Makan

Tip Buat Bawang Putih Goreng Kekal Rangup, Tak Pahit. Boleh Makan Macam Jajan

Share

Bawang putih goreng ini memang ramai yang suka makan. Kalau dulu jadi hidangan ibu lepas bersalin sekarang dah jadi macam jajan.

Ada yang makan bersama dengan nasi atau, bihun goreng macam keropok. Ramai juga yang suka ratah begitu saja. Kalau selalu beli, lepas ini cuba buat sendiri ikut cara peniaga bawang putih goreng ini sendiri.

Bawang putih goreng ini kalau beli sebalang memang sekejap saja licin. Supaya tak putus bekalan di rumah elok kalau buat saja sendiri. Supaya kekal rangup an tak pahit boleh ikut panduan yang dikongsi oleh peniaga bawang putih goreng ini sendiri.

Cara buat bawang putih goreng yang kekal rangup dan tidak pahit

1. Bawang putih direndam dalam air selama lebih kurang 1-2 jam untuk mudah kupas dan tak panas tangan.

2. Selepas siap kupas bawang putih, bolehlah disagat menggunakan penyagat. Jika nak hiris guna pisau pun boleh, ikut kesesuaian dan keselesaan.

 

3. Apabila semua bawang putih siap disagat, rendam dalam air garam lebih kurang 15 minit. Tujuannya untuk memastikan mengeluarkan getah awang putih dan menghilangkan rasa pahitnya.

4. Bilas bawang dan tos. Kemudian goreng dalam minyak yang panas. Pastikan guna api sederhana dan selalu dikacau agar tak hangit. Semasa menggoreng kita akan dapati getah bawang putih keluar di tepi kuali, yang ini bolehlah dibuang.

5. Selepas nampak kekuningan, bolehlah diangkat dan tos. Hasilnya bawang putih akan elok rangup dan tak pahit

 

Selamat mencuba.

Sumber: Azita Amir

 

IKLAN