Hidangan jenis kerabu bukan saja sedap tapi jugak sihat. Penuh dengan sayur dan tak gunakan minyak.
Antara kerabu yang paling sedap adalah kerabu pucuk paku bersama tauge dan kerang, stail utara. Ada rasa masam, pedas, manis memang syok meratah. Tak sedar habis sepinggan.
Lagi satu kerabu jenis ini jarang dijual di restoran, jadi kalau nak makan kena buat sendiri. Bagi yang teringin boleh ikut perkongsian Nor Haida ini.
Cara buat kerabu kerang stail utara yang sedap
Bahan-bahan :
1 mangkuk kerang – rebus dan kopek isi
Seikat pucuk paku- celur dan tos
2-3 genggam taugeh- celur dan tos ( jika nak rangup tak perlu celur tapi cuci bersih)
1 biji bawang besar – dihiris nipis
4 sudu santan pekat
3 sudu besar kerisik
2 sudu air limau nipis
Garam secukupnya atau boleh guna sos ikan tapi kuantiti sikit saja, nanti masin
Gula secukup rasa (boleh pakai gula Thai, rasanya lemak manis lagi sedap)
Ads
Bahan kisar:
3 batang serai
½ inci lengkuas
5-8 tangkai cili api (lebihkan jika nak pedas)
Belacan – sebesar ibu jari
Cara membuat
1. Bahan kisar letak dalam pengisar bersama sikit saja air. Jangan letak banyak supaya kerabu tak berair. Boleh juga tumbuk lumat, lagi sedap.
Ads
2. Tuang bahan kisar dalam besen masukkan kerisik, bawang besar, air limau nipis, santan, garam dan gula. Gaul sebati, boleh juga tambah serbuk perasa.
3. Masukkan isi kerang, pucuk paku dan taugeh. Gaul lagi dan rasa, jika ada kurang tambah ikut citarasa masing masing. Paling penting ada gabungan rasa pedas, masam, masin, manis, lemak santan dan kerisik, serai lengkuas bersatu dan bergaul mesra.
Ads
Kerabu stail utara ni meratah saja pun boleh habis sebesen.
Menu ketam telur masin ini memang sedap. Confirm menjilat jari. Tapi jika makan di restoren harga untuk hidangan satu famili mahu mencecah ratusan ringgit.
Jadinya untuk jimat kita buatlah sendiri di rumah. Modal beli ketam. Bahan yang lain kebanyakannya ada saja di rumah. Caranya boleh ikut perkongsian Izzati Insyirah Rosli. Mudah saja pun.
Masak sendiri ketam telur masin
1. Ini bahan-bahan yang digunakan;
Ketam
Telur masin direbus
Susu cair
Daun kari
Cili padi ikut kepedasan masing-masing.
2. Hancurkan kuning telur dan sedikit putih telur(kalau tak mahu guna bahagian putih pun tak mengapa).
3. Gaul ketam dengan tepung jagung dan goreng hingga masak.
4. Ok ketam dah siap digoreng.
5. Panaskan butter, masukkan daun kari dan cili padi. Masak sehingga wangi.
6. Masukkan susu cair dan gula, tunggu sampai berbuih.
7. Masukkan ketam yang sudah digoreng.
8. Gaul gaul rata pastikan semua ketam disalut dengan kuah tadi. Ok siap! Boleh makan dengan nasi panas.
Kepak ayam madu atau honey chicken wing selalu kita makan menu ini di restoren makanan segera, dan banyak juga jual di pasar malam. Memang sedap! Seketul takkan cukup. Jadinya kalau nak puas makan boleh buat sendiri.
Bahan mudah, beli saja kepak ayam di pasar raya selebihnya bahan memang ada di rumah. Paling best tiada sukatan, ‘campak-campak’ saja dan bakar dalam air fryer. Confirm menjadi dan diratah hingga menjilat jari.
Resipi campak campak, bukan campak terus gitu. Maknanya tiada sukatan.
Bahan-bahan
Ayam bahagian kepak
Bawang putih & halia – tumbuk pakai lesung
Brown sugar
Sos tiram
Sedikit kicap manis
Serbuk cili – untuk warna dan rasa pedas
Madu
Garam
Cara membuat:
1. Campur semua bahan dan gaul dengan kepak ayam. Lagi lama lagi sedap.
2. Kemudian bakar, yang ini guna air fryer saja. Suhu : 170c /15 minit pertama Tambah masa & suhu : 180c/ 5-6 minit Ikut air fryer masing-masing ya.