Makan

Tip Buat Bubur Kacang Durian Yang Sedap Berlemak & Wangi, Letak Halia!

Share

Musim raja buah ini sesuai sangat buat bubur kacang durian. Tapi kalau nak bubur yang rasanya  sedap berlemak dan wangi makan boleh guna tip dan cara yang dikongsi oleh Afy Al Habibi ini.

Tip buat bubur kacang durian yang sedap

Bahan-bahan

3 cawan kacang hijau
3-4 ulas durian
Air secukupnya
2 cawan santan pekat
1 hiris halia
2 helai daun pandan
3 sudu besar guna Melaka atau gula kerek/nisse
Gula pasir secukupnya
1/2 sk garam

Cara membuat:

1. Basuh dulu kacang hijau kemudian rendam lebih kurang satu jam.

2. Selepas sejam buang air rendaman tadi. Masukkan air baru dalam 4-5 cawan dan rebus menggunakan api perlahan sampailah kacang empuk. Nak tahu empuk ke belum, kacang yang empuk sudah kembang bijinya dan lembik bila dipicit. Boleh tambah air jika kacang masih keras.

3. Selepas kacang hijau empuk, masukkan santan pekat sebanyak 2 cawan. Kalau nak kuah banyak, tambah lagi air dan santan.

4. Seterusnya untuk menaikkan aroma kuah, masukkan sehiris nipis halia dan dua helai daun pandan. Halia dimasukan sekejap saja supaya baunya tak mengatasi daun pandan. Lepas seminit dua dah boleh keluarkan balik.

4. Masukkan gula melaka sebanyak tiga sudu besar.

5. kemudian boleh asukkan beberapa ulas isi durian kampung.

6. lagi sedikit gula dan 1/2 sudu kecil garam untuk melemakkan rasa santan. Kkuantiti gula bergantung kepada citarasa sendiri. Biarkan kuah mendidih beberapa kali. Kacau sesekali.

6. Tutup api selepas sebati ke semua rasa. Boleh makan terus, atau buat aiskrim pun sedap menggunakan bubur ini.

Sumber: Afy Al Habibi

Published by
VK