Tip Buat Nasi Goreng Kampung Yang Sedap, Kena Guna Api Besar & Ikut Langkah Ini

Share

Kalau nasi goreng biasa guna cili kering, tapi yang ini guna cili api. Kena ada juga kangkung dan ikan bilis barulah lengkap rasanya. Kalau dapat yang pedas memang lagi sedap.

Cara buat nasi goreng ini ringkas saja sebenarnya tapi kita tetap jugak order di restoren. Lepas ni cuba buat sendiri, boleh ikut cita rasa kita. Nak lebih ikan bilis, kangkung atau telur ikut suka!

Tapi agar nasi goreng kampung yang kita masak sedap tip penting kena gunakan api yang besar! Untuk cara masak boleh ikut perkongsian Siti Hawa Abdul Aziz ini.

Buat sendiri nasi goreng kampung yang sedap!

Bahan-bahan tumbuk

Bawang besar -2 biji
Bawang putih -5 ulas
Belacan
Sedikit ikan bilis
Cili api -10 tangkai ( lagi pedas lagi sedap)

Bahan-bahan untuk nasi:

6 cawan Nasi
5 biji telur
1 ikat kangkung
Ikan bilis (digoreng)
Minyak untuk menumis

Cara membuat:

1. Tumbuk semua bahan, bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.

2. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi.

3. Bila bahan tumbuk tadi dah naik bau, masukkan telur. Bila telur dah agak garing kacau sehingga sebati. Waktu ini boleh masukkan garam.

4. Masukkan nasi dan gaul sebati.

5. Masukkan kangkung gaulkan kesemua bahan. Tip supaya nasi goreng sedap, goreng dengan api yang kuat.

6. Siap nasi goreng kampung.

7. Basuh ikan bilis dan tos kan, kemudian goreng sehingga garing.

8. Tip supaya ikan bilis garing, mula mula goreng pastikan minyak panas. Kemudian perlahankan api dan sentiasa kacau untuk ikan bilis masak sekata. Cara tentukan ikan bilis dah masak tunggu sampai minyak habis bunyi berdesir, ini bermakna ikan bilis dan masak elok dan garing. 

Sedia untuk makan, biasanya kalau nasi goreng kampung mesti nak kangkung dan ikan bilis lebih. Makan pulak dengan sambal belacan memang mantap.

Selamat mencuba.

Sumber: Siti Hawa Abdul Aziz

Published by
VK