Semalam daun pokok sayur elok segar, hari ini tengok dah berlubang dimakan dek serangga atau ulat perosak.
Ini antara kerisauan dan kekecewaan mereka yang bercucuk tanam di rumah. Belum sempat tuai hasil dah habis dimakan dek ulat atau serangga.
Apa perlu buat bila daun berlubang dimakan serangga
Jadi apa yang perlu dilakukan jika pokok sayur sudah jadi begini? Perkongsian Tariq Syahman boleh dijadikan panduan kepada mereka yang berdepan tanaman sebegini.
“Apa yang tuan guna untuk elak serangga makan pokok-pokok tuan?” Ok. Dia macam ni…
1. Benda paling penting kita kena faham, bila tanam pokok yang jadi makanan dia, serangga ini akan automatik datang. Kadang-kadang dia ada, kadang-kadang dia tiada. Kadang-kadang serangga datang sikit saja, kadang-kadang banyak pula.
2. Cikgu saya pernah pesan, pokok yang sihat akan macam ada shield sekelilingnya. Serangga tak akan suka-suka hati datang makan. Penyakit pun susah nak hinggap. Macam manusia jugak, ada masa antibodi kuat, ada masa antibodi lemah. Bila masa lemah tu, barulah kena serang.
3. Jadi, perkara paling penting adalah pastikan pokok sihat dulu. Air, cahaya & baja mesti cukup. Kalau pokok tak sesuai di tempat redup, ubah ke tempat yang lebih cerah. Kalau pokok tak suka kawasan lembap, ubah ke kawasan lebih kering.
Ads
4. Kita buat perkara ini saja sebahagian masalah serangga/penyakit pokok kita dah setel.
5. Kalau serangga datang serang jugak, barulah kita guna produk yang bersesuaian.
6. Untuk serangga macam mealybugs (koya) atau aphids (kutu daun), saya lebih suka PICIT je kalau terjumpa. Kalau banyak sangat, terus trim daun pokok yang terdapat serangga. Buang jauh-jauh atau bakar lagi bagus.
7. Untuk serangga yang besar & tak terbang contohnya kesing & kumbang, saya suka spray air sabun. Caranya bancuh satu sudu pencuci pinggan + air paip 1 liter, masukkan dalam spray kemudian sembur pada serangga, sekejap saja dah mati.
Ads
8. Larutan air sabun ini berkesan untuk macam-macam serangga. Lipas pun mati kalau kena air sabun. Cuma kita nak kena sembur tepat pada serangga. Kalau macam belalang yang suka lompat-lompat susah lah sikit.
9. Ada yang suka guna air semburang bawang putih & cili. Bagi saya, ianya kurang berkesan. Saya pernah cuba try tapi saya lebih prefer air sabun.
10. Untuk serangga perosak yang kita tak nampak & suka sembunyi-sembunyi, contohnya anak belalang & ulat-ulat, barulah saya guna semburan racun organik.
Ads
11. Guna saja yang mana pun, lebih kurang saja fungsi dia. Selalunya bahan aktif dia berasal dari tumbuh-tumbuhan. Contohnya cuka kayu, minyak daun neem, pati chrysanthemum, etc.
12. Semburan yang berasas organik ini memang selamat untuk manusia & haiwan. Ia hanya beracun untuk serangga saja. Lagi satu, semburan organik ini tak bertindak sepantas kilat. Kalau spray pada serangga jangan pelik pulak kalau nampak serangga boleh jalan-jalan lagi.
13. Spray-spray ni semua selalunya bertindak sebagai deterrent. Maknanya ia menghalang/menghindar serangga. Kalau serangga bau pada mereka rasa tak selera nak makan ke, rasa loya ke, saya tak tahu lah. Hahaa.. Tapi macam tu lah dia berfungsi.
Pokok-pokok saya pun takdalah semuanya flawless, banyak saja lubang-lubang kena makan dengan ulat. Boleh tengok kat gambar tu.
Jaga pokok bagi sihat, InsyaAllah tak perlu risau sangat pasal serangan serangga perosak.
Berbahagialah mereka yang ada dusun durian pada waktu musim raja buah ini. Nak makan senang, boleh jual lagi.
