Kalau suka makan soft cookies, boleh cuba pula buat sendiri. Daripada asyik beli saja kan. Cara membuat boleh ikut Tuan Adriana Arissa.

Rasa rangup, dan chewy cicah pula dengan susu memang ngam. Resipi ini juga kurang manis, tak macam yang dijual.

Buat sendiri soft cookies yang rangup di luar, chewy di dalam

Tip Buat Soft Cookies Yang Rangup & Chewy Di Dalam. Guna Bahan Ini Supaya Sedapnya Teringat-Ingat

Bahan-bahan

1/2 cawan mentega bergaram (pure butter)
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
1 biji telur saiz A/B
1 sdk esen vanila
1 ½ cawan tepung gandum-ayak
1 sdb tepung jagung-ayak
1/4 sdk soda bikarbonat
1/4 sdk baking powder
½ cawan dark chocolate chip & couverture chocolate (boleh lebihkan kalau suka banyak)

Cara membuat:

1. Cairkan mentega sehingga bertukar menjadi “golden brown”. Biarkan sejuk seketika.

2. Kemudian masukkan ke dalam bekas bersama gula. Kacau sebati.

3. Masukkan pula telur dan esen vanila. Sebatikan.

4. Akhir sekali masukkan tepung. Kacau-kacau adunan dan masukkan chocolate chip.

5. Simpan chiller selama 10-15 minit dan boleh bentukkan.

6. Atau boleh juga bentukkan adunan biskut dulu dan baru simpan chiller.

Tip Buat Soft Cookies Yang Rangup & Chewy Di Dalam. Guna Bahan Ini Supaya Sedapnya Teringat-Ingat
7. Keluarkan dari chiller, kemudian bolehlah dibakar dengan suhu 160c-170c selama 15-20 minit.

8. Boleh bentukkan guna scoop aiskrim yg saiz besar atau timbang doh 50g. Saiz sesuai yang saya suka, tak besar dan kecil sangat.

Tip
  • Waktu bakar kena kenal suhu oven masing. Terlebih bakar jadi biskut rangup. Terkurang bakar jadi tak masak rasa mcm makan tepung.
  • Guna pure butter sepenuhnya, dark chocolate chip dan couverture chocolate premium untuk rasa yang bila dah makan teringat-ingat.

Sumber: Tuan Adriana Arissa.

Selain itu:  Cara Mudah Bersihkan Kerak Dalam Cawan, Rendam 10 Minit Dengan Bahan Ini Terus Hilang Kotoran
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI