Tip Buat Aiskrim Asam Boi Jadi Lagi Sedap, Ais Pun Halus. Letak 2 Bahan Ini!

Share

Aiskrim Malaysia yang satu ini memang kegemaran ramai, aiskrim asam boi. Rasanya masam, manis dan sejuk makan pula waktu tengah hari panas, memang sesuai.

Aiskrim ini kalau beli harganya lebih kurang RM1.50 sebatang, dah mahal ya. Jadi kalau ramai yang suka makan aiskrim ini dalam rumah, elok juga buat sendiri.

Nak sedap boleh ikut tip yang dikongsi Ummu Asyraf.

Cara buat aiskrim asam boi sedap, ais halus

Hari tu beli RM1.50 satu. Disebabkan sedap, maka terjebak sampai termakan dua sekali jalan. Terus beli bahan nak cuba buat di sini. Sementara bahan masih ada, saya buat dan kongsikan resipi. Semoga ada yang gunakan resipi ini untuk buat berjualan tambah pendapatan.

Tujuan campur tepung jagung tu untuk haluskan ais, limau kasturi pula tambah umph. Ais itu memang halus, alhamdulillah dapat 24 batang aiskrim.

Bahan-bahan
2 cawan gula (kurang sikit pun boleh)
2 liter air
2 sudu besar tepung jagung (campur dengan sedikit air dari yang 2 liter tu)
3 – 4 sudu besar kordial asam masin Double Lion
24-30 biji asam boi
4-5 biji limau kasturi

Cara membuat:
1. Masukkan dalam periuk, air dan air campuran tepung jagung, gula, asam boi.

2. Masak hingga mendidih dan air menjadi jernih.

3. Masukkan kordial. Rasa dan tambah jika perlu. Boleh juga masukkan sedikit garam. Kemudian sejukkan air asam boi.

4. Perahkan jus dari 4 atau 5 limau kasturi. Kacau.

5. Tapiskan air. Ketepikan asam boi.

6. Sediakan plastik aiskrim, masukkan asam boi satu-satu dalam plastik aiskrim. Letak air asam boi. Ikat. Bekukan semalaman.

Selamat mencuba.

Sumber: Ummu Asyraf.

Published by
VK