Ikan masak sambal antara lauk selalu kita buat sebab ringkas, ada ikan sekali dengan sambal. Tapi hairannya kenapa bila makan yang mak kita buat rasanya lebih sedap. Tak dapat rasa yang sama bila kita buat sendiri.
Orang tua dulu memasak memang cermat sebab itu hasilnya sedap, tumis sambal pun berulang kali. Kalau nak dapat rasa ikan sambal yang sama sedap, boleh gunakan perkongsian dari Ben Safwan ini.
Ben nak kongsi tip / resipi buat ikan pedas untuk yang belum tahu. Baru sedap macam orang tua kita masak.
Ikan selar (perap dengan bawang putih, garam dan sedikit serbuk kunyit)
2 senduk bawang kisar cair
Sedikit halia yang ditumbuk
2 senduk cili kisar
1 keping asam gelugor
3cm gula melaka
Garam
Gula
Hirisan bawang
1. Goreng dulu ikan 3/4 masak dengan perap bahan tumbuk bawang putih, garam dan kunyit serbuk. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan masukkan 2 senduk bawang kisar cair serta lebih kurang 1 cm x 1cm halia tumbuk. Tumis sampai pecah minyak dan barulah tambah 2 senduk cili kisar. Tumis lagi.
3. Dah pecah minyak 2-3 kali, tambah masuk 1 keping asam gelugor dan 3×3 cm nisse/gula melaka.
4. Biarkan sambal masak sambil pecah minyak berulang kali pada api kecil. Boleh keluarkan lebihan minyak, asam keping pada masa ini dan perasakan sikit dengan garam/gula. Jangan terlalu masin sebab ikan dah masin.
5. Kemudian barulah masuk isi ikan yang dah digoreng bersama hirisan bawang. Masak sampai bawang layu dan rasa sesuai ikut tekak. Sesuaikan rasa buat kali terakhir jika perlu.
Senang. Tapi hasil dia sangat sedap sebab kita masak ikut tertib dia.
Selamat mencuba.
Sumber: Ben Safwan