Tip Buat Roti Sardin Goreng Yang Rangup & Tak Serap Minyak. Kena Letak Perahan Limau Sikit

Share

Selain sandwic sardin, roti sardin goreng ini juga antara menu selalu kita makan waktu pagi dan petang juga. Dapat pula roti yang rangup lagi sedap makan.

Cuma bila kita buat sendiri jarang dapat hasil roti sardin goreng yang rangup terutama bila dah sejuk.

Sebenarnya untuk dapat hasil roti sardin yang rangup ada satu bahan yang perlu kita masukkan. Tip dikongsi oleh Cahaya Kasih Firdausi

yang mengambil tempahan membuat roti sardin goreng ini.

Ujarnya untuk pastikan roti goreng rangup rahsianya adalah kena letak perahan air limau. Boleh ikut resipi lengkap yang dikongsi oleh beliau.Turut dikongsi cara supaya roti sardin tak serap minyak bila digoreng.

Tip buat roti sardin goreng rangup & tak serap minyak

Bahan untuk sardin
Sardin dalam tin
Bawang merah
Cili padi
Gula sedikit
Garam sedikit
Serbuk perasa sedap Maggi
Roti keping

Bahan untuk bancuhan tepung rangup
Tepung gandum (nak guna tepung lain pun boleh)
Sedikit perahan air limau
Serbuk kunyit

*Kuantiti bahan ikut kesesuaian

Cara membuat:

1. Hancurkan sardin dalam tin dan gaul rata. Kemudian tumis dengan sedikit minyak hingga bawang layu. Ketepikan.

2. Untuk bancuhan tepung, bancuh tepung dengan air secukupnya. Jangan terlalu cair. Kemudian perah air limau sedikit saja. Inilah rahsia untuk jadikan roti rangup. Jika nak warna kekuningan, letak serbuk kunyit sedikit.

3. Isi sardin dalam roti dan lipat dua. Letakkan bancuhan tepung cair di tepi roti supaya melekat dan tak terbuka. Roti tak perlu lenyek atau kukus ya.

4. Panaskan minyak, biar hinga betul betul panas. Kemudian celup roti dalam bancuhan tepung dan terus goreng. Goreng hingga garing. Angkat dan tos.

Roti yang digoreng dengan minyak yang betul-betul panas tidak akan meresap minyak. Siap!

Selamat mencuba.

Sumber: Cahaya Kasih Firdausi

Published by
VK