Pernah tak alami batuk dalam tempoh yang lama malah berbulan-bulan. Memang menyeksakan. Ada yang makin menjadi-jadi pada waktu malam hingga nak tidur pun sukar.
Walaupun dah cuba pelbagai ubat tak tak juga sembuh dan tak juga lega. Kalau itu yang sedang anda alami mungkin boleh cuba perkongsian dari Azliza Talib ini.
Dia berkongsi satu usaha untuk meredakan batuk dalam tempoh satu hari saja. Ajaib kan! Hanya ada dua bahan utama yang digunakan iaitu madu yang memang diketahui berkesan dalam merawat masalah batuk.
Kalau rawatan kena atau serasi, tak mustahil batuk yang berbulan-bulan ini reda dalam tempoh sehari. Malah tak salah kalau nak mencuba sebab bahan-bahan yang digunakan semula jadi dan selamat.
Tip mudah hilangkan batuk dalam 1 hari sahaja guna bawang putih dan madu
Bahan-bahan:
3 – 4 ulas bawang putih – dikupas dan dicincang halus.
1 cawan madu
Cara membuat:
Bawang putih yang dicincang halus dicampur dengan secawan madu.
Kemudian tutup cawan lalu simpan selama 3 jam sebelum dimakan.
Cara pengambilan:
Selepas 3 jam, dimakan 1 sudu teh setiap 1 jam
Manfaat bawang putih untuk batuk:
Bawang putih mempunyai kandungan bersifat anti bakteria, antibiotik dan antivirus untuk menghilangkan pelbagai jenis batuk.
Bawang putih membantu mengeluarkan bakteria, melegakan saluran nafas dan mengeluarkan kahak yang terkumpul di saluran nafas dan paru-paru.
Kerja membersihkan rumah terutama di dapur memang tak pernah sudah. Tapi kalau nak mudahkan kerja membersih dan juga jimat boleh cuba homemade semburan perkongsian dari Yatie Eimra.
Dia menggunakan semburan ini untuk bersihkan macam-macam perkara di rumah. Antaranya bersih kesan minyak, hilangkan bau hanyir, cuci kain lap dapur, bersih cerek berkarat, malah boleh juga untuk halau semut. Hebat kan!
Bahan yang digunakan pun senang dicari, jadi tak perlu beli pelbagai produk pembersih.
Spray serbaguna (homemade)
Bahan yang digunakan:
¼ cawan cuka putih
1¼ cawan air paip
1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan
Essential oil/ kulit kayu manis- jika tak mahu ada bau masam
Cara membuat:
Campurkan semua bahan, masuk dalam botol spray. Sedia digunakan.
Kegunaan
1. Hilangkan bau hanyir
Biasanya lepas bersihkan ayam & siang ikan, saya akan spray pisau, papan pemotong & singki dengan spray ini untuk hilangkan bau hanyir (ikan terutamanya). Biarkan 5-10 minit sebelum cuci macam biasa
2. Mudah tanggalkan kesan minyak
Bila basuh bekas makanan yang berminyak penutup yang paling leceh sekali nak dibersihkan.. Selalunya saya spray je & biarkan sekejap sementara nak basuh.
3. Masa baking
Jika mahu’membaking, nak buat meringue atau pukul whip cream, mixer & bekas mesti kering dan tak berminyak. Kalau tak, alamatnya tak menjadi. Boleh spray pada mixer & bekas sebelum direndam kejap dengan air panas untuk pastikan semua kesan lemak & minyak tanggal. Basuh & keringkan sebelum guna. Saya juga gunakan cara yang sama untuk basuh perkakas baking lepas guna. Sangat menjimatkan masa & menjimatkan sabun
4. Bersih kain lap dapur
Spray & rendam kain lap tangan, kain lap dapur & span basuh pinggan untuk tanggalkan kesan minyak. Sesetengah orang terus masukkan kain yang berminyak dalam mesin basuh. Sebenarnya kesan minyak akan buat drum mesin basuh cepat kotor (kotoran melekit, melekat dicelah getah pintu & juga mendap dalam lubang drum).
Untuk span basuh pinggan pun, biasanya bila malam saya akan spray larutan cuka ni & rendam air panas dalam 10 minit. Kemudian tos kering untuk elakkan span mudah berbau & jadi tempat pembiakan bakteria.
5. Bersihkan blender & tanggalkan karat pada mata blender
Yang suka buat kek guna blender elok sangatlah guna spray ni untuk bersihkan blender. Saya pernah beli kek choc homemade yang rasa pedas cili.. Terus tertutup selera nak makan. Saya guna spray ni untuk kurangkan bau (bawang contohnya), pijar cili & boleh bersihkan mata blender gak. Tapi kena rendam kejap la. Jangan terus basuh lak..
6. Bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik
Untuk bersihkan karat/mendapan dalam cerek elektrik, gunakan bancuhan spray ni dalam 1-2 cawan, kemudian tambah air paip sehingga cerek ½ penuh je (jangan letak banyak sebab bila mendidih air akan melimpah). Biarkan suam sebelum bersihkan. Kalau banyak sangat karat/mendapan, perlu ulang beberapa kali.
7. Semburan ini juga berguna untuk halau semut daripada menjalar di atas dapur
Cuma sembur saja di bahagian yang selalu ada semut. Selamat untuk digunakan kalau di rumah ada anak kecil. Tak perlu lah guna bahan kimia.
TIP: Jika nak buat dalam kuantiti banyak
Saya buat spray ni dalam kuantiti yang banyak sebab memang selalu guna. Kalau nak buat dalam kuantiti banyak macam saya ni boleh guna sukatan ni..
1½ cawan cuka
7½ cawan air
4-6 sudu sabun pencuci pinggan (kurangkan jika pencuci pinggan pekat).
Nak buat ayam roasted atau ayam bakar tak perlu guna oven dah sekarang. Guna air fryer saja lagi senang.
Walau ada yang kata ayam bakar dengan air fryer kureng rasanya tapi sebenarnya ada rahsia yang boleh jadikan ayam roasted ini ‘meletup’ rasanya. Caranya dikongsi oleh Wander Asia.
Cara buat ayam roasted yang sedap ‘giler’ guna air fryer saja
Nak dapatkan ayam roasted yang sedap ‘giler’ dan padu ala hotel dan restoran, boleh guna air fryer saja. Resipinya pun sangat mudah. Campak-campak siap.
Bahan-bahan:
– Daging ayam
– Bawang putih (dicincang)
– Serbuk lada hitam
– Sos tiram
– Kicap
– Gula
– 1 sb tepung jagung
Cara penyediaannya:
1. Potong beberapa ketul ayam, pilih bahagian thigh untuk kenikmatan berganda.
2. Masukkan bawang putih, serbuk lada hitam, sos tiram, kicap dan gula.
3. Masukkan tepung jagung. Gaul sekata.
4. Marinate selama setengah jam.
5. Bakar 180C selama 20 minit. Alihkan dan bakar 10 minit lagi.