Tip Buat Agar-Agar Sirap Ros Yang Sedang Elok! Tak Keras, Tak Lembik. Ikut Sukatan Ini

Share

Agar-agar sirap ros ini kosong saja tapi tetap ramai peminatnya. Meskipun cara membuatnya mudah tapi ada juga yang cuba buat tapi tak menjadi. Jadi terlebih lembik atau keras sangat.

Supaya dapat hasilkan agar agar sirap ros yang elok kejadiannya boleh ikut tip sukatan yang dikongsi oleh Ani Zam.

Ikut saja sukatan agar agar & air ini!

Hari ni buat agar-agar orang dulu-dulu. Biasanya kalau kenduri kendara ada agar-agar ini untuk pencuci mulut.

Petua untuk agar-agar sirap ros menjadi sedang elok, tak keras dan tak lembik ikut saja sukatan agar-agar dan air ini;

10 gm agar-agar serbuk/tali = 1 liter air
20 gm agar-agar serbuk/tali = 2 liter air


30 gm agar-agar serbuk/tali = 3 liter air

Bahan-bahan untuk agar-agar sirap ros

10 gram serbuk agar-agar
1 liter air
Setengah cawan gula pasir
Sebutir gula batu (jika suka)
Satu sudu makan sirap ros
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Cara membuat:

1.Masak agar-agar bersama air hingga larut.

2.Kemudian masukkan gula pasir, gula batu, sirap ros, daun pandan yand disimpul dan garam.

3.Bila semua sudah sebati matikan api , tapis dan masukkan ke dalam loyang atau acuan.

4.Bila sudah sejuk, masukkan ke dalam peti ais. Keluarkan potong dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Sumber: Ani Zam

Published by
VK