Kerisik antara bahan masakan yang kita digunakan untuk hari raya. Dalam dua minggu lagi kita pun akan menyambutnya, jadi elok kalau buat siap-siap.
Kerisik ini memang boleh saja dibeli tapi ada juga terkena kerisik berbau tengik, memang spoil rendang dibuatnya.
Supaya puas hati dan menyenangkan kerja memasak di hari raya nanti boleh gunakan cara yang dikongsi oleh Yayar B. Awang Noh supaya kerja menyediakan kerisik lebih mudah dan tahan lama.
1. Goreng kelapa parut bersama ketumbar. Kalau rajin boleh jemur dahulu kelapa parut.
2. Bila kelapa dah garing, sejukkan sekejap.
3. Kemudian masukkan kelapa goreng ke dalam mesin pengisar basah dan masukkan sekali minyak masak.
4. Kisar kelapa parut sehingga halus. Siap
5. Simpan dalam botol, Insya-Allah tahan lama kerana kerisik sudah berminyak elok.
Semoga bermanfaat
Sumber: Yayar B. Awang Noh
Maggi Sambal Cobek, Cara Masak Mi Segera Lain Dari Yang Lain
Rendam atau goreng, ini antara dua cara masak mi segera yang biasa. Apa kata kita cuba cara yang lain daripada yang lain. Maggi sambal cobek, kalau suka pedas memang layan sangat.
Caranya dikongsi oleh Kamarul Ariffin Nor Sadan.
Maggi sambal cobek
Bahan-bahan: 1 orang makan
1 pek mi segera (Maggi Kari)
2 ulas bawang putih
2 biji bawang merah (kecil)
1 tangkai cili
1 butir telur
1 biji limau kasturi
Cara membuat:
1. Bahan segar, kita potong jadi kecil sikit, kemudian tumis dalam minyak. Tumis sampai bahan-bahan ni berwarna keemasan. Itu tandanya luaran dia terkaramel.
2. Lebih kurang macam ni kira dah boleh angkat. Bahan-bahan ni dah jadi beraroma dan lembut. Sekarang kita gesek bahan-bahan ni atas cobek. Guna lesung pun boleh.
3. Oleh kerana kita dah goreng dulu, bahan-bahan ni mudah lumat. Ini kalau perah limau dan tabur garam pun dah padu ni. Cuma, kali ni kita nak masak Maggi, jadi bertahan dulu.
4. OK, tumis serbuk ⅔ perencah kari dari pek Maggi. Ini kali pertama saya guna perencah kari ni dalam perkongsian. Kita gunakan sikit sahaja sebab nak buat kuah pekat. Takut jadi masin.
5. OK masukkan bahan yang telah dilumatkan tadi. Letak secawan air, dan reneh sampai mendidih.
6. Dah mendidih, masukkan mi kering ni. Eh, macam tak cukup air je. OK tambah sikit lagi ikut kesesuaian. Ada orang suka celur dan tos mi ni asing. Boleh juga. Hari ni hari malas saya, jadi saya letak je terus dalam kuali.
7. Pecahkan sebiji telur. Reneh. Tutup kuali suapay telur ceoat masak dan mi cepat kembang. Saya nak mi ni nanti kuahnya pekat dan likat. Tak mahu macam sup. Sebab itu saya tambah air sikit demi sedikit.
8. OK mi dah kembang, dan telur pun dah masak. Kuah dia ngam-ngam seoerti yang saya mahu. Dah boleh tutup api.
Tada! Hidang dalam cobek tadi je lah. Malas cuci banyak perkakas dapur. Mi ni rasa dia pedas, berlemak(bawang putih),manis(bawang terkaramel) dan berempah(kari). Kalau perah limau, syahduuu!
Selamat mencuba.
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan
Begini Rupanya Cara Mohon Pengeluaran Duit KWSP Bayar Kos Proses Beli Rumah, Elak Kena ‘Reject’
Ramai di antara kita berhajat memiliki rumah idaman. Namun kekangan kewangan menyebabkan ramai menyimpan hasrat terutama bagi membayar kos guaman dan sebagainya.
Akan tetapi sebenarnya jika kita membuat caruman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda boleh membuat pengeluaran untuk membiayai kos proses ketika membeli rumah berkenaan.
Ada cara paling mudah dikongsi oleh lelaki ini dalam membuat pengeluaran wang di KWSP.
Paling penting pastikan anda telah membeli rumah terlebih dahulu dan pinjaman juga sudah diluluskan oleh pihak bank.
Pastikan anda mempunyai semua dokumen lengkap dan telah disahkan oleh peguam yang dilantik.
