Setiap kali raya ramai yang bersemangat nak mencuba buat kuih raya. Salah satu kuih yang selalu masuk senarai untuk dicuba adalah semperit.

Tapi satu masalah bagi yang amatur untuk buat kuih semperit ini adalah bentuknya selalu tak menjadi. Pecah bunganya tak cantik, senget, bengkok dan tak sama. Dalam satu tray macam-macam bentuk ada. Lagi satu tangan pun cepat penat kerana tekan acuan.

Supaya bunga kuih semperit menjadi cantik dan tangan pun tak letih boleh ikut tip yang dikongsi oleh Shafika Safian ini. Caranya mudah cuma guna botol air mineral.  Caranya seperti di bawah;

Tip kalau baru nak belajar buat semperit

Tip mudah untuk yang baru belajar buat semperit supaya bunganya cantik, tak bengkang bengkok.

1. Cari botol mineral 500ml dan potong bahagian atasnya.

Ads

2. Bila dan potong, letak acuan semperit yang dah berisi doh pada corong botol mineral. Ia akan jadi seakan ‘pemegang acuan’. Jadi sewaktu tekan doh semperit, ia tak bergoyang dan bentuk semperit akan jadi cantik.

Tip Buat Kuih Semperit Supaya Bunganya Menjadi Cantik! Guna Botol Mineral Macam Ini

3. Tapi pastikan botol dipotong tak terlalu pendek atau terlalu panjang. Boleh gunakan botol air mineral Sea Master sebab sesuai dengan acuan.

Ads

Inilah hasilnya bentuk semperit yang guna tip botol air mineral.

Tip Buat Kuih Semperit Supaya Bunganya Menjadi Cantik! Guna Botol Mineral Macam Ini

Cara buat semperit 3 bahan

Kalau nak cuba semperit yang mudah boleh guna resipi semperit tiga bahan ini;

Ads

Bahan-bahan:

250g Buttercup
500g tepung jagung
1/2 tin susu pekat manis (boleh tambah suku tin lagi jika mahu lebih manis)

Cara membuat:

  • Kacau butter dengan susu pekat manis
  • Gaul untuk sebati saja, jangan sampai kembang.
  • Bila dah sebati letak pewarna atau boleh juga jika nak warna asli.
  • Kemudian tambah tepung jagung dan uli sampai doh tak melekat pada tangan. Sekiranya doh lembuk tambah tepung jagung sedikit.
  • Kemudian bolehlah masuk dalam acuan dan gunakan kaedah yang dikongsi di atas.
  • Boleh lah di bakar.

Selamat mencuba!

Sumber: Shafika Safian

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI