Hidangan ikan atau ayam bakar memang sedap, tak perlu banyak lauk. Cicah dengan air asam cukup!
Tapi syaratnya air asam kenalah menyengat. Kalau cair, kurang masam dan pedas memang ‘tak kick’! Boleh spoil rasanya.
Kalau nak pastikan air asam sedap menyengat boleh cuba ikut resipi yang dikongsi oleh Ameera
ini. Langkah paling akhir adalah rahsia utama untuk sedap!2. Ambil asam jawa biji, guna separuh begini. Kena pakai asam jawa jenis ini baru air asam ‘kick’.
3. Belacan sebesar ini, nak kurangkan pun boleh.
4. Air suam 1 cawan
5. Campurkan semua dalam mangkuk.
6. Masukkan garam sikit, gula 2 sudu makan.
7. Belacan hancurkan, guna tangan saja.
8. Masukkan sos tomato 1 sudu makan, dan juga sos cili 1 sudu makan juga.
9. Tuang air asam jawa tadi, tapis bijinya.
10. Akhirnya sekali gaul semua ini, guna tangan lagi sebati. Sambil itu selawat. Inilah rahsia sedap!
11. Dah siap! bole makan dengan ikan bakar atau kukus.
Yang ini, ikan kukus
Selamat mencuba!
Sumber: Ameera