Sambal telur rebus ini antara yang digemari untuk hidangan tengah hari. Ada sambal ini tambah ikan atau ayam goreng dan cukup lengkap menu.

Kalau biasa masak hidangan ini tumis sambal dan letak telur yang direbus apa kata tukar sikit cara ikut tip yang dikongsi oleh Noor Bariah Ana untuk rasa yang lebih sedap dan umphh. Selain itu sambal yang dimasak cara ini pun warnanya merah dan menarik selera.

Cara buat sambal telur rebus goreng yang sedap, warna merah menarik

Tip Buat Sambal Telur Rebus Yang Sedap Ada Umphhh! Kena Letak Sikit Jus Ini

Bahan-bahan:
10 biji telur rebus (kupas dan goreng dengan api perlahan)

Bahan kisar:
15 biji bawang kecil( bawang banyak baru sambal sedap sambal
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (potong dan rebus sekejap) lebihkan jika suka pedas

Ads

Bahan sos:
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar gula pasir (kalau suka masakan manis boleh lebihkan)
1 sudu besar pes asam jawa (boleh guna pes)
½ sudu kecil Sunquick Mandarin (inilah yang buat sambal rasa lagi umphhh)
Garam
Bawang Holland-mayang bulat

Cara membuat:

1. Panaskan minyak (boleh guna semua minyak goreng telur tadi) masukkan bahan kisar dan tumis sekejap dan terus masukkan bahan sos tadi.

Ads

2. Tumis kena lama baru sambal cantik merah, dah nak siap baru masukkan garam dan bawang Holland. Masukkan telur kacau sekejap hingga bawang layu boleh tutup api.

Tip waktu masak sambal
  • Minyak kena lebih, tumis sambal hingga nampak garing.
  • Tambahkan air panas sikit sikit kemudian tumis lagi. Tambah lagi air panas sampai betul minyak tumisan dah pecah minyak.
  • Saya tambah air panas banyak kali sampai tumisan saya betul-betul garing dan warnanya gelap.
  • Tumis lama sikit dan kerap kacau (tapi jangan sampai hangus) barulah akan dapat warna tumisan yang merah dan gelap.

Resipi: Noor Bariah Ana

Tip elak telur meletup letup waktu goreng

Tip Buat Sambal Telur Rebus Yang Sedap Ada Umphhh! Kena Letak Sikit Jus Ini

Ads

Cucuk keliling telur denan garfu sebelum goreng. Tak perlu guna kunyit dan garam lagi. Foto & petua Fahanis Ibrahim

Info chopper

Selain bahan, perkakasan i yang sesuai juga memudahkan kita memasak sambal. Mind Food Chopper Set ini sedia untuk membantu menyenangkan kerja membuat sambal. Klik SINI untuk lihat dan beli.

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI