Tip Buat Sendiri Lantai Simen Cara Paling Mudah. Lagi Jimat Kos!

Share

Hajat nak simen ruang kosong di laman supaya mudah nak letak kereta. Nak panggil tukang, ruang kecil saja. Macam tak berbaloi.

Kalau dah begitu, DIY sajalah sendiri. Boleh ikut perkongsian Ahmad Saif ini untuk dijadikan panduan membuat lantai konkrit simen cara mudah.

Tip melapis lantai konkrit batu mudah (tanpa besi)

Saja nak berkongsi tips konkrit simen mudah, tak sakit pinggang, ringan. Saya buat dengan anak saudara (budak darjah 6 saja), dia yang gaul simen dan ratakan, selamber saja.

Ratio konkrit:
-1 beg simen
-2½ wheelbarrow (kereta sorong) pasir
-1 wheelbarrow batu

Cara-caranya

Ini adalah layer konkrit kasar ya. Licin belum DIY lagi.

1. Letak je atas bukit pasir.

2. Pecahkan beg simen.

3. Cedok pindah ke sebelah. Cedok bahagian bawah agar mudah simen dan pasir bercampur cepat.

4. Pindah sekali lagi, cedok bawah.

5. Dah sekata pun, buatlah kawah.

6. Tabur batu di tebing kawah.

7. Isi air sampai hampir limpah kawah dan biarkan 10 minit utk resapan.

8. Anda akan rasa tebing tu sangat lembut. Sangat mudah dan ringan, tarik dan ratakan saja. Sambil tarik akan rata dengan sendiri.

Ratakan lah dengan senduk /trowel simen. Pastikan air tak bertakung. Siap!

Info : Saya guna 3 beg simen untuk ruang 19×7, tebal lebih kurang 2 inci.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Ahmad Saif

Published by
VK