Makan

Tip Buat Rendang Ayam Pencen Cili Padi Supaya Empuk Sepenuhnya, Sedap Diratah. Masak 4 Jam!

Share

Rendang ayam ada macam-macam versi, antara yang popular waktu raya adalah rendang ayam pencen. Sebabnya rendang ayam pencen ini isinya pejal paling sedap makan dengan ketupat.

Tapi untuk buat rendang ini ada caranya supaya daging ayam empuk sepenuhnya dan  sedap diratah.

Dikongsi oleh Ben Safwan boleh ikut cara beliau menyediakan rendang ayam pencen cili api Negeri Sembilan. Katanya untuk memastikan daging ayam pencen ini empuk sepenuhnya ia dimasak hampir empat jam.

Cara buat rendam ayam pencen cili padi

Bahan-bahan

2 ekor ayam pencen – sekitar berat 2.4 kilogram dipotong kecil ,bersih buang lemak semua.
4 sudu makan kunyit hidup -dikisar dengan air minima
15-25 cili api
3 batang serai – saiz 7-8 cm setiap sebatang
2 kilogram santan segar
1 keping asam keping
Daun puding belacan
3 sudu makan tak membukit garam
1 sudu makan Hilal serbuk perasa

Cara membuat

1. Kisar kunyit hidup, cili api dan serai bersama 500ml air.

2. Tuang dalam kuali bahan kisar bersama semua potongan ayam, garam dan serbuk perasa Hilal.

3. Buka api, kacau dan biarkan mendidih.

4. Selepas mendidik tutup kuali dengan penutup (biar tebuka sedikit supaya wap boleh keluar. Guna api sederhana kecul dan reneh selama dua jam agar ayam pencen empuk.

5. Kemudian masukkan 2 kilogram santan segar, 1 keping asam keping dan gunakan api sederhana kecil untuk masak lagi selama 1 jam 30 minit.

6. Selepas itu besarkan api sedikit dan mula keringkan baki santan untuk 30 minit ini. Masukkan juga daun puding belacan.

7. Apabila dah siap keluarkan asam keping. Dah sedia sedap dimakan. Minyak yang terhasil ialah minyak santan. Memang sedap dimakan dengan ketupat.

Selamat mencuba.

Sumber: Ben Safwan

Published by
VK