Buat cekodok pisang ini walaupun nampak senang tapi ada juga yang buat tak kena cita rasa. Tak jadi bulat-bulat macam ni.
Sebenarnya nak dapat cekodok pisang yang elok kejadian bulat cantik ada caranya. Dikongsi oleh Norlela Abdul Lahak boleh ikut cara ini ya.
Aktiviti buat cekodok, nak siap tiga kilo tepung sampai lenguh pinggang. Apa pun alhamdulillah dah siap. Memandang ramai yang nak resipi, saya share.
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 kg pisang masak ranum
3 cawan gula(boleh kurangkan)
2 sb soda bikarbonat
1 sb garam
Air secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng.
Cara membuat:
1. Masukkan soda bikarbonat dalam tepung dan gaul rata. Ketepikan.
2. Kisar pisang, gula dan garam.
3. Kemudian masukkan bahan kisar tadi ke dalam tepung. Gaul sebati.
4. Bancuhan macam buat cekodok biasa, jangan terlalu cair.
5. Untuk dapatkan cekodok yang bulat, masak dalam minyak yang betul-betul panas menggunakan guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali (penggunaan soda bikarbonat juga akan buat cekodok jadi bulat)
6. Bila dah masak angkat dan tos.
Sukatan untuk kuantiti sederhana
Ini pula untuk bahan buat cekodok dalam jumlah yang sederhana. Bahan-bahannya;
500gm tepung gandum
7 biji pisang(ikut suka)
1 1/2 cawan gula(ikut suka)
2 sk soda
2 sk garam
3 cawan air.
Selamat mencuba
Sumber: Norlela Abdul Lahak