Hajat nak bersihkan singki dapur yang nampak kotor lantas kita pun tuang cecair pencuci jubin untuk bersihkannya. Ingatkan boleh bersih berkilat, sudahnya yang sebaliknya dapat, singki nampak lebih kotor dek kesan asid.
Ada juga yang tuang asid atau pencuci jubin ini dalam singki dengan tujuan untuk selesaikan masalah singki tersumbat. Akibatnya singki jadi sama seperti situasi di atas.
Sebenarnya asid atau pencuci jubin sangat tidak sesuai digunakan kepada permukaan keluli atau besi. Ia akan meninggalkan kesan hitam yang memang sukar dibersihkan.
Tapi jika ada yang berdepan dengan masalah begini, jangan terus susah hati tengok singki. Ada satu tip berkesan yang boleh dipraktikkan, perkongsian daripada Suriyanti Samsudin yang berdepan masalah sama. Hasilnya singki akan bersih berkilat kembali.
Singki rumah jadi macam ni lepas letak asid/ pencuci jubin. Ingatkan boleh hilangkan kerak-kerak hitam tapi lain pula jadinya.
Alhamdulillah, atas cadangan ramai singki dah kembali berseri. Caranya guna Autosol. Memang betul-betul berkesan, tak perlu sental kuat pun. Saya sapu guna Magic Sponge dan Autosol saja, hasilnya bersinar-sinar.
Ini langkah yang saya buat untuk bersihkan singki;
1. Lap kering sinki, pastikan betul-betul kering.
2. Ambil magic sponge dan letak Autosol macam letak ubat gigi. Tak perlu letak air.
3. Terus sapu pada permukaan bermasalah, nanti kesan hitam pada singki akan tanggal dan melekat pada span.
4. Bila dah gosok semua permukaan boleh cuci sinki macam biasa. Hasilnya memang akan bersih berkilat.
Autosol ini ada dijual di kedai hardware dan boleh juga beli secara online. Klik SINI untuk link pembelian.
Sumber: Suriyanti Samsudin