Siapa saja yang tak suka makan donut ini, dari anak kecil sampailah yang dewasa kebanyakannya suka. Dapat pula donut susu yang lembut teksturnya, tak liat lagilah sedap.
Biasanya kalau nak dapatkan donut lembut sebegini kita akan guna pelembut roti tapi sebenarnya tak guna bahan ini pun boleh. Ada cara lain untuk dapatkan donut yang lembut malah kekal begitu sampai petang.
Dikongsi oleh Nurul Ijlah penjual donut sendiri, ini cara membuat adunan donut yang lembut tanpa guna pelembut roti.
Ijla nak share resepi donut susu yang hot sales sekarang ni, kalau open order je ramai betul yang nak. Adunan uni tanpa pelembut roti ya tapi tetap lembut sampai petang.
Bahan-bahan
250g tepung hp
1 biji kuning telur
120ml-150ml susu full cream (letak sikit-sikit sebab jenis tepung tak sama)
1 sdb susu tepung (saya guna Fernleaf full cream)
40g gula
30g butter
2-3gm yis
Cara membuat:
1. Masukkan susu full cream dan telur dalam bread maker, masukkan sekali tepung, susu tepung dan gula.
2. Set masa uli lebih kurang 45 minit, 10 minit pertama masukkan butter. 10 minit terakhir baru masukkan yis dan uli smpai yis sebati dengan doh.
3. Selesai uli, bolehlah rounding dann bentukkan doh ikut berat yg diingini.
Info: Doh tak boleh terlalu lembik sebab akan menyerap minyak, kalau terlalu keras donut akan keras. Cukup sekadar doh tak melekat di tangn dan mudah untuk proses rounding
Semoga bermanfaat
Sumber: Nurul Ijlah