Siapa saja yang tak suka makan donut ini, dari anak kecil sampailah yang dewasa kebanyakannya suka. Dapat pula donut susu yang lembut teksturnya, tak liat lagilah sedap.

Biasanya kalau nak dapatkan donut lembut sebegini kita akan guna pelembut roti tapi sebenarnya tak guna bahan ini pun boleh. Ada cara lain untuk dapatkan donut yang lembut malah kekal begitu sampai petang.

Dikongsi oleh Nurul Ijlah penjual donut sendiri, ini cara membuat adunan donut yang lembut tanpa guna pelembut roti.

Cara buat donut susu yang lembut tanpa guna pelembut roti

Tip Buat Donut Susu Yang Kekal Lembut Sampai Petang Tanpa Guna Pelembut Roti

Ijla nak share resepi donut susu yang hot sales sekarang ni, kalau open order je ramai betul yang nak. Adunan uni tanpa pelembut roti ya tapi tetap lembut sampai petang.

Ads

Bahan-bahan
250g tepung hp
1 biji kuning telur
120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung tak sama)
1 sdb susu tepung (saya guna Fernleaf full cream)
40g gula
30g butter
2-3gm yis

Cara membuat:

1. Masukkan susu full cream dan telur dalam bread maker, masukkan sekali tepung, susu tepung dan gula.

Ads

2. Set masa uli lebih kurang 45 minit, 10 minit pertama masukkan butter. 10 minit terakhir baru masukkan yis dan uli smpai yis sebati dengan doh.

Tip Buat Donut Susu Yang Kekal Lembut Sampai Petang Tanpa Guna Pelembut Roti

3. Selesai uli, bolehlah rounding dann bentukkan doh ikut berat yg diingini.
Info: Doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras donut akan keras. Cukup sekadar doh tak melekat di tangn dan mudah untuk proses rounding

Ads
Tip menggoreng donut

Tip Buat Donut Susu Yang Kekal Lembut Sampai Petang Tanpa Guna Pelembut Roti

  • Sebelum menggoreng angkat doh yang dah dibentuk, pastikan doh tak mlekat di tangan dan rasa ringan. Bila ditekan guna jari doh akan lambat memantul ke bentuk asal dan kesan jari masih ada sikit saja.
  • Kalau tiada kesan jari maknanya masih belum boleh digoreng sebab still underproof, kalau overproof doh tak kan memantul ke bentuk asal.

Tip Buat Donut Susu Yang Kekal Lembut Sampai Petang Tanpa Guna Pelembut Roti

  • Untuk menggoreng gunakan api perlahan dan minyak kena panas. Goreng donut dengan cara 1 kali balik.
  • Untuk salutan, guna sukatan 2:1, susu tepung 2 sdb: gula castor 1 sdb. Blend dan salutkan donut bila dah suam sejuk.

Tip Buat Donut Susu Yang Kekal Lembut Sampai Petang Tanpa Guna Pelembut Roti

Semoga bermanfaat

Sumber: Nurul Ijlah

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI