany harga semasa staff jawab Rm238/gm. Mahal! Yalah tadi RM225. Jauh kan beza. Tapi jom kita kira lagi
Cara kiraan harga upah
Kiraan kedai A
Harga semasa Rm225/gm Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm4050
15gm x RM225 = RM3375 (harga asal per gm)
Ads
RM4050 – RM3375 = RM675 (harga upah barang)
Kedai A upah untuk seutas gelang 15gm adalah RM675. Anda rasa murah ke mahal? Kita check kedai B pulak.
Kiraan Kedai B
Harga Semasa RM238/gm Total harga yg diberi utk gelang seberat 15gm selepas nego adalah RM3800
15gm x RM238 = RM3570 (harga asal per gm)
RM3800 – RM3570 = RM230 (harga upah barang)
Kedai B upah utk seutas gelang 15gm adalah RM230. Jadi lagi mahal ke murah dari kedai A? Sekarang nampak tak?
Ads
Kedai A RM4050 (harga semasa RM225/gm) Kedai B RM3800 (harga semasa RM238/gm)
Pelanggan boleh nego harga upah
Apa yang nak ditekankan disini adalah HARGA UPAH BARANG KEMAS.
Utk 15gm gelang harga upah sahaja bermula dari RM100 hingga ke Rm9++ dan sebagai pelanggan BOLEH menurunkan harga upah barang tersebut mengikut persetujuan kedai.
Jadi nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram. Ambil tahu pasal harga upah. (Upah berbeza ikut jenis dan design emas)
Tak semestinya kedai A harga gram lagi murah dari kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira.
Ikutkan harga harga di atas boleh dikurangkan lagi mengikut kepandaian kita mengayat. Tapi sebab belum expert kan.
Ramai yang suka makan keju, sampai ada yang cuba buat sendiri. Malah ada yang beri cara buat keju ini dengan guna kembali susu yang telah basi.
Jangan ya. Bahaya, sebab susu basi ini ada toksin yang takkan hilang walaupun pada suhu panas.
Kalau teringin sangat nak makan keju tapi bekalan habis boleh buat sendiri ikut cara ini ya:
Bahan-bahan:
Susu segar Sedikit cuka putih/cuka epal atau jus lemon Garam (jika suka) Kain kasa/kain baju T/kain yang jarang
Cara membuat keju:
1. Panaskan susu hingga mendidih.
2. Bila mendidih, kecilkan api kemudian tambah cuka ke dalam susu. Boleh tambah sikit-sikit sampai susu terpisah jadi pepejal.
3. Kacau sehingga susu jadi pepejal (curds) dan cecair kuning kehijauan.
4. Tapis susu yang sudah pejal dengan kain kasa atau penapis.
5. Masukkan sedikit garam sebagai perisa ke dalam pepejal keju, jika suka.
6. Balut keju dalam kain kasa dan keringkan.
7. Biarkan selama satu atau dua jam sebelum disimpan dalam peti. Boleh makan bersala roti, biskut atau dimasukkan dalam masakan penambah rasa lemak. SIAP!
Kenapa tak boleh guna susu basi?
Keju ni termasuklah dalam kategori hasilan tenusu yang difermentasi seperti yogurt dan susu masam. Rasa masam pada produk hasilan tenusu ni datang dari asid laktik yang dihasilkan oleh bakteria asid laktik seperti Lactobacillus lactis.
Asid laktik yang terhasil daripada aktiviti bakteria ke atas protein juga menyebabkan terhasilnya ketulan-ketulan pepejal yang kita panggil curd atau dadih. Biasanya pengusaha menggunakan starter culture yang khusus untuk menghasilkan hasilan tenusu yang terfermentasi.
Perlu diketahui SUSU BASI yang berketul ketul itu BUKAN DADIH. Kalau nak tahu, bukan bakteria asid laktik saja yang boleh menghasilkan kesan macam tu pada susu.
Susu terpasteur yang rosak adalah disebabkan oleh bakteria perosak (spoilage) seperti Pseudomonas dan Bacillus cereus. Bacillus cereus ni bukan sahaja boleh merosakkan susu tetapi boleh menghasilkan TOXIN berbahaya yang TAHAN SUHU PANAS.
Jadi kalaupun susu basi tu dipanaskan sehingga suhu mendidih, toksin tersebut TIDAK AKAN MUSNAH. Jadi janganlah membahayakan kesihatan diri dan ahli keluarga guna semula susu basi untuk buat keju.