Tapi ada juga yang menanam pokok durian tapi tak menjadi. Jadi macam mana nak buat supaya musim akan datang buahnya jadi lebat.
Anda mungkin boleh ikut petua yang dipraktikkan oleh petani Thailand yang dikongsi oleh Sifudurian. Petua ini bukan saja untuk lebatkan buah dari pokok durian tapi juga pokok buah-buahan lain.
Petua lebatkan pokok buah termasuk durian
Hari ini saya dapat satu petua bagaimana nak LEBATKAN tanaman seperti durian, limau, nangka, mangga dan lain-lain daripada seorang petani Thailand.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
2 kilo telur ayam
2 kilo Gula Perang
1 biji ragi tapai
1 botol minuman Yakult
2 kotak susu segar
2 biji air kelapa muda
Cara membuatnya:
1. Kisar kulit telur sekali dengan isinya sampai halus mengunakan pengisar kering. Adun semua bahan ini bersama di dalam 1 besen.
2. Peram selama 15 hari dan perlu digaul sekurang-kurangnya 2 hari sekali. Selepas 15 hari, saringkan kisaran tadi untuk mengambil pati air perapan
3. Asingkan daun daun yang terlalu tua pada pokok yang akan disembur. Gunakan sukatan 10ml pati bersama 20 Liter air dan sembur pada permukaan daun sekali dalam seminggu, kalau mahu kesan lebih power boleh sembur dua kali dalam seminggu.
Kalau perut tengah lapar, nak cepat masak inilah lauk yang paling sesuai. Buat ayam kunyit berlada, kalau masak lauk ini tak perlu dah lauk lain.
Ini saja dah cukup menyerakan bila makan dengan nasi panas. Kalau nak versi paling sedap boleh ikut perkongsian Suzilawati Alias.
1. Ayam dipotong kecil. Perap sekejap dengan serbuk kunyit, serbuk cili, garam dan sedikit tepung beras.
2. Sediakan bawang merah, bawang putih, cili api, lada besar dan halia. Kisar atau guna chopper.
3. Goreng ayam dulu. Dah kekuningan, ketepikan.
4. Ini bahan yang dikisar dengan chopper, tak perlu halus sangat.
5. Tumis bahan dikisar menggunakan minyak goreng ayam tadi. Kemudian masukkan gula perang, sos cili, sos tiram, sos tomato, air asam jawa, daun limau purut dan serai. Gaul.
6. Masukkan ayam goreng.
7. Akhir sekali masukkan hirisan bawang holland, tomato ceri, hirisan lada benggala hijau. Gaul sekata.
Dadih ini memang kegemaran anak-anak. Lembut bila masuk dalam mulut. Kalau dimakan sejuk waktu tengah hari memang lagi nikmat.
Disebabkan itu anak-anak memang cukup menyukainya maka daripada beli dadih yang berperisa sebaiknya kita sediakan dadih yang lebih sihat dan berkhasiat.
Mungkin ada yang tak tahu kita sebenarnya boleh buat dadih untuk anak-anak ini daripada susu full cream atau penuh krim.
Dah lama viral, baru nak cuba. Sungguh, sangat-sangat sedap! Macam dadih yang dimakan masa kecil-kecil dulu. Teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, percikan dia tu buat kita imbau kembali kenangan masa lalu. Rasa sejuk yang turun ke tekak perlahan-lahan. Perghh, syahdu baq hang!
Okey, Cik Fieyza salin resipi di sini andai ada yang belum pernah buat. Tak rugi cuba!
Guna susu full cream
Bahan-bahan
• 1 liter susu kotak
• Agar-agar tali 20g. Guna 1/3 saja
• Gula ikut kemanisan sendiri
• Garam secubit rasa
• 1 liter air masak/tapis – untuk masak agar-agar
Cara buat pun senang
1. Masak agar-agar bersama air masak sehingga larut.
2. Masukkan gula, garam dan susu kotak. Kacau sebati dan suaikan dengan citarasa. Cukup sampai naik wap dah boleh tutup api. Cik Fieyza tunggu mendidih sikit baru tutup api.
3. Biarkan sejuk sedikit kemudian tapis ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais.