Makan

Tip Buat Kerabu Ikan Bilis Yang Sedap, Rangup & Tak Liat. Tuang Sikit Bahan Ini Waktu Goreng Ikan Bilis

Share

Lauk kerabu ikan bilis ini memang sempoi, nak buat tak sampai lima minit dah siap. Tapi keenakannya boleh buat kita menambah nasi.

Kerabu ikan bilis sedap dimakan dengan nasi panas, tak perlu lauk lain dah. Tak percaya cubalah buat, boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Syazwani Azmira Adin

.

Cara buat kerabu ikan bilis

Bahan

Ikan bilis (goreng garing)
Gula
Limau kasturi
Serbuk pati ayam

Bahan dihiris halus

Bawang besar
Cili Padi
Bunga Kantan
Serai

Cara membuat
  1. Satukan bahan yang dihiris halus dan tambah gula dan juga serbuk pati ayam (sikit saja sebab ikan bilis dah masin).

2. Kemudian gaul dengan ikan bilis yang digoreng garing. Akhir sekali perah limau kasturi secukupnya. Gaul sebati dan rasa, tambah mana yang kurang. Siap.

Tip goreng ikan bilis supaya kekal rangup, tak liat

Bagi memastikan ikan bilis kekal rangup dan tak liat selepas digaul boleh gunakan cara ini semasa menggoreng.

-Cuci ikan bilis dan tos hingga kering airnya. Goreng dengan api sederhana.
-Semasa menggoreng ini masukkan sedikit sudu cuka ke dalam kuali tadi dan goreng ikan bilis hingga masak. Hasilnya ikan bilis memang rangup, tak liat bila dah sejuk.

Info: Semua bahan hiris adalah mentah, hanya ikan bilis saja digoreng.

Artikel berkait: Tip Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup, Tak Liat Bila Dah Sejuk. Guna Cuka

Published by
VK