Komited untuk membantu para wanita yang mungkin berada di dalam kesempitan mahupun kesusahan keluar dari kepayahan hidup, Madammu yang juga pengasas jenama kecantikan kesihatan NOIR telah menyediakan satu platform keusahawanan untuk wanita ini.
Telah terbukti berjaya, sehingga kini, NOIR berjaya melahirkan 30,000 usahawan wanita yang memilih untuk memulakan perniagaan bersama NOIR sebagai perniagaan pertama mereka.
Tidak cukup dengan itu NOIR nekad untuk mencapai angka 1,000,000 pelanggan, 200,000 ahli NOIR yang aktif dan 100 usahawan jutawan menjelang 2025.
Justeru selari dengan aspirasi syarikat dalam mengembangkan lagi perniagaan pasca pandemik, NOIR baru-baru ini mengadakan Noir Circle Meeting (NCM) 2022 di The Ritz Carlton Hotel Kuala Lumpur bagi memastikan kumpulan usahawan Apprentice NOIR terus komited dan faham dengan hala tuju perniagaan NOIR Health & Beauty Sdn. Bhd.
NOIR Circle Meeting merupakan sesi pembentangan dan perbincangan yang dikendalikan oleh Madammu dan juga En. Azri Che Noh sebagai teraju utama NCM 2022 dalam memacu dan membawa para usahawan NOIR ke arah hala tuju perniagaan yang lebih jelas.
NCM itu juga turut dimeriahkan dengan majlis apresiasi pencapaian para usahawan wanita NOIR. Usahawan ini berjaya mengubah hidup dan memberikan keselesaan kepada keluarga mereka dengan mampu membeli kereta baru, rumah yang lebih selesa, pendapatan yang lumayan, dan sebagainya.
Diinspirasikan daripada keinginan untuk berkongsi rahsia kecantikan kulit sihat berseri dengan menggunakan bahan-bahan premium halal, selamat dan semula jadi, NOIR melestarikan unsur alam ini melalui rangkaian produknya. Hasilnya, syarikat itu berjaya merangkul anugerah “Produk Penjagaan Kulit Premium Terbaik” dalam Asia Halal Brand Award (AHBA) 2019.
Turut disenaraikan sebagai Nona Top Beauty Entrepreneur 2020, NOIR telah membuktikan bahawa gandingan kerjasama berpasukan yang berterusan pasti membuahkan hasil. Madammu telah diiktiraf sebagai antara 16 usahawan produk kecantikan terkemuka di negara kita dan dipaparkan dalam majalah Nona terbitan Januari 2020.
Sotong rebus serai, ada juga yang panggil lauk ini singgang, masak asam atau bening. Selalu masakan begini guna ikan, sebenarnya boleh juga guna sotong.
Rasanya memang sedap dan unik ada rasa masam, manis, masin dan juga kelazatan sotong. Paling penting menu ini mudah sangat untuk dimasak. Geng diet pun sesuai sangat makan.
Kalau nak cuba buat, ikut langkah yang dikongsi oleh Syah Musafir ini.
Cara masak sotong rebus serai, lauk paling sedap dan sedap
Saya masak sotong rebus serai, di Kelantan kami panggil begini. Ada orang panggil masakan sotong ketuk/katok serai, ada juga orang beri nama singgang sotong, masak rebus asam, masak bening. Saya tak kisah nama apa, yang penting mudah dan sedap.
Bahan asas nak masak sotong rebus serai ni semestinya serai, bawang merah, bawang merah, asam keping dan juga air berserta sotong. Saya letak cili juga.
Saya pernah tengok ada orang masak letak lengkuas, halia dan bawang besar. Lain orang lain cara, lain tempat lain budaya kan..
2. Masukkan air, serai, bawang putih, bawang merah dan asam keping ke dalam periuk. Hidupkan api dan biarkan mendidih.
3. Apabila mendidih, saya masukkan cili dan sotong, terus saya perasakan dengan garam dan gula. Biarkan mendidih.
4. Apabila mendidih, saya terus matikan api. Nampak tu sotong sudah pun masak. Tak terlebih masak, sebab kita tak nak sotong jadi liat.
Selepas matikan api, ada orang letakkan tomato. Saya tak masukkan tomato ke dalam masakan sotong rebus serai tadi. Tapi saya jadikan ulam. Makan dengan budu, kalau suka.
Masakan sotong rebus serai ni sedap dengan rasa unik serai yang segar, masam manis masin semua lengkap infused dengan rasa sotong. Masakan ringkas je tetapi rasa sedap subhanallah walhamdulillah tak terkata.