Proses Mudah Mohon Pengeluaran KWSP
Dokumen perlu ada:
1. Salinan kad pengenalan depan belakang
2. Salinan geran rumah
3. Borang gadaian jual beli rumah
4. Surat tawaran pinjaman rumah
5. Agreement jual beli rumah
6. Buku bank atau pengesahan akaun bank
7. Sijil kahwin – lain-lain dokumen
Tambahan untuk mereka yang sudah berkahwin sila buat salinan sijil kahwin kalau mahu mohon untuk 2 orang. Yang penting kedua-dua nama ada dalam agreement jual beli.
Cara Mohon:
1. Sebelum pergi ke pejabat KWSP, kena patuhi SOP ditşetapkan dengen membuat temujanji terlebih dahulu. Terus saja pergi website KWSP https://www.kwsp.gov.my/ms/www.kwsp.gov.my atau boleh call terus ke KWSP 03-8922 6000.
2. Kemudian boleh pergi ke KWSP dan mohon pengeluaran duit anda. Perlu diingat, permohonan boleh ditolak sekiranya dokumen tidak cukup atau dalam agreement ada tempat yang tidak lengkap diisi.
3. Kalau pemohonan itu kena tolak, boleh terus buat pertanyaan pada KWSP, apa bahagian tidak lengkap. Kemudian betulkan semula pada peguam dilantik.
4. Jika permohonan diluluskan, biasanya pihak KWSP akan beritahu duit itu akan masuk dalam masa 21 hari bekerja tapi 7 hari bekerja. Bolehlah terus periksa dalam akaun masing-masing.
5. Ingat jangán sesekali enjoy dengang duit pengeluaran yang diperoleh, selesaikan dulu kos peguam dan lain-lain kos dalam urusan pembelian rumah.
Artikel berkait:
Cara Daftar i-Akaun KWSP Melalui Emel Pengeluaran RM500
18 Jenis Pengeluaran KWSP Boleh Lakukan Sebelum Usia 50 Tahun
Tip Buat Sambal Telur Rebus Yang Sedap Ada Umphhh! Kena Letak Sikit Jus Ini
Sambal telur rebus ini antara yang digemari untuk hidangan tengah hari. Ada sambal ini tambah ikan atau ayam goreng dan cukup lengkap menu.
Kalau biasa masak hidangan ini tumis sambal dan letak telur yang direbus apa kata tukar sikit cara ikut tip yang dikongsi oleh Noor Bariah Ana untuk rasa yang lebih sedap dan umphh. Selain itu sambal yang dimasak cara ini pun warnanya merah dan menarik selera.
Cara buat sambal telur rebus goreng yang sedap, warna merah menarik
Bahan-bahan:
10 biji telur rebus (kupas dan goreng dengan api perlahan)
Bahan kisar:
15 biji bawang kecil( bawang banyak baru sambal sedap sambal
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (potong dan rebus sekejap) lebihkan jika suka pedas
Bahan sos:
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula pasir (kalau suka masakan manis boleh lebihkan)
1 sudu besar pes asam jawa (boleh guna pes)
½ sudu kecil Sunquick Mandarin (inilah yang buat sambal rasa lagi umphhh)
Garam
Bawang Holland-mayang bulat
Cara membuat:
1. Panaskan minyak (boleh guna semua minyak goreng telur tadi) masukkan bahan kisar dan tumis sekejap dan terus masukkan bahan sos tadi.
2. Tumis kena lama baru sambal cantik merah, dah nak siap baru masukkan garam dan bawang Holland. Masukkan telur kacau sekejap hingga bawang layu boleh tutup api.
Tip waktu masak sambal
- Minyak kena lebih, tumis sambal hingga nampak garing.
- Tambahkan air panas sikit sikit kemudian tumis lagi. Tambah lagi air panas sampai betul minyak tumisan dah pecah minyak.
- Saya tambah air panas banyak kali sampai tumisan saya betul-betul garing dan warnanya gelap.
- Tumis lama sikit dan kerap kacau (tapi jangan sampai hangus) barulah akan dapat warna tumisan yang merah dan gelap.
Resipi: Noor Bariah Ana
Tip elak telur meletup letup waktu goreng
Cucuk keliling telur denan garfu sebelum goreng. Tak perlu guna kunyit dan garam lagi. Foto & petua Fahanis Ibrahim
Info chopper
Selain bahan, perkakasan i yang sesuai juga memudahkan kita memasak sambal. Mind Food Chopper Set ini sedia untuk membantu menyenangkan kerja membuat sambal. Klik SINI untuk lihat dan beli.