Makan

Tip Buat Kuih Cakoi Yang Bersarang Cantik & Kembang. Kena Peram Dulu Baru Goreng

Share

Hidangan kuih cakoi ini selalu dimakan waktu pagi dan petang. Cicah dengan seri kaya pandan memang terbaik rasanya.

Lagi sedap kalau dapat cakoi yang isinya berongga atau bersarang dan tak liat walau dah sejuk. Nak dapatkan cakoi sebegini memang ada cara yang kena praktikkan. Caranya dikongsi oleh Nur Nabilah Jailani.

Cara buat cakoi cantik bersarang 

Cakoi di pagi hari, bahannya mudah cuma peram semalaman untuk dapat hasil rongga bersarang yang cantik. Ini resipi cakoi Cina dari dapur Melayu.

Cara buat cakoi (Chinese breadstick)

1 ½ cawan tepung gandum
3 sudu teh baking soda
½ sudu teh gula
1/4 sudu teh garam
3 sudu makan minyak masak
½ cawan air

Cara membuat:

1. Campur semua bahan-bahan dan uli dalam 3-4 minit. Tutup bekas dan rehatkan selama 1 jam.

2. Uli semula adunan doh 9-10 minit (saya guna tangan saja)

3. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam chiller semalaman (8-9jam). Boleh simpan sehingga 3 hari di dalam suhu chiller.

4. Sebelum mencakoi, keluarkan adunan dan biarkan di suhu bilik selama 2 jam kemudian bolehlah dibentuk dan goreng seperti biasa.

5. Semasa mengoreng kena selalu pusingkan cakoi, baru cakoi mengembang dengan jayanya.

Cara buat srikaya pandan (ala Boat Noodle)

1 ½ cawan susu cair
Pes @ esen pandan sedikit
Garam secubit
1 ½ sudu makan tepung kastard
3-4 sudu makan susu pekat
Pewarna hijau sedikit

Cara membuat:

Campur semua bahan dan masak di atas api yang perlahan sehingga pekat dan ada letupan-letupan besar. Waktu memasak adunan kena sentiasa dikacau.

Selamat mencuba

Sumber: Nur Nabilah Jailani.

Published by
VK