Aiskrim Malaysia yang satu ini memang kegemaran ramai, aiskrim asam boi. Rasanya masam, manis dan sejuk makan pula waktu tengah hari panas, memang sesuai.
Aiskrim ini kalau beli harganya lebih kurang RM1.50 sebatang, dah mahal ya. Jadi kalau ramai yang suka makan aiskrim ini dalam rumah, elok juga buat sendiri.
Nak sedap boleh ikut tip yang dikongsi Ummu Asyraf.
Cara buat aiskrim asam boi sedap, ais halus
Hari tu beli RM1.50 satu. Disebabkan sedap, maka terjebak sampai termakan dua sekali jalan. Terus beli bahan nak cuba buat di sini. Sementara bahan masih ada, saya buat dan kongsikan resipi. Semoga ada yang gunakan resipi ini untuk buat berjualan tambah pendapatan.
Tujuan campur tepung jagung tu untuk haluskan ais, limau kasturi pula tambah umph. Ais itu memang halus, alhamdulillah dapat 24 batang aiskrim.
Ads
Bahan-bahan
2 cawan gula (kurang sikit pun boleh)
2 liter air
2 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air dari yang 2 liter tu)
3 – 4 sudu besar kordial asam masin Double Lion
24-30 biji asam boi
4-5 biji limau kasturi
Cara membuat:
1. Masukkan dalam periuk, air dan air campuran tepung jagung, gula, asam boi.
Ads
2. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.
3. Masukkan kordial. Rasa dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam. Kemudian sejukkan air asam boi.
Ads
4. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau kasturi. Kacau.
5. Tapiskan air. Ketepikan asam boi.
6. Sediakan plastik aiskrim, masukkan asam boi satu-satu dalam plastik aiskrim. Letak air asam boi. Ikat. Bekukan semalaman.
Ayam masak kicap antara lauk kegemaran ramai. Dalam seminggu atau dua minggu sekali mesti akan ada menu ini di atas meja makan.
Ia mudah dan juga sedap. Tapi kalau nak ayam masak kicap ini lagi sedap boleh ikut tip yang dikongsi Ida Radzi.
Kena letak sikit perencah sup, baru sedap
Ada tak yang kalau buat ayam masak kicap, akan letak sikit perencah sup? Bagi yang tak pernah, cubalah buat, memang sedap rasanya.
Disertakan resipi ayam masak kicap cara saya untuk 3/4 ekor ayam.
Bahan-bahan:
3/4 ekor ayam- dipotong
Bawang besar – dihiris
Bawang putih – ditumbuk kasar
Halia – diketuk
1 batang serai – dititik ( pilihan, letak lagi sedap )
1/2 sudu kecil serbuk rempah sup ( letak sikit je untuk aroma dan rasa yang ringan )
Kicap lemak manis
Cara membuat:
1. Gaul ayam dengan kunyit dan garam kemudian goreng. Tak perlu garing sangat. Ketepikan.
2. Tumis semua bahan hingga naik bau, kemudian masuk kicap dan sedikit air ( saya guna kicap lemak manis ).
3. Bila kuah sudah menggelegak, masukkan ayam yang telah digoreng. Garam tak perlu sebab sebelum goreng ayam kita dah letak garam, kicap pun dah ada masinnya. Biarkan kuah sebati dengan ayam kemudian bolehlah diangkat.
Roti kukus atau roti bakar makan dengan kaya pandan memang best. Makan pulak waktu panas-panas.
Selalu makan di kopitiam macam ni kan! Kali ini apa kata buat sendiri kaya pandan dan makan sendiri di rumah. Makan sampai puas tanpa perlu bayar mahal.
Cara membuat kaya pandan ini dikongsi oleh Fazelina Isa. Cara membuatnya mudah dan manis pun boleh dikurangkan jika mahu.
Cara buat kaya pandan homemade
Bahan-bahan:
1 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar dan tapis)
1 cawan susu cair
1 cawan gula (saya letak buat 3/4 saja)
1 kotak santan 200g
2 sudu besar susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
1 biji telur
Sedikit garam
Titiskan sikit pewarna hijau kalau nak
Cara membuat:
Masuk semua bahan dalam periuk kecil.
Tenggekkan atas api dan kacau sampai dia berkilat.
Bila dah nampak berkilat boleh tutup api.
Boleh terus sapu pada roti dan makan.
Buat banyak boleh simpan dalam peti sejuk, boleh makan bila-bila masa
Selamat mencuba!
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh rujuk di SINI
Kehadiran semut di kediaman memang biasa, tapi bila ada banyak sangat ia mungkin menyebabkan masalah. Terutama di dapur, semua akan hurung makanan, masuk dalam lauk dan air atau kita dan anak digigit semut.
Takkanlah asyik nak guna racun penyembur kan. Tak elok juga apatah lagi kat dapur. Sebagai alternatif kita boleh gunakan kaedah semula jadi ini. Kebanyakkan bahan ini ada saja di rumah kita.
1. Sembur guna air cuka
Cuka mempunyai bau yang sangat kuat dan kandungannya berasid. Ini tidak digemari oleh semut. Apa yang perlu dilakukan larutkan cuka dengan air dan masukkan ke dalam botol penyembur kosong.
Kemudian semburkan kepada bahagian laluan dan tempat semut memasuki rumah anda. Ulang semburan untuk beberapa kali. Dalam masa beberapa hari anda akna lihat semut-semut sudah hilang.
2. Letak serbuk kopi
Serbuk kopi juga mempunyai bau yang kuat dan boleh menghalau semut. Caranya ambil sedikit serbuk kopi dan taburkan di kawasan laluan masuk semut. Biarkan untuk beberapa hari. Dengan aroma kuat kopi itu, semut-semut menjauhi rumah.
3. Guna daun sirih atau daun pandan
Caranya cincangkan atau carikkan beberapa helai daun sirih atau pandan, taburkan di tempat semut berkerumun. Semut tidak akan datang lagi kerana daun ini yang wangi tak disukai semut.
4.Sembur air lada
Kalau nak buat cili kisar di rumah, simpan air rendaman lada kering. Letak dalam botol penyembur dan sembur pada laluan semut. Nak lagi mudah, selit saja cili kering di tempat yang bersemut contohnya tempat letak stok barang makanan.
5. Kulit limau atau oren
Aroma daripada kulit limau dan oren ini tidak digemari oleh semut. Begitu juga serangga lain. Letak saja hirisan kulit limau ini pada di tempat-tempat yang ada semut. Selain itu baunya juga menyegarkan rumah.
Kena scam tukang rumah atau kena tipu kontraktor antara kes yang selalu berlaku bila pemilik kediaman mahu membina atau melakukan ubah suai rumah.Antaranya rumah...